40 Pantun 2 Kerat Pelbagai Tema – Puji Cantik, Memuji

Goreng pisang goreng ubi,
Abang berhutang adik rugi.

Dua kali lima sepuluh,
Bawa anak Cina dalam umbi buluh.

Kelekati dari pekan,
Benggali roti pakai serban.

Baca: Solat Tahajud – Cara, Pukul Berapa dan Kelebihannya

Dua kali satu dua,
Boleh menantu ke orang tua.

Kokok kata ayam, kicau kata murai,
Bangkok dek menganyam, sesat mengelerai.

Dik dik do,
Budak cerdik kena bodo.

Ngit ngit tali gasing,
Budak lengit asyik memusing.

Ngit ngit batang pinang,
Budak lengit bawa lari tunang.

Buka memapan menarah,
Bukan memakan muntahkan darah.

Dua kali lima sepuluh,
Cina berak kausuluh.

Tak, tak punggur, tak punggur mati akar,
Batang pak belungkur, bawa tebu bakar.

Pinggan tak retak, nasi tak dingin,
Engkau tak hendak, aku tak ingin.

Baca: Klasik – 20 Peribahasa Bekerjasama dan Maksudnya

Ngak ngak si,
Gigi rongak tinggal gusi.

Hentak, hentak sebelah,
Hentak nak sebelah.

Pak pong motokar Haji Salleh,
Hidung rompong mata beleh

Lang mudik, lang sambar ayam,
Jatuh dalam lubang dapat bapa ayam.

Tebu pisang ubi keladi,
Jemu datang rugi jadi.

Jika ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah.

Kong walarat,
Kaki pekung tubit urat.

Lotong kekah kemput jarinya,
Kembung segah ketut jadinya.

Hujan panas kucing berjemur,
Kepala Mek Mas ketek tuma.

Pucuk lehan gading gajah,
Kerja segan makan gagah.

Nyong-nyong kedidi pak pong,
Mabuk kulat baham tepung.

Mahal imam murahlah khatib,
Mahal demam, murahlah sakit.

Wajib mustahil,
Makan wajib minum air.

Cing kerencing setinggi bunga lada,
Mana hantu kucing nasi basi atas para.

Rumah pilih tiang besi,
Mata beleh terbit isi.

Kura-kura di atas perahu,
Pura-pura tiada tahu.

Ting ring nyak,
Rambut kerinting kutu banyak.

Cik Ali ke padang sunting dengan daun,
Sekali kupandang sekali setahun.

Dang dut keladi wa-wa,
Siapa kentut kahwin Cina tua.

Kik Kik ka,
Sikit nak suka.

Anak lembu merah, tambat pokok asam,
Sudah kena marah, tarik muka masam.

Ratib-ratib buluh nipah,
Sudah ratib hendak upah.

Luruh upih pergam datang,
Suruh putih hitam datang.

Boyan takuk belanga tiarap,
Tak ada rokok curi sekerap.

Tak katup pintu, ayam makan padi,
Tak buat begitu nak buat gemana lagi.

Buah nyiur buah kelapa,
Tak lembut tak apa.

Kok komit-kamit,
Tanam cekur gali kunyit.

Buah kacang putat hilang satu-satu,
Tidur adik tidur takut burung hantu.

40 Pantun 2 Kerat Pelbagai Tema – Puji Cantik, Memuji 40 Pantun 2 Kerat Pelbagai Tema – Puji Cantik, Memuji

30 Pantun Rindu, Kasih Sayang, I Love You

Tanam kepala di tepi gereja,
Buahnya lebat dibuat inti,
Kalau nak lupa senang sahaja,
Minta diingat di dalam mimpi.

Memang penat berjalan kaki,
Berhenti minum air kelapa,
Kalau dah ingat di dalam mimpi,
Masakan dapat saya lupa.

Baca: Ringkas – Hadis Tentang Hutang Piutang

Burung jejawi tak suka berkawan,
Hinggap mari di pohon serumpun,
Hilang sehari rasa sebulan,
Apatah lagi bertahun-tahun.

Terbang sedahan di batang kayu,
Batang dedap banyak durinya,
Orang tak tahan menanggung rindu,
Walau sekejap dikatkan lama.

Buah papaya masak layu,
Hendak diletak di atas para,
Kenapa tak percaya orang merindu,
Sampai hendek membelah dada.

Ambil parang menebang buluh,
Jangan selalu membawa budak,
Sudah terang lagi bersuluh,
Baru tahu rindu ke tidak.

Pergi ke paya menebang kayu,
Kayu sena daunnya layu,
Macam tak percaya orang merindu,
Tuan tak kena manalah tahu.

Baca: Peribahasa Bergambar: 5 Peribahasa Lembu

Baju biru berbenang sulam,
Lagi cantik ditaruh biku,
Saya dulu dah makan garam,
Buruk baik saya dah tahu.

Daun mengkudu gugur melayang,
Tempat merpati mengirai bulu,
Selalu rindu tandanya saying,
Dalam hati siapa yang tahu.

Pohon lemba di tepi perigi,
Buahnya ada manis bak madu,
Kalua dicuba rindu tidak pergi,
Jumpalah saya hilangkan rindu.

Anak buaya di celah batu,
Anak rusa memakan padi,
Inilah dia pantu merindu,
Wajahmu sentiasa di dalam hati.

