Kemajuan dalam bidang komputer telah membawa kepada kewujudan Internet. Inernet membolehkan berjuta-juta pengguna komputer di seluruh dunia dapat berhubung antara satu sama dengan yang lain dalam suatu masa.
Hal yang demikian membolehkan pengguna komputer menghantar dan menerima emel atau surat elektronik. Bersama-sama dengan emel, pengguna boleh menghantar fail atau data juga. Misalnya, seseorang penulis tidak perlu mengeposkan hasil karyanya sebaliknya boleh menghantarnya kepada seseorang hanya melalui emel.
Selain itu, pengguna yang mempunyai kemudahan Internet boleh bercakap secara terus dengan pengguna di seluruh pelosok dunia. Seorang bapa boleh bercakap dengan anaknya yang sedang menuntut di negara Korea melalui program mel suara ini. Dengan hal yang demikian, bil telefon tidak melambung berbanding dengan berhubung melalui telefon.
Kemudahan internet membolehkan data penting disimpan dalam pelayan atau pangkalan data yang lebih besar. Pengguna dapat memindah terima perisian komputer, lagu, gambar dan video daripada penggin alain.
Dalam bidang kewangan, pengguna dapat membeli barangan, menghantar borang permohonana kerja, kemudahan perbankan seperti menyemak baki wang di bank, memindahkan wang, membayar bil dan pelbagaai kemudahan bank yang lain.
Internet telah mewujudkan dunia tanpa sempadan dan kebebasan maklumat. Memanndangkan faedah Internet sangat banyak, negara kita berusaha ke arah pencapaian Internet bagi semua rakyat.
Yang berusaha Tuan Pengetua, guru-guru, dan murid-murid yang budiman.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberikan peluang untuk menyampaikan syarahan pada pagi ini. Tajuk syarahan saya ialah “Peranan institusi keluarga dalam mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja”.
Sebagimana yang kita sedia maklum, masalah sosial dalam kalangan remaja kian meruncing dewasa ini. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah ini melanda masyarakat kita. Faktor keluarga sering disebut-sebut sebagai faktor utama yang menyebabkan masalah ini berlaku selain faktor rakan sebaya, media massa dan persekitaran sekolah.Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Andaikan anak-anak sebagai kain putih, maka ibu bapalah yang menentukan coraknya, sama ada tetap putih atau terpalit warna hitam.
Hadirin yang dihormati,
Masalah sosial yang melibatkan segelintir remaja hari ini adalah kerana ibu bapa mereka lali dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Pada pendapat saya, dalam menanangi maslaah ini, ibu bapa hendaklah memberikan didikan agama yang sempurna kepada naak-anak. Didikan agama merupakan benteng yang dapat mencegah golongan remaja daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar.
Selain didikan agama, ibu bapa perlu memberikan kasih sayang yang ikhlas kepada anak-anak mereka. Ibu bapa tidak boleh membeza-bezakan kasih sayang antara anak-anak. Ibu bapa perlu memberkan perhatian terhadap aktiviti anak-anak mereka.
Selain daripada perkara di atas, ibu bapa perlu berusaha untuk mewujudkan suasana keluarga yang harmoni juga. Sebuah keluarga yang harmoni sentisa saling memahami, hormat-menghormatindan berkasih sayang. Sebuah keluarga yang bahagia pasti akan melahirkan individu yang seimbang dan mempunyai akhlak yang sempurna.
Maslaah sosial banyak berpunca daripada keluarga. Oleh itu, untuk membendung maslaah ini, setiap keluarga perlu memainkan peranan masing-masing. Sebelum mengundurkan diri saya ingin memohon maaf sekiranya saya terkasar bahasa atau terdapat kata-kata saya tadi yang telah menyingggung perasaan hadirin.
Pada era ini, semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja. Usaha utama untukmemupuk semangat patriotrik ialah pihak sekolah harus mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan. Dengn itu, murid-murid wajar menyertai program kemerdekaan yang dirancang dengan aktif.
