Zikir Pagi Pembuka Rezeki: Keselamatan dan Dipermudahkan

Zikir Pagi Pembuka Rezeki: Keselamatan dan Dipermudahkan

Zikir Pagi 1

Allahumma bika ash-bahnaa wa bika amsaynaa wa bika nahyaa wa bika namuutu wa ilaikan nusyuur.

Ya Allah, dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang. Dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup dan dengan kehendak-Mu kami mati. Dan kepada-Mu kebangkitan (bagi semua makhluk).

Baca: Doa Tahajjud – Rumi dan Maksudnya

Zikir Pagi Pembuka Rezeki: Keselamatan dan Dipermudahkan

Zikir Pagi 2

Bismillahilladzi laa yadhurru ma’asmihi syai-un fil ardhi wa laa fis samaa’ wa huwas samii’ul ‘aliim.

Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Baca: 30 Pantun Cinta Romantis dan Gombal

Zikir 3

Subhanallah wa bi-hamdih.

Maha suci Allah, aku memuji-Nya.

zikir hari isnin, zikir hari selasa, zikir hari sabtu, zikir hari khamis, zikir hari jumaat

Rumi dan Maksud: Zikir Selawat Nabi Muhammad

Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi(1). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya(2).” (Surah Al-Ahzab: 56).

Baca: Doa Selepas Solat Hazamin PDF

Rumi dan Maksud: Zikir Selawat Nabi Muhammad

Selawat Ibrahimiyah

ALLAHUMMA SHALLI ‘ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD WA’ALAA AALI SAYYIDINAA MUHAMMADIN KAMAA SHALLAITA ‘ALAA SAYYIDINAA IBRAAHIIMA WA’ALAA AALI SAYYIDINAA IBRAHIIMA, WABAARIK ‘ALAA AALI SAYYIDINAA MUHAMMADIN KAMAA BAARAKTA ‘ALAA SAYYIDINAA ’ALAA SAYYIDINAA IBRAAHIMA WA ‘ALAA AALI SAYYIDINA IBRAAHIMA, FIL ‘AALAMIINA INNAKA HAMIIDUN MAJIIDUN.

Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!

Selawat Ibrahimiyah adalah antara selawat yang paling afdhal dibaca oleh umat Islam. Ketika seorang yang sedang membaca tahyat akhir dalam sembahyang maka afdhal dibaca akan selawat Ibrahimiyah ini.

Selawat ke Atas Nabi Muhammad (Afdal)

Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Baca: Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat

selawat nabi jawi, zikir selawat nabi muhammad, kelebihan selawat, selawat nabi, selawat ke atas nabi  selawat nabi jawi, zikir selawat nabi muhammad, kelebihan selawat, selawat nabi, selawat ke atas nabi

Buka Rezeki – Zikir Selepas Solat Subuh

Zikir Selepas Solat Subuh

Zikir Selepas Subuh 1

Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih.

Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya.

“Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : astaghfirullah hal ‘azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia.” (HR at-Tirmizi, Hasan Gharib, al-Jami’, no. 3397)

Zikir Selepas Solat Subuh

Baca: 30+ Ringkas dan Mudah: Doa Selepas Solat Fardhu

Zikir Selepas Subuh 2

Subhanallah wa bihamdih. Astaghfirullah, wa atubu ilaih.

Maha Suci Allah, dan dengan memuji-Nya. Aku memohon ampun kepada Allah dan bertobat kepada-Nya

Zikir Selepas Subuh 3

Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab ayat 56: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Baca: Koleksi Bergambar: Zikir Harian Selepas Solat

Antara kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah:

  • Memperoleh syafaat dan perlindungan serta pembelaan dari Nabi SAW di akhirat.
  • Mendapat keampunan dosa dari Allah SWT.
  • Jiwa menjadi tenang.
  • Mendapat rahmat dari Allah SWT.
  • Memudahkan jalan untuk memasuki syurga.

Zikir Pagi, Amalan Zikir Harian, zikir penyeri wajah, , Zikir Istighfar, Zikir asma ul husna, Zikir Ringkas Selepas Solat, zikir selepas solat subuh, zikir selepas solat subuh

Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat

Daripada Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa sahaja yang selalu beristighfar, nescaya Allah memberikannya jalan keluar dari setiap kesulitan, kelapangan dan kegelisahan, dan rezeki tidak terduga.” (Ahmad, Abu Daud al-Nasa’i)

Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat

Zikir Selepas Solat 1

Laa Haula wa La Quwwata Illa Billah

Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Fadilat dan kelebihan – Insyaallah, memberikan kekuatan dan keberhasilan sebagai cara menjadi orang yang berjaya.

Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat

Zikir Selepas Solat 2

Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin

Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim

Fadilat dan kelebihan – Riwayat Ahmad, at-Tirmidzi, an-Nasaai dan al-Hakim dalam Nawadir al-Ushul. Bahwa, Rasulullah menyatakan barang siapa membaca doa ini maka permintaannya akan dikabulkan.

Baca: Koleksi Bergambar: Zikir Harian Selepas Solat

Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat

Zikir Selepas Solat 3

Ya Hayyu Ya Qayyum

Allah, Tuhan yang Maha Hidup lagi berdiri dengan sendirinya.

Fadilat dan Kelebihan – Insyaallah, memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia.

Zikir Selepas Solat 4

Astaghfirullah alazim

Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung

Fadilat dan Kelebihan – Insyaallah, kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Sekiranya kita sedang berhadapan dengan masalah atau kesukaran, Allah SWT akan menolong kita, dalam keadaan yang kita tidak jangka.

Baca: Doa Selepas Solat Hazamin PDF

Zikir Selepas Solat 5

Allahumma ajirni minan-naar

Ya Allah, jauhikan daku dari api neraka

Fadilat dan Kelebihan –

“Apabila kamu selesai dari solat subuh, bacalah ini sebelum kamu bercakap dengan orang lain, iaitu: Allahumma ajirni minan naar, sebanyak 7 kali, maka jika pada hari tersebut kamu meninggal dunia, akan ditetapkan oleh Allah bahawa kamu akan dijauhi dari api neraka. Apabila kamu selesai dari solat Maghrib, bacalah ini sebelum kamu bercakap dengan orang lain, iaitu: Allahumma ajirni minan naar, sebanyak 7 kali, maka jika pada waktu malam tersebut kamu meninggal dunia, akan ditetapkan oleh Allah ‘azza wa jalla bahawa kamu akan dijauhi dari api neraka.” (Riwayat Ahmad : 17362, Abu Daud : 5079)

Zikir Pagi, Amalan Zikir Harian, zikir penyeri wajah, Zikir Selepas Solat Subuh, Zikir Istighfar, Zikir asma ul husna, Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat

10 Zikir Selepas Solat Fardhu – Murah Rezeki

Kalimah Allah merupakan Lafaz yang Maha Mulia yang merupakan nama dari Zat Ilahi yang Maha Suci serta wajib adanya yang berhak memiliki semua macam pujian dan sanjungan.

Umat Islam disarankan untuk mengamalkan zikir, memelihara wuduk, membaca al-Quran dan menunaikan solat di awal waktu.

10 Zikir Selepas Solat Fardhu - Murah Rezeki

Ar Rahman – Maha Pengasih

Fadilat dan Kelebihan – Insyaallah, sesiapa yang membacanya akan menjadi seorang yang pengasih, terang hatinya dan tidak mudah menjadi pelupa.

10 Zikir Selepas Solat Fardhu - Murah Rezeki

Al-Fattah – Maha Membebaskan/ Maha Membukakan

Fadilat dan Kelebihan – InsyaAllah akan bercahaya hatinya dan dipermudahkan segala urusannya.

10 Zikir Selepas Solat Fardhu - Murah Rezeki

Al-Halim – Maha Penyantun / Maha Penyabar

Fadilat dan Kelebihan – InsyaAllah, akan kekal berpangkat kedudukannya dan akan bertambah baik kedudukannya

Al-Kabir – Maha Besar

Fadilat dan Kelebihan – InsyaAllah, akan dibukakan Allah pintu makrifat baginya. Jika ia berhutang insyaALlah akan berkemampuan melunaskan hutangnya.

10 Zikir Selepas Solat Fardhu - Murah Rezeki

Al-Jalil – Maha Luhur

Fadilat dan Kelebihan – InsyaAllah, usahanya dan kedudukannya akan meningkat dengan tidak diduga.

Baca: PDF Doa Dhuha Rumi, Terjemahan, Jawi

Al-Hakim – Maha Bijaksana

Fadilat dan Kelebihan – InsyaAllah, tidak akan mengalami kesukaran dalam menjalankan segala tugas dan pekerjaannya.

10 Zikir Selepas Solat Fardhu - Murah Rezeki

Al-Matiin – Maha Kukuh

Fadilat dan Kelebihan – InsyaAllah, akan lenyap segala kesulitan yang di hadapi.

Al-Mumit – Maha Mematikan

Fadilat dan Kelebihan – InsyaAllah, sesiapa yang tiada kekuatan melawan nafsunya akan berupaya mengawal nafsunya.

Baca: Pantun Romantis dan Romantik Untuk Kekasih

Al-Qadir – Maha Kuasa

Fadilat dan Kelebihan – InsyaAllah, akan tercapai segala maksud serta hajatnya dan tercapai cita-citanya.