Cuaca redup menanam lada,
Kalau tak siram pokoknya layu,
Kalau sanggup membelah dada,
Hati di dalam kita tak tahu.

Pergi ke hutan menebang kayu,
Kayu di hutan banyak gunanya,
Pada tuan memanglah tahu,
Kerana tuan dah hidup lama.

Kalau tuan turun ke paya,
Cuci tangan nak makan roti,
Kalau tuan jadi saya,
Rindu jangan ikutkan hati.

Hendak kelapa diberi kepala,
Buat pengat durian berduri,
Hendak dilupa tak boleh dilupa,
Masih teringat di dalam hati.

Masak ranum si buah Nangka,
Sudah masak belum dirasa,
Jangan tersenyum membawa luka,
Hati yang rosak badan binasa.

Sebelum masak si buah Nangka,
Daunnya lebat buahnya rapat,
Sebelum rosak badan binasa,
Di mana tempat hendak berubat.

Ikan puyu jarang didapat,
Ikan gelama campur tenggiri,
Hati yang rindu jangan diubat,
Lama-lama hilanglah sendiri.

Burung merpati disambar helang,
Terbang lima di waktu pagi,
Rasa di hati payah nak hilang,
Semakin lama semakin menjadi.

Tanam meghkudu di tepi gereja,
Sekali sekala petik buahnya,
Nak hilang rindu senang sahaja,
Kenalah mandi air bunga.

Buka tingkap terbang cahaya,
Tiba-tiba cuaca berdebu,
Orang bercakap tuan tak percaya,
Belum cuba belum tahu.

Manis hempedu si pokok kelapa,
Ambil isinya dibuat inti,
Kalau rindu tak boleh dilupa,
Lama-lama tuan kan mati.

Kalau dibela si pokok kunyit,
Pandai-pandai meletak baja,
Samapai bila hendak menongkah langit,
Hukum dah sampai matilah jua.

Ikan betutu ikan betata,
Kena tuba di dalam padi,
Kalau begitu Tuan berkata,
Saya redha segala yang terjadi.

Pantun Rindu, Kasih Sayang, I Love You Pantun Rindu, Kasih Sayang, I Love You

Himpunan Pantun Sweet, Manja, Pickup line

Abang Abu duduk bermenung,
Mari berjalan Kampung Tembirat;
Hendak mengikut ekor burung,
Ambillah tali pakai pengikat.

Abang Daud menyepak raga,
Raga disepak dalam mahligai;
Dalam laut boleh diduga,
Dalam hati tidak kupandai.

Abang Hassan anak baginda,
Menjahit baju tidak bersisi;
Rindu di hati datang melanda,
Air mata jatuh ke pipi.

Baca: Bergambar – Zikir Harian Isnin hingga Ahad

Abang Sani hilir ke kota,
Dayung tersangkut di dahan rumpai;
Rasa nak jatuh si air mata,
Mengenang hidup tak akan sampai.

Abang makan hendak berhidang,
Memakai kain berbelah tepi;
Di dalam merana cinta dating,
Air mata jatuh ke pipi.

Abang merempuh di kaki bukit,
Siapa bilang terlanggar pipit;
Abang cakap manis di mulut,
Saya mendengar menjadi leput.

Abang mudik pergi ke Daru,
Datang Daru teruslah ke Matu;
Orang lain saya tak hirau,
Hirau tak hirau kakanda satu.

Baca: Quotes Tentang Adab dan Ilmu – Bergambar

Ada rasa berisi pandan,
Hendak menganyam tikar sembahyang;
Tujuh syurga di dalam badan,
Di situlah tempat berkasih sayang.

Ada setempat dalam padi,
Kain kasa dalam taman;
Tak ralat dalam hati,
Kain basuh sambutlah tuan.

Adik mandi ke laut jangan,
Kuala di laut sangat deras;
Adik menyanyi ingat jangan,
Kalau diingat sangatnya belas.

Ada apa di Tanjung Batu?
Encik Ali tukang perahu;
Anak siapa gerangannya itu?
Hanyalah rupa nama tak tahu.

Ada kain lupa ke baju,
Konon baju layu dah bunga;
Ada lain lupakan aku,
Kerana aku orang dah hina.

Air dalam bertambah dalam,
Hujan dahulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
Luka dahulu belumlah sembuh.

Air Dungun hulu ke paya,
Hanyut buluh menikam tebing;
Muda Dungun habis bicara,
Belum putus mencari lain.

Air hangat telaga mendidih,
Banyak orang hilang keramat;
Hemat-hemat lagu nak boleh,
Tengok adik jinak sangat.

Air keruh telaga keruh,
Air kunyit pencuci kaki;
Adik jauh abang pun jauh,
Tidur seminit dimasuk mimpi.

Air mawar jatuh ke laut,
Gulai itik sama belangkas;
Apa soalnya tidak disahut,
Adinda belum tahu membalas.

Air pasang limpah ke pasar,
Tanam pinang kelapa mati;
Di manalah tuan belajar,
Pandai mencari isyarat hati.

Air pasang matahari masuk,
Banyak orang jual berangan;
Jerat dipasang burung tak masuk,
Burung biasa makan di tangan.

Air panas sedang mendidih,
Untuk dibuat air kopi;
Selama ini hati adik sedih,
Takut abang meninggal pergi.