Selain itu, ibu bapa hendaklah memebawa anakk-anak melancong ke tempat bersejarah, selanjutnya, kempen kesedaran untuk menyuburkan semangat patriotik patut dijalankan. Dalam hal ini, pihak media massa boleh menayangkan filem pejuang-pejuang tanah air. Sementara itu, masyarakat harus mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan. Remaja akan mempunyai jati diri yang kukuh untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Kesimpulannya, semua rakyat perlu berjiwa patriotisme untuk mengekalkan kemerdekaan negara.
Karangan Pendek: Puca Banjir Kilat
Dasawarsa ini, banjir kilat kerap berlaku di negara kita dan telah menimbulkan pelbagai kesan negetif. Punca utama banjir kilat ialah sikap manusia yang suka membuang sampah ke dalam longkang sehingga menyebabkan longkong tersumbat. Selain itu, sistem peparitan yang tidak sempurna disebabkan oleh longgokan sampah.
Selanjutnya, aktiviti pemaju projek perumahan yang ,membiarkan sisa-sisa binaan terbiar selepas sesuatu projek siap dijalankan. Penguatkuasaan yang terlalu longgar juga menyebabkan pihak berwajib tidak memantau kawasan pembuangan sampah. Cara untuk menangani masalah banjir ialah kempen kesedaran harus dijalankan kepada masyarakat.
Justeru, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing supaya masalah banjir kilat dapat diatasi.
Karangan Pendek: Usaha Menangani Kenaikan Harga Barang
Mutakhir ini, perbelanjaan rakyat malaysia semakin bertambah kerana kenaikan harga barang. Usaha perdana untuk menangani kenaikan harga barang ialah masyarakat harus mengamalkan amalan berjimat cermat dengan berbelanja mengikut kemampuan sendiri. Sementara itu, kerajaan hendaklah menganjurkan kempen kesedaran kepenggunaan dengan menyiarkan kepentingan berjimat cermat di media masa.
Selain itu, pihak berwajib juga perlu menjalankan pemantauan dan tindakan tegas dengan mengadakan lawatan secara mengejut dan membuat pemeriksaan. Seterusnya, ibu bapa patut merancang perbelanjaan keluarga, iaitu perbelanjaan yang mengikut pendapatan. Sebagai impaknya, masalah berhutang dapat dielakan dengan membuat perbelanjaan yang terancang.
Walhasil, masyarakat harus menguruskan perbelanjaan dengan bijak agar dapat menangani masalah kenaikan harga barang.
Mutakhir ini, budaya makan bersama-sama keluarga semakin kurang diamalkan. Antara kebaikan makan bersama keluarga ialah kita dapat menunjukkan tabiat pemakanan yang baik dengan menjadikan budaya kepada anak-anak apabila mereka besar nanti.
Seterusnya, ibu bapa dapat berinteraksi dengan anak-anak. Sebagai kesannya, anak-anak akan berasa dirinya disayangi oleh ibu bapa. Selain itu, hubungan antara anggota keluarga akan terjalin dengan tiada persengketaan dan perbalahan keluarga.
Di samping itu, amalan ini merupakan masa yang terbaik untuk memuji anak-anak. Impaknya , anak-anak akan lebih bermotivasi untuk menjalani kehidupan. Usaha untuk menggalakkan budaya ini ialah mengadakan kempen makan bersma-sama keluarga dengan menguar-uarkan kebaikan amalan ini di media massa.
Kesimpulannya, ibu bapa haruslah membudayakan supaya dapat membentuk keluarga bahagia.
Kes keracunan makanan yang melibatkan murid sekolah kerap berlaku di negara kita. Hal ini disebabkan oleh sikap sesetengah pengendali kantin sekolah yang mengabaikan aspek kebersihan semasa menyediakan makanan. Selain tidak menutup makanan, mereka tidak membasuh bahan mentah dengan bersih dan ada pula yang menggunakan bahan mentah yang sudah luput tarikh.
