Pantun Melayu Cinta : Pickup Line Sweet

Pantun Melayu Cinta :  Pickup Line Sweet

Ribu ribu ditanggung angit
Jatuh mari di di atas batu
Meskipun seribu bintang di langit
Takkan sama awak yang satu

Rumah batu pintu ke laut
Indah terbina di pinggir jalan
Senyuman manismu buatku terpaut
Hajat dihati hendak berkenalan

Baca: Himpunan Ucapan Selamat Malam Terkini

Ribu ribu merentang jalan
Ular sawa merentas tasik
Ribu ribu orang di jalan
Awak je yang terpandang cantik

Pantun Melayu Cinta :  Pickup Line Sweet

Rumah besar dinding pelupuh
Hulu jarang hilir jarang
Manakan hati tidakkan merusuh
Di hulu sayang di hilir sayang

Buah selasih negara barat
Dibawa orang jual ke Pekan
Cinta tasik tak ada ubat
Selagi tak jumpa hati tak senang

Baju hitam butangnya tujuh
Pakaian anak raya Semarang
Kalau tuan berani sungguh
Rebut adik di tangan orang

Kalau benih sudah bertukar
Jarang sekali yang mahu tumbuh
Kalau kasih sudah mengakar
Lautan api akan ketempuh

Itik bukan sebarang itik
Itik dapat terbang melayang
Cantik bukan sebarang cantik
Cantik membuat mabuk kepayang

Baca: Pantun Cinta – 80 Koleksi Pantun Melayu Sweet

Kalau datang kapal serati
Naik bendera separuh tiang
Kalau datang sijantung hati
Bulan mengambang kusangka siang

Mukim Setiawan berbukit batu
Tempat Mak Bedah mandi di perigi
Hati saya terlalu rindu
Rasa mahu ikut awak pergi

Besarlah betik di tepi batang
Sesudah masak berwarna kucing
Sabarlah adik menanti abang
Sumpahku tidak akan berpaling

Sejak selasar menjadi bilik
Tiada lagi tempat berehat
Sejak kudengar nyanyian adik
Cinta di hati bertambah lekat

Dalam sungguh Laut Inggeris
Biar hamba menebar jala
Tajam sungguh hujung keris
Demi cinta kutahan dada

Baca: Koleksi 2020 Ucapan Selamat Pagi Islami

Sapu tangan tepi berkelim
Jahit baju benang berombak
Sirih pinang dapat dikirim
Rindu dendam siapa nak bawak

Sarang penyengat di pintu gua
Mari terbakar dua pertunang
Terbang semangat sampai jiwa
Mengharap cinta kepunyaan sayang

pantun i love you melayu, pantun cinta, pantun cinta jarak jauh, pantun pickup line, pantun cinta melayu lucu, pantun cinta lucu, pantun cinta pendek, pantun cinta melayu sweet,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *