Koleksi 1001 Contoh Surat Rasmi dan Tidak Rasmi

Surat rasmi ialah surat yang ditulis bagi tujuan urusan-urusan rasmi. Secara umumnya, ia merupakan medium perhubungan yang dilakukan kepada organisasi berkaitan kerajaan.  Penulisan surat rasmi juga wajib dikuasai oleh pelajar sekolah menengah kerana lazimnya soalan berbentuk ini dikeluarkan di dalam peperiksaan. Antara tujuan surat kiriman rasmi dibuat adalah untuk sokongan, perjanjian, permohonan, bantahan, jemputan, cadangan dan sebagainya.

Surat tidak rasmi pula merupakan surat bertulis yang bersifat peribadi. Kebiasaannya, surat tidak rasmi ini ditulis kepada ibu bapa, saudara mara, rakan taulan. Antara tujuan surat kiriman tidak rasmi ini ialah untuk bertanya khabar, undangan dan takziah. Penggunaan kata ganti nama acapkali digunakan dalam surat jenis ini. Antaranya ialah Ayah = Ayahanda, Ibu = Ibunda, Anak = Anakanda, Abang atau Kakak = Kakanda.

Contoh-contoh Karangan Surat Rasmi

COntoh-contoh karangan surat tidak rasmi

Contoh Surat Tidak Rasmi 1

Koleksi 1001 Contoh Surat Rasmi dan Tidak Rasmi

Contoh Surat Tidak Rasmi 2

Koleksi 1001 Contoh Surat Rasmi dan Tidak Rasmi

Surat Rasmi Perletakan Jawatan

Surat Rasmi Perletakan Jawatan

Nora binti Abu Bakar.
No 47 Jalan Kenanga 9,
Taman Cempaka Tiga,
56214 Nilai,
Negeri Sembilan.


GB Network Solutions Sdn. Bhd
F-2-2, Block, F CBD Perdana, 3,
Jln Perdana, Cyber 12,
63000 Cyberjaya, Selangor                                                                                   30 Ogos 2021

Tuan,

Surat Perletakan Jawatan.

Dengan sukacita perkara di atas adalah dirujuk. Saya Nora bin Abu Bakar adalah yang bertugas sebagai Pegawai Eksekutif di Jabatan Teknologi Maklumat.

2.         Saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya akan meletakkan jawatan di syarikat tuan dengan rasminya pada 30 September 2021. Sehubungan dengan itu, saya akan mematuhi polisi syarikat untuk memastikan perletakan jawatan saya ini berjalan mengikut tempoh masa yang telah ditentukan oleh pihak syarikat.

3.         Untuk makluman tuan, tujuan saya meletakkan jawatan ini adalah kerana mengikuti suami yang akan bertukar tempat bertugas di Johor Baharu. Dengan ini, saya ingin meminta maaf terlebih dahulu sekiranya perletakan jawatan saya ini memberi kesan ke atas syarikat pihak tuan. Saya juga amat berterima kasih di atas jasa baik pihak syarikat yang telah memberi saya peluang untuk bekerja serta memberi segala bimbingan dan tunjuk ajar selama saya bekerja di syarikat ini.

Dengan ini, kerjasama pihak tuan bagi permohonan perletakan jawatan ini saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Nora Abu Bakar

  Surat Rasmi Perletakan Jawatan Surat Rasmi Perletakan Jawatan

Surat Rasmi Ketidakhadiran Ke Sekolah – Sebab COVID-19

Surat Rasmi Ketidakhadiran Ke Sekolah - Sebab COVID-19

Mohd Zakaria bin Abdul Rahman,
No 45 , Jalan Baiduri 3,
Taman Baiduri Jaya,
45000 Hulu Langat,
Selangor.


Tuan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Permata Jaya,
45000 Hulu Langat,
Selangor.                                                                                                             1 Januari 2022

Tuan,

Memohon Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Disebabkan Kebimbangan Penularan COVID 19.

Dengan segala hormat perkara di atas adalah di rujuk.

2.         Saya Mohd Zakaria bin Abdul Rahman bernombor kad pengenalan 680215080001 merupakan bapa kepada Aiman Hakim yang berada di kelas 4 Cerdik .

3.         Saya ingin memberitahu bahawa saya tidak membenarkan anak saya untuk hadir ke sekolah atas sebab bimbang dengan penularan COVID 19.Lebih-lebih lagi terdapat kes positif COVID 19 berdekatan dengan kawasan kediaman saya.