Adik menumbuk alunya tiga,
Patah satu tinggal dua;
Adik tunduk malukan siapa?
Malukan abang tunang biasa.

Aduilah adui meiti batang,
Si teman bujang dicari juga;
Berapa jauh dia datang?
Kalau jadi dari semula.

Ah Liew peranakan Jepun,
Mengembang bunga di dalam cawan;
Berapa banyak bunga di taman,
Satu buat memberi rawan.

Air pasang berangkat ke hulu,
Datanglah ubi hanyut melintang;
Kalau kukenang masa yang lalu,
Makan kelubi serasa pinang.

Air pasang berdolak-dalik,
Anak kepiting berpecah belah;
Burung terbang terlupa balik,
Nanti muram orang mengubah.

Air pasang dayung sampan,
Angin turun baik layarkan;
Tahu makan tahu simpan,
Rahsia jangan tuan khabarkan.

Air pasang di Sungai Muar,
Burung gagak di pohon beringin;
Adik seorang sebagai penawar,
Hati tidak kepada yang lain.

Air pasang dua kali semalam,
Ambung-ambung dari hulu;
Adik datang di tengah malam,
Bunga tanjung berbau dulu.

Air pasang menganjur pagi,
Tidaklah sempat menghanyut suntang;
Sudah terlanjur main jua begini,
Endaklah dapat disintak pulang.

Himpunan Pantun Sweet, Manja, Pickup line Himpunan Pantun Sweet, Manja, Pickup line

31 Koleksi Pantun Lawak 4 Kerat Melayu, Gila

Aku suka berumah tinggi,
Pelantar besar sudah roboh;
Aku suka beranak tiri,
Anak besar senang disuruh.

Anak sepat anak sembilai,
Anak tengkarung di dalam padi;
Dari jauh sengek dan kulai,
Senyum serong haram tak jadi.

Anak tiung terdongak-dongak.
Mari dongak dalam perahu;
Hendak bercium gigi rongak,
Orang luar sudahlah tahu.

Anak Batak pandai menari,
Anak Rama pandai melata;
Kalau masak angkat ke mari,
Sama-sama kita merasa.

Baca: Indah – Zikir Hari Isnin – Penenang Hati

Angin ini angin apa?
Angin melelai pucuk jambu;
Main ini main apa?
Main sudah sejelak jemu.

Anak merbah di paya Tuk Barat,
Pakai kain dua seragi;
Hang tak megah aku tak minat,
Orang lain ramai lagi.

Apa benda bunyi terdesar,
Anak monyet berkejar-kejar;
Bukankah kucing guru yang besar,
Harimau di hutan semua diajar?

Anak Cina masak itik,
Masak mari sampai luluh;
Memang tak guna berbini cantik
Hari-hari sahaja bergaduh.

Anak dara pandai bergaya,
Kain sempit berbelah dada:
Jalannya lembut berlenggang sahaja,
Rajin bersolek malas bekerja.

Anak ikan anak angsa,
Anak kala makan api;
Patuk tedung abang tak bisa,
Jeling janda nyaris nak mati.

Anak ikan jangan digoreng,
Kalau digoreng hilang lemaknya;
Anak orang jangan dijeling,
Kalau dijeling marah emaknya.

Anak ikan jangan digoreng,
Kalau digoreng pecah lemaknya;
Anak orang jangan dijeling,
Kalau dijeling marah emaknya.

Aku tak suka berumah tinggi,
Tiang bertakuk bendul bertarah;
Aku tak suka beranak tiri,
Anak dikatuk emaknya marah.

Ambil parang cuba dikerat,
Ekornya pendek putus sekerat;
Harimau garang dapat dijerat,
Mulut ternganga dihurung lalat.

Baca: Surah Al Masad Rumi, Maksud dan Kelebihan

Ambil parang pergi menebas,
Dahannya jatuh merata-rata;
Dulu hamba mergastua bebas,
Sekarang dijerat si molek jelita.

Anak lintah tergedit-gedit,
Anak harimau menyeberang paya;
Nak nikah tergedit-gedit,
Orang tak mahu apakan daya,

Apa benda tepi pagar,
Ular hitam nampak melingkar,
Garang-garang rimau akar,
Lebih-lebih pun baru dia cakar.

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Apa guna bermain lilin,
Lilin asal dari lemak;
Apalah guna jeling-menjeling,
Tersalah jeling marah emak.

Apa guna bertanam lada,
Lada banyak di atas bukit;
Apa guna mabukkan janda,
Anak dara bukan sedikit.

Ayam bulu balik,
Telur atas para;
Abang baru balik
Tidak bawa apa.

Ayam hitam celah batang,
Jumpa semak baru bertelur;
Sayang cik hitam baru dating,
Bawa minyak bunga melur.

Apa merah dalam padi,
Buah ciku dengan bedak;
Apa dimarah pada kami,
Sekali marah sekali tidak.

Apa merah di dalam padi.
Pucuk kadis digulai asam:
Apa marah di dalam hati,
Muka manis ditarik masam.

Apa siapa tiga terajur,
Nampak mari Gunung Datuk;
Hati saya sudah hancur,
Kena ilmu dalam rokok.

Ari-ari di balik rumah,
Akarnya bersilang-silang;
Anak dara duduk di rumah,
Janda juga dengan terbilang.