Al-Malikul Mulk – Maha Menguasai Kerajaan

Fadilat dan Kelebihan – InsyaAllah, akan di anugerahkan harta dan kekayaan kepadanya.

Zikir Selepas Solat Fardhu Zikir Selepas Solat Fardhu

Penenang Hati – Zikir Hari Selasa – Beserta Rumi.

Zikir merupakan ibadah yang paling mudah untuk umat Islam. Ia tidak memerlukan usaha fizikal serta boleh dilakukan walau dimana sekalipun. Amalan zikir boleh dirasai manfaatnya secara langsung oleh orang yang mahu mengamalkannya. Seseorang akan menjadi lebih dekat dengan Allah dan akan sentiasa bersama Allah dalam setiap hela nafasnya.

Penenang Hati - Zikir Hari Selasa - Beserta Rumi.

Zikir 1

Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syai in qodiir.

Maksudnya: Tiada Tuhan selain Allah satu sahaja. Tiada mempunyai sekutu. Dia mempunyai kerajaan dan perlu dipuji, dan Dialah Yang amat berkuasa terhadap sesuatu.

Penenang Hati - Zikir Hari Selasa - Beserta Rumi.

Baca: Kartu Bergambar: Ucapan Ulang Tahun Untuk Suami

Zikir 2

Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adziim


Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

“Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Baca: Pantun Melayu Cinta : Pickup Line Sweet

Penenang Hati - Zikir Hari Selasa - Beserta Rumi.

Zikir 3

Laa ilaha illallaahul malikul-haqqul mubin. Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil ‘adzim, astaghfirullah.

Maksud: Tidak ada Tuhan selain Allah Yang Mahamenguasai, Maha Benar, dan Maha Menjelaskan. Mahasuci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah yang Maha Agung, aku memohon ampun padaMu.

Baca: Koleksi Pantun Peribahasa dan Maksudnya

zikir harian, zikir selepas solat, zikir hari selasa, zikir hari isnin, zikir hari selasa, zikir harian, zikir selepas solat, zikir hari isnin, zikir hari selasa

Indah – Zikir Hari Isnin – Penenang Hati

Selawat dan zikir adalah ibadah yang masyru’ (disyariatkan) oleh agama kita. Sebahagian ulama juga ada menyatakan bahawa selawat merupakan satu juzuk daripada zikir. Oleh yang demikian, Allah SWT menuntut kita untuk sentiasa berselawat ke atas junjungan Nabi SAW. Tambahan pula, ia iaitu selawat merupakan wasilah atau jalan kita untuk mendapatkan cinta Allah SWT.

Umat Islam dituntut untuk sentiasa melazimi keduanya pada setiap hari dengan memperbanyakkan selawat dan juga zikir kepada Allah kerana itu adalah yang terbaik agar kita mendapat kelebihan-kelebihan yang dijanjikan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW apabila melakukannya.

Zikir Hari Isnin

Zikir 1

Al Khabeeru – Yang Maha Mengetahui

Fadilat dan Kelebihan

Allah memberikan kemampuan untuk mengenal diri sendiri. Menghindarkan diri daripada kebodohan. Terhindar dari perasaan was-was serta dapat menghindari diri daripada penyakit dengki.

Zikir Hari Isnin

Zikir 2

Ya Aazim – Yang Maha Agung

Fadilat dan Kelebihan

Berwibawa di hadapan orang ramai. Mengasah kecerdasan hati dan fikiran. Melindungi diri daripada kejahatan musuh

Baca: Bergambar – 40+ Ayat Sedih Cinta Untuk Kekasih

Zikir Hari Isnin

Zikir 3

Ya Hafizh – Yang Maha Memelihara

Fadilat dan Kelebihan

Allah akan pelihara daripada sebarang perkara merbahaya. Dapat membersihkan hati, pancaindera dan akal fikiran serta menjadi insan yang tidak lalai.

Baca: Kata Kata dan Pantun Selamat Malam Terbaik

Zikir 4

Ya Hasibb – Yang Maha Penghitung / Maha Mencukupi

Fadilat dan Kelebihan

Allah akan mencukupkan segala keperluan jasmani dan rohani. Diselamatkan dari jiran yang licik dan rakan sekerja yang malas serta orang-orang yang bersifat iri hati dan dengki.