Natijahnya, murid mengalami muntah-muntah dan cirit-birit setelah makan makanan tersebut. Kemudian, murid perlu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan sekali gus mengganggu proses pembelajaran. Hal ini menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa serta pihak sekolah. Oleh itu, Kkementerian Kesihatan perlulah meningkatkan operasi pemantauan terhadap aspek kebersihan kantin sekolah supaya kes keracunan makanan di sekolah dapat diatasi sepenunya.
Pengitaran semula bahan buangan dapat memelihara alam daripada tercemar. Besi dan plastik akan mengambil masa puluhan tahun untuk mereput. Sebagai akibatnya, pencemaran alam kian serius. Oleh itu, kita perlu mengitar semula kertas sisa dan tin aluminium untuk membuat barang lain. Dengan itu, kauntiti sampah yang dibuang dapat dikurangkan dalam masalah pencemaran alam sedkit banyak dapat diatasi.
Selain itu, pengitaran semula barangan buangan memlihara sumber alam yang terhad. Kawasan hutan kian berkurang akibat penebangan pokok bagi memenuhi permintaan yang kian bertambah terhadap pulpa untuk membuat kertas. Begitu juga, sumber mineral seperti bijih timah dan bijih besi semakin berkurang akibat perlombongan yang berterusan.
Pengitaran semula barangan buangan dapat menjimatkan kos. Sebagai contohnya, perlombongan bijih bsi melibatkan kos yang pelbagai seperti kos pekerja, kos membina terowong bawah tanah, kos mengangkut bahan dan kos memproses. Kebanyakkan kos ini dapat menjimatkan jika besi buruk dikitar semula. Begitu juga, kos menebang pokok di hutan bagi tujuan menghasilkan kertas juga tinggi. Kita dapat menjimatkan kos ini dengan mengitar semula kertas sisa, kertas-kertas lama, kadbod lama dan sebagainya.
Kegiatan mengitar semula barangan buangan dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Peniaga yang menjalankan perniagaan kitar semula mengupah pekerja-pekerja untuk mengumpulkan barangan buangan yang dapaat dikitar semula.
Sebagai kesimpulannya, kita harus sama-sama menyahut seruan kerajaan untuk mengitar semula barangan buangan. Dengan itu, kita dapat memelihara bumi demi kebaikan kita dan juga generasi yang akan datang.
Contoh Karangan: Langkah-langkah memelihara Alam Sekitar
Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang amat berharga kepada manusia. Menerusi alam sekitar yang terjaga, kita dapat hidup selasa dan bahagia. Namun demikian, sikap sesetangah pihak telah menyebabkan alam sekitar semakin tercemar. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha perlu diambil bagi memastikan alam sekitar dapat dipelihara.
Antara langkah untuk memelihara alam sekitar adalah menerusi pendidikan di sekolah. Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan telah menyerapkan pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid agar mencintai alam sekitar. Hal ini diterapkan melalui mata pelajaran Pendidikan di sekolah. Setakat ini, usaha ini begitu berkesan kerana generasi muda lihat lebih prihatin terhadap alam sekitar berbanding generasi yang lain.
Selain itu, pemeliharan alam sekitar dapat ditingkatkan menerusi kempen alam sekitar yang dijayakan oleh pelbagai pihak. Kempen ini penting untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Oleh hal yang demikian, kempen secara berterusan dan meluas perlu dilakukan secara berkala bagi memantapkan kesedaran rakyat.