Assalamualaikum salam,
Kayu birah dimakan api;
Siapa lalu semalam,
Baju merah gelang di kaki.

Apa merah di kaki langit,
Putik delima dilari kuda;
Apalah merah di sanggul Kak Nit.
Bungalah sirih cempaka muda.

Apa putih di tengah laut,
Ruku-ruku tanaman Cina;
Apa putih di tengah rambut,
Telur kutu disangka bunga.

Apa putih di tengah laut?
Anak Cina menangguk udang;
Apa putih di tengah rambut?
Bunga cina baru nak kembang.

Awal mula dikarang,
Pantun Melayu anak Semarang,
Jika tidak belacu jarang,
Sumpit gandum dipakai orang.

Koleksi Pantun Lawak 4 Kerat Melayu, Gila  Koleksi Pantun Lawak 4 Kerat Melayu, Gila

50 Pantun Lawak Cinta Pecah Perut – Jenaka

Anak kucing lari merajuk,
Kaki tersepit di rumpun pulai;
Awak kurus berbini gemuk,
Sekali himpit jatuh terkulai.

Anak tikus mati tercampak,
Memanjat pohon di tepi sungai;
Awak kurus berbini banyak,
Lambat-laun mati meragai.

Baca: Koleksi Bergambar Pantun Nasihat Melayu

Anak kera jalan beriring,
Makan jengkol mata pun kantuk;
Awak kurus badan meranting,
Makan sebakul manakan gemuk.

Anak rimau bermain asap,
Mata berkunang perut pun sakit;
Awak kurus kain tersingkap,
Nampaklah tulang dibalut kulit.

Anak tikus meratap dinding,
Dikejar musang terberak-berak;
Awak kurus cakap melenting,
Ditampar orang tulang berselerak.

Anak tikus pergi terkencing,
Matanya lekat memandang labu;
Awak kurus bini meranting,
Bila berdekat tulang beradu.

Anak beruk berebut kuntum,
Ditampar musang lari meraung;
Awak gemuk ketum berdentum,
Gemparlah orang seisi kampung.

Anak gagak menari-nari,
Disergah gajah masuk belukar;
Awak gemuk tegak menari,
Rumah bergoyang orang pun gempar.

Anak beruk duduk menjerat,
Kepala tunduk mengintai cicak;
Awak gemuk masuk ke helat,
Di mana duduk lantai berderak.

Baca: Surah Al Alaq Rumi, PDF, Maksud & Kelebihan

Anak gajah mencuri pinang,
Disergah orang jauh berdebam;
Awak gemuk mandi telanjang,
Disangka orang gajah berendam.

Anak beruk memaki tikus,
Bulu berdiri muka pun garang;
Awak gemuk berbini kurus,
Sayulah hati hati orang memandang.

Anak beruk main tempurung.
Kena pungkang kepala pening;
Awak gemuk berkain sarung,
Disangka orang betina bunting.

Anak kokah menjala lalat,
Disepak kijang tumbang berdebin;
Awak sulah kepala berkilat,
Banyak orang datang bercermin.

Anak seladang gila bermain,
Dekat gelap barulah pulang;
Awak sudah kepala licin,
Lalat hinggap jatuh telentang.

Anak badak terlompat-lompat,
Salah lompat jatuh terhempas;
Awak botak kepala berkilat,
Tambah berkilat disepuh panas.

Anak beruk mencuri betik,
Diburu orang lintang-pukang;
Awak kurus berbini cantik,
Cemburu bukan alang kepalang.

Anak buntal bergapai-gapai,
Bila pasang berhanyut-hanyut;
Awak bebal memandai-mandai,
Ditanya orang terkentut-kentut.

Anak tiung barukan besar.
Mencuba terbang campak ke tanah;
Awak bingung mengaku pintar,
Ditanya orang pesaknya basah.

Anak kancil diluru tupai,
Lumpuh kaki jalan merangkak;
Awak jahil mengaku lebai,
Disuruh mengaji nafas pun sesak.

Anak cercap jatuh ke kali,
Dibawa arus mati terbuntang;
Awak gagap disuruh mengaji,
Membaca sebaris hari pun petang.

Anak kijang mula berdiri,
Jatuh terlentang disengat lebah;
Awak pincang bawa berlari,
Bumi terbentang senget sebelah.

Anak lembu duduk menangis,
Ditentang kambing sampai ke lumpur;
Awak bisu duduk di majlis,
Orang berunding awak mendengkur.

Anak kuda memakan dedak.
Datang balam duduk berjaga;
Awak duda gilakan talak,
Siang malam mengintai janda.

Anak kuda baru bersurai
Subuh gelap mencari makan;
Awak janda baru bercerai,
Sudah menyelap mencari jantan.

Anak kuda tegak meringkik,
Kaki belakangnya kena bisul;
Awak buta berlagak celik,
Tahi dipegang dikira dodol.

Anak tiung mencuba terbang,
Tinggi rendah terbang tak cedak;
Awak ompong mengunyah pinang,
Gusi berdarah pinang tak rosak.

Anak merbah baru keluar,
Disengat lebah meracau-racau;
Awaklah tua nafsu berkobar,
Melihat betina tergagau-gagau.

Anak tempua ditimpa antan,
Kaki luka mulut berdarah;
Awaklah tua selera menyetan,
Berbini muda lutut pun goyah.

