Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
Pada cuti penggal persekolahan yang lalu, Persatuan Bahasa dan Sastera Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Patinggi Ali 2, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Melayu (ITBM), Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 1 Jun 224. Seramai 43orang ahli persatuan dan lima orang guru penasihat telah menyertai lawatan ini.
Tujuan lawatan adalah untuk memupuk minat membaca di kalangan murid-murid, memahami peranan ITBM, mengetahui proses penterjemahan dan penerbitan buku, disamping menimba pengetahuan melalui konsep lawatan sambil belajar. Sebelum berangkat, guru penasihat kami, Dr Anne Jaafar, memberikan taklimat ringkas mengenai program lawatan dan acap kali mengingatkan murid untuk berdisiplin serta menjaga nama baik sekolah sepanjang tempoh lawatan. Rombongan bergerak dari sekolah pada pukul 8.39 pagi dan tiba di ITBM pada pukul 11.04 pagi.
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- 1001 Best Message and Birthday Wishes for Friend
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
- Contoh Karangan: Punca Kegiatan Jenayah Dalam Kalangan Remaja
- 99 Ucapan Belasungkawa Islami Khusnul Khotimah
- Contoh Karangan: Masalah Disiplin Dikalangan Murid
Rombongan kami disambut mesra oleh Penolong Pengarah Komunikasi Korporat ITBM, Dr. Marwan Mustafa. Kami dijamu dengan hidangan makan tengah hari dan dibekalkan dengan sekotak air mineral. Usai menjamu selera, Dr. Marwan Mustafa memberikan taklimat tentang sejarah penubuhan ITBM dan objektif penubuhannya. Kami juga diberi penerangan ringkas tentang bahagian-bahagian yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskhah buku bertajuk Cinta Bahasa terbitan ITBM secara percuma.
Kami kemudiannya dibawa ke dewan pameran. Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh ITBM sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru. Buku-buku tersebut ditulis dalam pelbagai Bahasa termasuklah bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Bahasa Perancis dan banyak lagi. Ia merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi, sosial, kesusasteraan dan bahasa. Kami juga berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis buku terbitan seperti Anekdot Anak Bangsa, Salina, Hadapan Pulau dan lain-lain.
Selanjutnya, kami dibawa ke bangunan pencetakan untuk melihat proses pencetakan buku dan majalah dengan menggunakan mesin-mesin canggih. Kami perhatikan buku-buku tersebut dicetak dengan begitu pantas menggunakan mesin-mesin yang canggih, teknik-teknik yang sistematik, yang dikendalikan oleh para pekerja yang tekun, mahir dan cekap. Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan jelas cara-cara buku dan majalah dicetak. Kami juga dapat melihat dengan jelas cara buku-buku itu dijilid, disusun dan sebagainya. Beberapa orang murid mengambil kesempatan mempelajari teknik menjilid majalah. Kami semua berasa teruja dengan peluang yang diberikan walaupun agak kekok melakukannya, namun begitu peribahasa ada mengatakan alah bisa tegal biasa.
Kira-kira pada pukul 3.35 petang, selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak pulang. Lawatan tersebut telah memberi banyak faedah kepada kami. Antaranya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu keluaran ITBM. Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca dalam kalangan murid. Secara langsung, lawatan ini telah menimbulkan keinsafan dan kesedaran di hati kami tentang betapa pentingnya membaca untuk menambah pelbagai maklumat dan pengetahuan ibarat kata peribahasa membaca jambatan ilmu.
Walaupun lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami, namun lawatan ini kelihatannya telah mencapai objektif. Lawatan sambil belajar ini dianggap berkesan dan kami berharap lebih ramai murid akan menyertai lawatan seumpama ini pada masa depan.