Di samping itu, kerajaan juga patut menguatkuasakan undang-undang yang ada agar pesalah yang mencemarkan dan merosakkan alam sekitar menerima hukuman yang berat. Pendakwaan dan hukuman yang tegas ini penting untuk menerbitkan rasa gerun pesalah terhadap tindakan undang-undang.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa usaha-usaha menjaga alam sekitar memerlukan penglibatan semua pihak. Walaupun kuasa berada di tangan kerajaan, namun rakyat harus menjadi mata telinga kerajaan bagi menyalurkan maklumat yang berguna.
Karangan Pendek: Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Minat Membaca Dalam Kalangan Kanak-Kanak
Tabiat membaca dalam kalangan kanak-kanak patut disemaikan sejak kecil lagi. Oleh itu, usaha memupuk minat membaca harus bemula di rumah. Dalamhal ini, peranan ibubapa amatpenting dalam menggalakkan anak-anak mereka membaca.
Ibu bapa perlulah kerap membaca sebagai teladan kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikiankerana anak-anak mudah mencontohi perlakuan ibubapa mereka. Apabila ibu bapa menjadikan membaca suatu rutin dalam keluarga, mudahlah untuk anak-anak mengikuti amalan membaca. Lama-kelamaan mereka sendiri akan mempunyai minat membaca.
Seterusnya, anak-anak perlu selalu dibawa ke kedai buku supaya mereka dapat membeli bahan bacaan yang diminati, dalam hal ini, ibu bapa harus sedia mengeluarkan sedikit wang bagi memenuhi permintaan anak-anak mereka. Sebenarnya, membeli buku tidak pernah mendatangkan kerugian, malahan ilmu yang terkandung dalam buku amat bear manfaatnya.
Di samping itu, ibu bapa perlu menyediakn buku log untuk mencatatkan jumlah buku yang harus dibaca oleh anak-anak. Buku log ini menjadi rujukan ibu bapa untuk mengetahui bilangan buku yang dibaca oleh anak-anak mereka. Ibu bapa boleh memberikan ganjaran tertentu jika anak-anak membaca bilangan buku tertentu. Ganjaran ini akan merangsang anak-anak supaya minat membaca.
Membaca adalah salah satu amalan yang amat berfaedah. Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat memperoleh banyak kelebihan dan manfaat. Oleh itu, semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana membaca jambatan ilmu.
Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui.
Selain itu, membaca juga dapat meningkatkan pencapaian bahasa dalam kalangan murid-murid. Dengan membaca pelbagai bahan bacaan berbahasa Melayu dan Inggeris, murid-murid dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik. Mereka juga akan terdedah kepada pelbagai gaya penulisan seperti berita, rencana, dan cerpen. Hal ini dapat membantu mereka dalam menulis karangan yang baik.
Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehari-harian.
Sikap suka membaca wajar diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Jika tidak, kita akan jauh ketinggalan di belakang dan tidak mampu bersaing dengan negara-negara lain.
Karangan Pendek: Usaha Untuk Menangani Kemalangan Jalan Raya
Setiap hari ada sahaja berita tentang kemalangan di jalan raya disiarkan sama ada di media cetak mahupun di media elektronik. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi menangani kemalangan jalan raya daripada terus berlaku dan menyebabkan kehilangan nyawa.
Pengguna jalan raya haruslah mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan samada pemandu, penunggang motosikal, mahu pun pejalan kaki. Pemandu kenderaan haruslah mematuhi had laju yang ditetapkan. Untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, sikap ego dan pentingkan diri perlu dibuang dalam diri pengguna jalan raya.
Seterusnya, pihak kerajaan boleh mengambil tindakan untuk membina satu sistem jalan raya yang selamat kepada pengguna. Pihak kerajaan haruslah menggunakan sumber kewangan dan peruntukan untuk membina jalan raya yang lebih lurus dan mempunyai laluan khas motosikal.
Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang jalan raya merupakan salah satu usaha yang boleh dilakukan untuk membendung kes kemalangan daripada terus meningkat. Pihak polis hendaklah membuat pemantauan secara berterusan terhadap sikap pengguna jalan raya.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Sekiranya semua pihak menjalankan tanggungjawab seperti yang dinyatakan, sudah pasti kemalangan jalan raya dapat dielakkan sekali gus kemalangan sifar dapat dijadikan kenyataan.