50 Pantun Lawak Cinta Pecah Perut – Jenaka 50 Pantun Lawak Cinta Pecah Perut – Jenaka

25 Pantun 4 Kerat Kasih Sayang dan Cinta

25 Pantun 4 Kerat Kasih Sayang dan Cinta

Burung helang tak suka berkawan
Hinggap sebentar di pohonan rimbun
Tak jumpa sehari rasa sebulam
Apatah lagi bertahun-tahun

Kalau dijemur daun selasih
Daunnya pula jangan direndamkan
Jika bertemu sesama kekasih
Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan

Sungguh penat berjalan kaki
Berhenti minum air kelapa
Kalau dah ingat di dalam mimpi
Masakan dapat saya lupa

Jika tuan ke Pantai Rombang
Tanahnya berpasir tidak berbatu
Janganlah tuan gundah dan bimbang
Orang berkasih memang begitu

Baca: Pantun Melayu Cinta : Pickup Line Sweet

Buah bembing buah kundang
Buah langsat buah duku
Duduk jauh terasa bimbang
Duduk dekat terasa malu

25 Pantun 4 Kerat Kasih Sayang dan Cinta

Buah betik masaknya layu
Hendak diletak di atas para
Kenapa tak percaya orang merindu
Sampai hendak membelah dada

Anak ketam di celah batu
Anak kancil memakan padi
Sungguh indah pantun merindu
Wajahmu sentiasa di dalam hati

Pohon bidara di tepi perigi
Buahnya ada manis bak madu
Kalau dicuba rindu tak pergi
Jumpalah dia hilangkan rindu

Angin utara bertiup ke selatan
Mangga yang lebat gugur di laman
Apakah syarat tolong khabarkan
Asalkan dapat bunga di taman

Kalau padi katakan padi
Jangan saya tertampi-tampi
Kalau sudi katakan sudi
Jangan saya ternanti-nanti

Baca: Zikir dan Doa Solat Witir – Rumi Mengikut Sunnah

25 Pantun 4 Kerat Kasih Sayang dan Cinta

Sayang cempedak lebat di pangkal
Ambil parang dibelah empat
Kalau hendak berkasih kekal
Apa dilarang jangan dibuat

Buah durian ditanam jarang
Jatuh terhempas di atas batu
Walaupun jauh di negeri orang
Kasih tak lepas dalam hatiku

Cukur misai cuku janggut
Barulah nampak bereri-seri
Sungguh pandai tuan menurut
Kasihmu tuan tak berbelah bagi

Pucuk pauh delima batu
Sembilang ada di tapak tangan
Walaupun jauh beribu batu
Hilang dimata di hati jangan

Hijau kebiruan cahaya batu
Batu permata dipakai orang
Kalau rindu sebut namaku
Air mata jangan dibuang

Manis sungguh si gula batu
Buat jeruk belimbing besi
Kalau rindu sebut nama aku
Bantal peluk sebagai pengganti

Laksamana bentan pergi ke Semantan
Singgah menuju ke kualanya
Adinda laksana cincin intan
Kekanda mabuk akan cahayanya

Di dalam peti di Pantai Katung
Disitulah mutiara saya sembunyikan
Di antara hati dengan jantung
DI situlah awak, saya tinggalkan

Orang siam pulang ke Acheh
Mengail kurau dapat senangin
Bukan mudah nak berkasih-kasih
Laksana wau melawan angin

Kain batik selendang batik
Mari sebar ke atas pentas
Adik cantik abang pun cantik
Bagai dakwat dengan kertas

Banyak banyak kucing berlari
Mana nak sama kucing belang
Banyak banyak boleh dicari
Mana nak sama awak seorang

Pelita gantung banyak cahaya
Warnanya hijau bercampur biru
Dicium hidung berseri muka
Itulah penawar penyakit rindu

Ke Telik sudah ke Siam pun sudah
Ke Mekah sahaja aku yang belum
Berpeluk sudah bercium pun sudah
Bernikah sahaja aku yang belum

Anak beruk di tepi pantai
Masak ke bendang memakan padi
Biarlah buruk kain dipakai
Asalkan pandai mengambil hati

Hendak mayang seludang mayang
Pakaian anak raja Cina
Bidadari cantik turun melayang
Seri menampung bulan pernama

20 Pantun Empat Kerat – Pantun Lucu, Lawak

20 Pantun Empat Kerat - Pantun Lucu, Lawak

Membeli rojak pergi ke pekan
Ke pekan rabu membeli selipar
ada budak merajuk makan
Nasi habis perutnya lapar

Ambil segulung rotan saga
Sudah diambil mari diurut
Duduk termenaung harimau tua
Melihat kambing mencabut janggut

20 Pantun Empat Kerat - Pantun Lucu, Lawak

Jikalau lengang dalam negeri
Marilah kita pergi ke kota
Hairan tercengang kucing berdiri
Melihat tikus naik kereta

Dapat di rumput bilang-bilang
Menghisap bunga dengan mayang
Hati cemas menjadi hilang
Perut lapar menjadi kenyang

Endoi-endoi cak
Cak makan padi
Anak kecil duduk teriak
Mak duduk makan nasi

20 Pantun Empat Kerat - Pantun Lucu, Lawak

Elok rupa pokok belimbing
Tumbuh dekat limau lungga
ELok berbini orang sumbing
Walau marah ketawa juga