Baca: Bergambar : Contoh Ucapan Selamat Malam Sayang

Zikir 5

Ya Karimm – Yang Maha Mulia

Fadilat dan Kelebihan

Menyelamatkan diri dari hutang piutang. Membina peribadi yang mulia.

zikir harian, zikir selepas solat, zikir hari selasa, zikir hari isnin zikir harian, zikir selepas solat, zikir hari selasa, zikir hari isnin zikir hari isnin

Koleksi Bergambar: Zikir Harian Selepas Solat

Amalan berzikir merupakan tuntutan di dalam syarak kerana terdapat banyak dalil yang menyeru manusia agar sentiasa melaziminya. Zikir bukan sahaja dilakukan selepas solat tapi boleh pada pada bila-bila masa. Ia merupakan antara amalan paling mudah dilakukan.

Zikir merupakan sesuatu perkara yang dilakukan dengan tujuan mengingati Allah SWT dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan, perbuatan atau dengan hati.

Semoga Allah SWT menerima setiap amalan kita serta menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa berselawat ke atas Rasulullah SAW dan berzikir kepada-Nya. Amin.

Zikir 1

SUBHANALLAH – Maha Suci Allah

Fadhilat dan Kelebihan

  • Diampuni dosa-dosa
  • Dituliskan kebaikan dan dihapuskan kesalahan
  • Disukai oleh Allah SWT. Insyaallah.

Zikir 2

ALHAMDULILLAH – Segala Puji Bagi Allah

Fadhilat dan Kelebihan

  • Allah SWT akan mengurniakan lebih banyak nikmat
  • Segala hajat akan menjadi kenyataan dan tertunai
  • Mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT sepanjang masa. Insyaallah.

Baca: Bergambar : Contoh Ucapan Selamat Malam Sayang

Zikir 3

LAA ILAAHA ILLALLAH – Tiada tuhan Melainkan Allah.

Fadhilat dan Kelebihan

  • Orang yang membaca kalimah tahlil akan dikeluarkan daripada neraka.
  • Jaminan syurga bagi orang yang meyebut laa ilaaha ilallah.
  • Menghapuskan segala dosa dan kesalahan.
  • Kalimah tahlil merupakan pembuka lapan kunci pintu syurga.

Baca: Pantun Romantis dan Romantik Untuk Kekasih

Zikir 4

ALLAHU AKBAR – Allah Maha Besar

Fadhilat dan Kelebihan

  • Ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT
  • Allah SWT akan menutup aibnya
  • Allah SWT akan memberikan kematangan kepada diri mereka.

Zikir 5

YA WALIYU – Yang Maha Melindungi

Fadhilat / Kelebihan

Membersihkan hati.
Allah akan memenuhi keperluan jasmani dan rohani.
Allah akan menyingkapkan rahsia dan hkmah pada setiap perkara.
Dajauhkan daripada segala fitnah. Insyaallah.

Bergambar – Zikir Harian Isnin hingga Ahad

Amalan zikir membawa ketenangan hati. Betapa banyaknya pahala jika kita mendengar alunan zikir, apa lagi menyebutnya, ketahuilah bahawa makhluk haiwan dan tumbuhan Allah ciptakan hanya berzikir kepada Allah di samping memberi khidmat pada manusia. Suhanallah.

Bergambar - Zikir Harian Isnin hingga Ahad

Zikir Hari Isnin

LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya.

Bergambar - Zikir Harian Isnin hingga Ahad

Zikir Hari Selasa

Baca: Bergambar : Contoh Ucapan Selamat Malam Sayang

ALLAH HUMMA SOLLIA’LA SYAIIDINA MUHAMMAD WAA’LAA AALII SYAIIDINA MUHAMMAD.

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasullah s.a.w. di dunia dan di akhirat.

Bergambar - Zikir Harian Isnin hingga Ahad

Zikir Hari Rabu

ASTAGHFIRULLAHAL ‘ADZIM

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Setiap kali dibaca zikir ini, menghilangkan satu titik hitam di dlm hati dan Allah beri keampunan kpd hambaNya.

Baca: Doa Selepas Solat Hazamin PDF

Zikir Hari Khamis

SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI. SUBHANALLAHIL ‘AZIM

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Allah ampunkan dosa sebanyak buih di laut, satu kali sebut, tumbuh satu pohon syurga utk kita di Taman Syurga

Bergambar - Zikir Harian Isnin hingga Ahad

Zikir Hari Jumaat

LAA ILA HA ILLALLAH

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Setiap kali menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan kepada hamba yang memujinya

Baca: Bergambar : Contoh Ucapan Selamat Malam Sayang

Zikir Hari Sabtu

YAAHAIIYU YAA QAIYYUUM

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia semasa hidup kita.

Zikir Hari Ahad

LA ILAHA ILALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIN

(Dibaca 1000 kali atau lebih)

Fadhilat / Kelebihan – Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

Zikir Harian Isnin Hingga Ahad, zikir, zikir isnin, zikir hari isnin Zikir Harian Isnin Hingga Ahad, zikir, zikir isnin, zikir hari isnin