Karangan Pendek: Punca Berlakunya Kemalangan Jalan Raya
Kemalangan jalan raya semakin meningkat lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan. Hal ini amat membimbangkan pelbagai pihak kerana kemalangan yang berlaku bukan hanya mendatangkan kecederaan kepada mangsa malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Pelbagai faktor yang mendorong peningkatan kes kemalangan.
Antara faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya adalah kerana sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pemandu perlu mengikut undang-undang jalan raya dan had laju jalan raya yang ditetapkan.
Seterusnya, pemandu menggunakan telefon bimbit semasa memandu merupakan punca utama kemalangan jalan raya. Kajian menunjukkan sebanyak 90 peratus pemandu menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Pemandu yang terleka dengan telefon bimbit hanya beberapa saat boleh menyebabkan kemalangan.
Selain itu, kenderaan yang tidak diservis berkemungkinan akan mengalami kerosakan dan berhenti di tengah-tengah jalan. Situasi ini amat membahayakan , lebih-lebih lagi ada kenderaan yang dipandu laju yang datang dari arah belakang dan melanggar keneraan yang rosak itu.
Selain itu, keadaan jalan raya yang tidak sempurna merupakan punca kemalangan jalan raya. Jalan raya yang licin akibat hujan mengurangkan kecekapan brek dan akan mengakibatkan kemalangan. Jalan raya yang berlubang-lubang akan meyebabkan tayar kenderaaan rosak.
Kesimpulannya, kemalangan jalan raya dapat dielakkan sekiranya pengguna berhati-hati ketika menggunakan jalan raya. Gunakanlah jalan raya dengan berhemah, janganlah sudah terhantuk baru tengadah.
Sejak akhir-akhir ini, hubungan kekeluargaan menjadi semakin rengang akibat kesibukan ibu bapa dan anak-anak dengan rutin kehidupan masing-masing. Renggangnya hubungan kekluargaan ini telah mengundnag pelbagai masalah sosial anak anak. Justeru, langkah-langkah untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan perlulah dilakukan demi kebaikan bersama.
Antara cara untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan adalah dengan selalu beriadah bersama-sama. Setiap keluarga haruslah mencari masa sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk beriadah bersama. Aktiviti ini walaupon singkat tetapi amat bermakna untuk membina ukhwah kekluargaan.
Selain itu, ibubapa haruslah sering berkomunikasi dengan anak-anak mereka ketika mereka berjauhan dengan ibubapanamun demikian, tidak ramai ibu bapa yang sanggup berbuat demikian kerana berasa tindakan iti tidak penting walhal telah jelas amalan ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Seterusnya, apabila ibu bapa makan bersama-anak-anak bersama anak-anak mereka, sama ada di rumah atau di kedai-kedai makan, ibu bapa dan anak-anak haruslah mengetepikan telefon pintar. Hal ini demikian kerana telefon pintar ini mencuri kemesraan yang sepatutnya dikecapi oleh sesebuah keluarga.
Kesimpulanya, langkah-langkah merapatkan hubungan kekeluargaan perlu diambil oleh ibu bapa dalam usaha untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan. Usaha ini perlulah dilakukan sejak awal lagi agar anak-anak sedar akan pentingnya hubungan kekeluargaan yang utuh.
Karangan Pendek: Langkah Merapatkan Hubungan Kekeluargaan Karangan Pendek: Langkah Merapatkan Hubungan Kekeluargaan
Institusi kekeluargaan kini sedang dilanda pelbagai kemelut. Kes remaja lari dari rumah, anak tidak menghormati ibu bapa, jenayah remaja, masalah disiplin pelajar adalah antara masalahnya. Pendek kata, kesemua masalah ini saling berkait dengan sistem kekeluargaan kita.