Baca: Ucapan Terima Kasih / Tahniah

Buah berangan di rumah Tok Imam
Sirih sekapur pergi menjala
Anjing menyalak harimau demam
Kucing di dapur pening kepala

Mulung hutan sepepah
Mulung kampung datuk
Angkat tangan sembah
Minta ampun datuk

Buah rambutan dari Pattani
Mari dipilih masak muda
Bagaimana dunia tak rasa sunyi
Kutu berperang dengan tuma

Gemuruh dihati bukan kepalang
Diasah lembing berkilat-kilat
Gementar tubuh harimau belang
Nampak kambing pandai bersilat


Baca: Bergambar 10 Contoh Pantun Budi Bahasa

Apa putih di tengah padang
Orang mengail ikan puyu
Selama katak pandai bergendang
Biawak tergelak di lubang kayu

20 Pantun Empat Kerat - Pantun Lucu, Lawak

Dari Klang menuju ke Jawa
Naik sigai ke atas atap
Ikan kering lagikan ketawa
Mendengar tupai baca kitab

Ayam denak deni
Makan buah bidara
Jangan tengok kami
Kami anak dara

Malam hari pasang pelita
Datang ribut tutuplah tingkap
Macam murai leka bercerita
Tak sedar bayan pandai bercakap

Pokok pinang patahnya condong
DIpukul ribut berhari-hari
Kucing berenang tikus mendayung
Ikan di laut berdiam diri

Ayam denak deni
Makan pucuk kacang
Jangan tengok kami
Kami anak bujang

Orang menganyam sambil duduk
Kalau sudah bawa ke balai
Melihat ayam memakai tanduk
Datang musang meminta damai

Anak Hindu beli petola
Beli pangkur sekali dua
Mendengar kucing main biola
DUduk termenung tikus tua

Punggur berdaun di atas kota
Jarak sejengkal dua jari
Musang rabun helan pun buta
Barulah ayam suka hati

Sirih kuning junjung bergolek
Padi rebah melepas tikar
Putih kuning warnanya cantik
Gajah seekor abang tak tukar

20 Pantun Empat Kerat – Pantun Lucu, Lawak 20 Pantun Empat Kerat – Pantun Lucu, Lawak

50 Pantun Cinta 4 Kerat – Sayang, Rindu, Sedih, Putus

50 Pantun Cinta 4 Kerat - Sayang, Rindu, Sedih, Putus

Mentadak mentadu warnanya hijau
Duduk bersarang di pokok manggis
Hai adik berbaju hijau
Rambut terhurai dipandang manis

Bunga rampai di dalam puan
Ruku ruku dari Bikit Peringgit
Belum sampai padamu puan
Rindu hamba bukan sedikit

Bukit Gantang gunung melintang
Tambak batu di Pulau Pesagi
Adik duduk sanggul terlintang
Bagai bunga di karang pagi

Buluh perindu berdahan tidak
Ke tepi perigi rumpunnya senget
Hatiku rindu tertahan tidak
Seperti bumi menanggung langit

Baca: 28 Koleksi Pantun 2 Kerat – Cinta, Pickup line, Lawak

Dedaun terap di atas bukit
Tempat menjemur si buah pala
Harapan sayang bukannya sedikit
Sebanyak helaian rambut di kepala

Pantai Klebang pasirnya lumat
Krang bercampur dengan lokan
Bagaikan nabi kasihkan umat
Begitulah saya sayangkan puan

Bukan kacang sebarang kacang
Kacang melingkar di kayu jati
Bukan datang sebarang datang
Datang melihat si jantung hati

Limau purut lebat di pangkal
Sayang selasih condong uratnya
Angin ribut dapat ditangkal
Hati kasih apa ubatnya

Bunga mawar bunga rampai
Ragikan kain sang Nila Utama
Bilakah gerangan niatku sampai
Hendak bertemu duduk bersama

50 Pantun Cinta 4 Kerat - Sayang, Rindu, Sedih, Putus

Pepagi buta pergi ke ladang
Hendak menyemai si benih padi
Berapa tinggi Gubung Ledang
Tinggi lagi hajat di hati


Anak Cina menjual kesuma
Mari dijual di Pekan Rabu
Makan tak lalu tidur tak lena
Teringat awak saban waktu

Angin barat ditiup lembut
Bertiup pagi sampai ke petang
Di mulut naga lagikan kurebut
Inikan pula di tangan orang

Baca: Koleksi Doa Selepas Solat / Harian

Anak ayam makan padi
Padi disimpan di bawah tangga
Cantik sungguh adik yang tadi
Siang malam terbayang di mata

Anak rusa lari ke barat
Sampai di barat makan ubi
Sementara gila belum belarat
Carilah bomoh untuk mengubati

Anak serati ditangkap musang
Anak kedidi lari melompat
Hati ini terasa bimbang
Orang yang dicintai belum dapat

Anak ketam dipanggang saja
Hendak direndang tidak berkunyit
Anak orang dipandang saja
Hendak dipinang tidak berduit

Apa guna ayam bertaji
Ayam makan si daun bunga
Dulu kasih sekarang benci
Ilmu siapa yang adik ini kena?

Apa guna mengarang bunga
Kalau tidak selah-jemelah
Kalau kering Lautan China
Barulah cinta adik berubah

Apa guna buah papaya
Padi di daik dimakan helang
Apalah guna kita bercinta
Hati sudah dimiliki orang

Api siapa di tanjung itu
Tempat budak membakar kurau
Anak siapa secantik itu
Bolehkah kami menumpang gurau


Bukan padi sembarang padi
Padi ditabur menjadi lalang
Buah hati sekeping hati
Hatiku merindu denganmu abang

Bukan asam sebarang asam
Asam keping dari seberang
Bukan hitam sebarang hitam
Tidaklah puas mata memandang

Bukit Acheh gunung pun Acheh
Kerbau balar dua sedenin
Tengok boleh nak ambil tak boleh
Seperti gambar dalam cermin

Bunga cempaka baunya harum
Ditanam orang di dalam kota
Berpandang rupa bertemu belum
Di dalam hati sangat bercinta

Bunga anggerik bunga di tanam
Baunya harum wanginya semerbak
Andainya kumbang dapat di tangan
Tangkap sekali kulepas tidak

50 Pantun Cinta 4 Kerat - Sayang, Rindu, Sedih, Putus

Bunga kekwa tangkainya sama
Petik setangkai kembang melati
Awak berjanji terlalu lama
Tidak sanggup saya menanti

Bunga kantan dalam serahi
Putera berarak ke Tanjung Temu
Sungguh saya dendam berahi
Bilakah gerangan hendak bertemu

Bunga terhambur di dalam perigi
Dari jauh nampak putih
Rosak nasi kerana api
Rosak hati kerana kasih

Bunga kejora dari utara
Dikarang bersama bunga kenanga
Bagaimana hati ini tak gila
Makan tidur rasa tak lena

Bunyi kluang permatang tujuh
Gesel sembilu di tengah jalan
Dengar pesan abang yang jauh
Bangun merindu di tengah malam


Duduk termenung di tepi tangga
Hendak mencari si daun capa
Bir jauh dipandang mata
Namun di hati tak pernah lupa

Burung serindit terbang melintang
Sudahlah melintang melayang pula
Cium hidung bayar hutang
Cium pipi berhutang pula

Burung merak ekornya panjang
Hinggap seekor di rumah Ali
Sudah lama hidup membujang
Hajat hendak beristeri

Gunung Banang tingginya mengawan
Nampak dari Pulau Sialu
Sudah lama hati ini tertawan
Hendak berkata terasa malu

Daun serbat di dalam padi
Daun selasih daun semulih
Tidak galak di dalam hati
Mari kita bertambah kasih

Burung kelang terbang di awan
Hinggap mari di pohon jati
Hatinya rindu pada kawan
Rinduku jua yang separuh mati

Dari mana hendak ke mana
Tinggi lalang dari padi
Bulan mana tahun mana
Kasih kupeluk tersemat di hati

Daun selasih daun semulih
Pohon pinang jambatan mandi
Mari kita bertaut kasih
Kaish kupinang mengikat janji

Duduk termenung di tepi muara
Ditiup angin pepohon bergoncang
Bila terkenang pada cik dara
Berdebar hati bertambah sayang

Duduk galah berdiri galah
Galah memusing haluan perahu
Duduk salah berdiri salah
Hatiku runsing orang tidak tahu

32 Pantun 4 Kerat – Cinta, Terima Kasih, Perpisahan

32 Pantun 4 Kerat - Cinta, Terima Kasih, Perpisahan

Pantun Cinta

Dari mana datangnya lintah
Dari sawah turun ke kali
Dari mana datangnya cinta
Dari mata turun ke hati

Pantang merendam biji labu
Labu dibawa orang bermain
Kalaulah awak memendam kasih
Saya pun karam menahan rindu

Airlah dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hatilah karam bertambah karam
Karam merindu orang yang jauh

Azan bukan sebarang azan
Azan menyeru orang solat
Pesan bukan sebarang pesan
Pesan rindu kukarang surat

Anak itik main ditaman
Beri makan dengan hampas sagu
Sungguh cantik bunga di taman
Di tepi jalan sudah berbau

32 Pantun 4 Kerat - Cinta, Terima Kasih, Perpisahan

Baca: Ucapan Selamat Hari Lahir Ibu Mertuaku

Besarlah redan dari belimbing
Bila berbuah dimakan ungka
Biarpun badan kurus kering
Kerana cinta kutahankan juga

Berkokok ayam dari hulu
Ditangkap budak sedang berlari
Angin memukul gelombang memalu
Sebab berhajat saya ke mari

Kalau tak ada sagu bertampan
Mengapa rumbia ditebang orang
Kalau tak ada rindu ke lain
Mengapa lama awak tak datang?

Kalau kumbang terbang menjauh
Tentulah bunga mudah berkembang
Kalau awak memang bersungguh
Janganlah lengah datang meminang

Airlah surut sampan tersekat
Kerana ke tepi ketika pasang
Hatiku hanyut badan melarat
Kerana kekasih lama tak datang

Apa gunanya naik perahu
Bila gelombang tak reda
Apa gunanya saya menunggu
Bila awak tidak setia

Hujan pagi hingga petang
Guruh berbunyi di atas awan
Bukanlah kurus sebab tak makan
Gila bayang bercampur rawan

32 Pantun 4 Kerat - Cinta, Terima Kasih, Perpisahan

Buluh perindu nama diberi
Ditiup angin bergoyang-goyang
Hatiku rindu tidak terperi
Kerana awak lama tak datang

Pergi ke pantai mengail tenggiri
Tenggiri bermain di celah batu
Jika tak sampai hajat di hati
Sanggupkah awak menanggung rindu

Baca: Bergambar 10 Contoh Pantun Budi Bahasa


Pantun Terima Kasih

Angin bertiup debu bertebaran
Duri menusuk luka di tangan
Terima kasih untuk kesabaran
Temani aku hadapi rintangan.

