Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara.
Azmin Norashid Binti Azli
Saban tahun, 16 Mei merupakan hari keramat kepada warga sekolah terutamnya para guru-guru. Sekalung budi dan tahniah serta penghargaan yang setinggi-tingginya kepada insan yang bergelar sebagai pendidik. Sehubungan dengan itu, setiap sekolah telah meraikan Hari Guru dengan pelbagai aktiviti seperti mengadakan jamuan, memberikan hadiah dan mengadakan persembahan kepada guru yang disayangi. Ternyata setiap warga sekolah perlu menghargai jasa dan sumbangan guru terhadap pembangunan negara
Baca: Bahasa Melayu – Kata Kata Cinta Mengharukan, Motivasi, Islami
Peranan guru dalam membina negara bangsa merujuk kepada melahirkan insan yang mempunyai jati diri beridentiti Malaysia. Identiti Malaysia boleh dirujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang boleh dimengertikan bahawa guru bertanggungjawab melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai keÂsejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Guru selalu diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Dedikasi guru dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan
kokurikulum serta berakhlak mulia. Guru yang bertanggungjawab dan amanah sentiasa dihormati oleh anak murid. Jasa dan budi guru akan sentiasa dikenang. Tampaknya, profesion guru semakin mencabar berbanding dengan zaman silam. Oleh itu, guru perlu bersemangat waja dan gigih untu melayani kerenah pelajar yang semakin liar.
Bagi memastikan guru berjaya melahirkan warga yang boleh menyumbang kepada kemakmuran dan keharmonian negara. Pelajar yang mempunyai semangat nasionalisme, patriotisme, mengamalkan semangat perpaduan dan integrasi serta sehati sejiwa dalam mempertahankan nama baik dan kedaulatan Malaysia mesti diusahakan oleh semua guru. Hasrat tersebut tidak akan dicapai sekiranya hanya guru bidang sains sosial sahaja yang dipertanggungjawabkan. Guru-guru yang mengajar sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik juga perlu memainkan peranan secara kolektif.
Baca: Karangan Pendek: Langkah Merapatkan Hubungan Kekeluargaan
Melahirkan warga berakhlak mulia adalah tanggungjawab terpenting dalam pembinaan negara bangsa. Ini kerana sebijak dan secekap mana pun warga yang dilahirkan menerusi sistem pendidikan di Malaysia, tidak akan memenuhi takrifan negara bangsa sekiranya tidak akur kepada hukum agama dan adat resam tidak terpelihara. Di samping itu, menjadi satu kemestian kepada guru untuk memastikan pelajarnya mempunyai rasa cinta mendalam kepada lambang-lambang kedaulatan negara seperti bendera dan jata negara.
Natijahnya, komitmen yang utuh dalam kalangan gutu dapat memperkasakan pembangunan insan yang berkualiti sehingga mencapai visi negara. Guru cemerlang negara terbilang. Pendidik perlu melengkapkan diri supaya dapat membimbing anak pelajar ke arah cemerlang.