Ibu bapa merupakan pencorak watak anak-anak. Peranan ibu bapa tidak boleh diabaikan. Tahun-tahun awal kanak-kanak ialah tempoh yang kritikal. Anak anak yang sudah dewasa adalah sukar untuk dibentuk wataknya atau diubah sikap dan tingkah lakunya. Justeru, kecuaian ibu bapa terhadap tanggungjawab keibubapaan akan membawa kesan buruk.
Disamping itu, apabila anak-anak sudah meningkat dewasa, komunikasi dua hala antara ibu bapa dengan anak amat penting. Ibu bapa haruslah meluangkan masa untuk berinteraksi dengan anak-anak. Banyak salah paham dan kekusutan rumah tangga dapat diselesaikan melalui hubungan mesra sesama anggota keluarga.
Dalam usaha menjana sebuah masyarakat yang sejahtera , peranan ibu bapa kedua-dua ibu bapa tidak boleh dipandang ringan. Ibu bapa harus kenal akan rakan-rakan anak masing-masing serta memantau aktiviti mereka di luar rumah agar dapat dihindarkan daripada kegiatan-kegiatan yang tidak sihat.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa peranan ibu bapa adalah penting dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia yang seterusnya dapat menjanakan masyarakat yang sejahtera.
Contoh Karangan Kekeluargaan: Keluarga Bahagia Contoh Karangan Kekeluargaan: Keluarga Bahagia
Contoh Karangan Pendek: Langkah Meningkatkan Semangat Kejiranan
Semangat kejiranan merupakan semangat yang mementingkan hubungan yang baik antara insan. Dalam kehidupan moden hari ini, semangat kejiranan menjadi semakin luntur terutama dalam kalangan masyarakat bandar. Oleh itu, langkah-langkah harus diambil untuk meningkatkan semangat kejiranan.
Langkah pertama untuk meningkatkan semangat kejiranan adalah dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan jiran. Kita mestilah bertegur sapa dengan jiran kita. Jangan harapkan jiran kita untuk memulakan langkah ini. Jika setiap orang bersedia mengambil langkah pertama ini, semangat kejiranan akan terus berkembang.
Selain itu, bagi mereka yang berjiran dengan kaum lain, hari-hari perayaan perlu dimanfaatkan untuk mengukuhkan hubungan kejiranan. Konsep rumah terbuka yang semakin popular semasa perayaan boleh diadakan bagi mereka yang berkemampuan.
Di samping itu, semangat kejiranan dapat ditingkatkan dengan cara mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong dan perjumpaan sosial. Aktiviti ini hendaklah diadakan pada hari cuti pelepasan am agar dapat melibatkan semua penduduk setempat.
Sesungguhnya, dengan adanya semangat kejiranan , akan wujud masyarakat yang bersikap prihatin tentang masalah orang lain. Dengan ini, masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa yang bukan sahaja maju tetapi kaya dengan budaya penyayang.
Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ianya perlu diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlulah mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah masyarakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara semangat kejiranan kerana ianya dapat mengukuhkan lagi ukwah dalam sesebuah masyarakat.
Semangat kejiranan dapat menjadikan sesebuah kawasan itu selamat. Kawasan perumahan perlu ditingkatkan keselamatannya supaya keamanan dalam sesebuah masyarakat terjamin. Masyarakat boleh menubuhkan persatuan jiran tetangga dengan membuat rondaan pada waktu malam. Dengan itu, keselamatan penduduk terjamin. Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat dalam membuat sesuatu perkara dapat meningkatkan tahap keselamatan sesebuah masyarakat.
Selain itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para tetamu. Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Di samping itu, masyarakat juga boleh memupuk semangat perpaduan. Semangat kejiranan yang mantap dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi supaya dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.
Secara kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranan. Semangat kejiranan amat penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan yang teguh