Kalau perempuan jadi ketua
Dipanggilnya ketua cantik
Terima kasih untuk semua
Engkaulah kawan paling baik.

32 Pantun 4 Kerat - Cinta, Terima Kasih, Perpisahan

Duduk manis di atas bangku
Hati ikhlas mencari ilmu
Terima kasih sanak saudaraku
Semoga Tuhan membalas jasamu.

Dari mana awal kita bercinta
Dari mata turun ke hati
Terima kasih atas waktunya
Kehadiran awak sangat bererti.

Layan dangdut di hujung pekan
Menikmatinya sambil bergoyang
Tulus dari hati aku ucapkan
Terima kasih banyak-banyak sayang.

Kereta baru dihadiahkan kawan
Girang sungguh hati aku
Terima kasih kawan-kawan
Terlalu banyak membantu aku.


Pantun Perpisahan

Besarlah batang buah kemiri
Retak sedahan menjadi layu
Biarpun awak lama tak datang
Takkan lupa dari hatiku

Ikan keli enak sekali dimakan
Jangan lupa sambil makan bakwan
Sebenarnya berat hati aku katakan
Ku ucapkan selamat tinggal wahai kawan.

Baju seragam terlihat gagah
Pulang sekolah membawa buku
Takdir berpisah tak dapat dicegah
Selamat tinggal rakan terbaik aku

Jangan tebang kayu yang basah
Buat masak tak akan beres
Selamat jalan selamat berpisah
Semoga semuanya semakin sukses.

Bunga mawar ada di tepi sawah
Sungguh elok di samping batu
Apabila nanti kita berpisah
Janganlah pernah engkau lupakan aku.

Emas murni dapat di selokan
Jual murah biarpun rugi
Perpisahan ini tak aku inginkan
Semoga dapat berjumpa lagi.


Pantun Nasihat

Kayu cendana di atas batu
Sudah diikat dibawa pulang
Adat dui dunia memang begitu
Benda buruk memang terbuang

Encik Ali membelah rotan
Mari membelah dengan sembilu
Belum kena sengat lipan
Kalau terkena baru tahu

Tidak semuanya tegak berdiri
Ambilkan saya buah cina
Jikalau tak pandai membawa diri
Badan bertuah pun tak berguna

Air jernih sajaknya landai
Jalan raya titian batu
Berunding verdik dengan pandai
Faham dua menjadi satu

Tanam balik buah peria
Buah peria mahal sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali

Cik Siti asalnya Melaka
Tanam bunga tepi pantai
Jangan sombong tuan berkata
Ada ke buaya menolak bangkai?

32 Pantun 4 Kerat – Cinta, Terima Kasih, Perpisahan pantun nasihat 32 Pantun 4 Kerat – Cinta, Terima Kasih, Perpisahan pantun nasihat

10 Contoh Pantun Nasihat – Bergambar

10 Contoh Pantun Nasihat - Bergambar

Hendak ke pulau ke pulau sahaja
Ke pulau jangan berdagang ubi
Hendak bergurau bergurau sahaja
Gurau jangan mengambil hati

Bapa hendak meniti dahan
Dahan patah tebing seberang
Saja tak pandai harap faham
Jangan gelabah disuruh orang

10 Contoh Pantun Nasihat - Bergambar

Buah jangan dimakan sembatang
Buah di rimba banyak duri
Jangan mengharap tuahnya orang
Sampai ketika susah sendiri

Diduk meniaga di Kampung Cina
Buah sempadan Datuk Penghulu
Jangan harap pada bunga
Bunga tidak kembang selalu

Buah ketapi kulitnya manis
Patah galah dalam paya
Orang lelaki mulutnya manis
Cakap sepatah jangan percaya

10 Contoh Pantun Nasihat - Bergambar

Besar landak dari seberang
Naik menityi di atas batang
Kalau tidak gerakkan tulang
Rezeki mana boleh datang

Baca: Penenang Hati – Zikir Hari Selasa – Beserta Rumi.

Budak-budak menapung amin
Anak murid menghadap guru
Harimau jangan dibuat main
Belum kena belum tahu

10 Contoh Pantun Nasihat - Bergambar

Bukanlah mahal harga perabot
Tidak ternilai tinggi harganya
Harta orang jangan direbut
Kalau direbut buruh padahnya

Bunga lada di atas batu
Bersama dengan bunga melati
Kalau ada niat begitu
Baik simpan dalam hati

Baca: Contoh Ucapan Takziah Untuk Orang Meninggal

Burung perling matanya merah
Hendak memakan tempulur labu
Sahabat menghilang nampak marah
Tersinggung kawan dalam kalbu

Encik Ali mengerat nibung
Kapaknya tumpul mari diasah
Putus tali boleh disambung
Putus sahabat hati gelisah