4.         Saya bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan anak saya berada di rumah sepanjang tempoh pengecualian kehadiran ke sekolah serta memastikan kerja sekolah diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

5.         Kerjasama dan perhatian dari pihak Tuan dan pihak sekolah saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Yang benar,

Mohd Zakaria

Surat Rasmi Ketidakhadiran Ke Sekolah – Sebab COVID-19 Surat Rasmi Ketidakhadiran Ke Sekolah – Sebab COVID-19

Contoh Surat Tidak Rasmi – Ucapan Tahniah Kepada Sahabat

Contoh Surat Tidak Rasmi - Ucapan Tahniah Kepada Sahabat

285, Taman Cicely,
36000 Teluk Intan,
Perak.

 30 April 2021.

Menemui shabaat penaku, saudara Alvin chong yang berada di Sandakan, sabah semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

Saudara,

            Saya berasa sangat gembira dan teruja apabila mendapat tahu bahawa saudara telah dinobatkan sebagai olahragawan bagi temasya sukan sekolah-sekolah Malaysia yang baru sahaja berakhir pada minggu lepas. Banyak media massa yang memaparkan kejayaan saudara itu. Sebagai sahabat, saya turut berasa gembira kerana usaha saudara yang tidak pernah mengenal putus asa dan penat lelah telah terbayar.  

Baca: 3 Jenis Sayur Bayam dan Khasiatnya Untuk Kulit

Kejayaan saudara ini membuktikan bahawa kita boleh memperoleh apa-apa kejayaan asalkan kita fokus kepada kejaayan yang kita hasratkan. Saya tahu bahawa saudara sangat gigih berusaha untuk menjadi olahragawan kebangsaan. Oleh itu, saudara menjalani latihan dengan gigih serta sanggup berkorban demi mencapai cita-cita tersebut;. Saya difahamkan oleh keluarga saudara bahawa saudara telah bangun seawal jam lim apgi untuk menjalani latihan bersama-sama jurulatih kebangsaan, Dollah Bin Shamsuri. Selepas itu saudara bersiap untuk pergi ke rsekolah seperti murid-murid yang lain.

Peribahasa ada mengatakan bahawa gengam bara api biar sampai jadi arang. Barangkali peribahasa ini menjadi pegangan saudara untuk mencapai kejayaan. Sejak mula berkenalan, saudara menunjukkan iltizam yang tinggi untuk berjaya.

Saudara,

Kata orang, mempertahankan kejayaan ini sebenarnya lebih sukar daripada memperolehnya. Dengan itu, saya ingin mengingatkan saudar agar tidak terus leka akan kejayaan ini. Saya berharap kejayaan ini dpat menjadikan suadaar lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan pada peringkat yan lebih tinggi. Saya ingin saudara muncul sebagai pemenang pingat emas pertama dalam Sukan olimpik pada tahun 2022. Saya yakin bahawa kejayaan ini bukanlah perkara yang mustahil kerana suadara sangat gigih untuk berjaya.

Baca: 10 Contoh Pantun Nasihat – Bergambar

            Setakat ini shaaja wakha saya pada kali ini. Say aberharap agar suadara dapat meningkatkan pretsasi demi meningkatkan mutu uskan negara. Sampaikan salam saya kepda ahli keluarga saudara. Sekian, terima kasih.

                                                                                                                        Sahabatmu,

                                                                                                                        Zarul Ariffin

Contoh Surat Tidak Rasmi – Ucapan Tahniah Kepada Sahabat Contoh Surat Tidak Rasmi – Ucapan Tahniah Kepada Sahabat

Contoh Surat Kiriman Rasmi – Masalah Sampah Sarap

Contoh Surat Kiriman Rasmi - Masalah Sampah Sarap

No. 23 Jalan Kenanga,
Taman Dahlia,
68100 Ampang.


Pihak Berkuasa Majlis Bandaran Ampang,
Jalan Pegawai,
68100 Ampang.                                                                                                         2 Mac 2020

Tuan,

Masalah Sampah Sarap di Taman Dahlia.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawasa saya, bagi pihak penduduk Taman Dahlia, Ampang, ingin mengadu tentang masalah sampah sarap di taman ini.

2.         Sejak dua minggu yang lalu, sampah sarap di kawasan taman ini tidak dipungut oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak tuan. Dua buah tong sampah besar di taman ini sudah sarat dengan sampah di sekeliling tong-tong sampah itu. Akibatnya, sampah sarap bertaburan di kawasan itu dan kelihatan amat menjijikkan. Setiap hari, terdapat anjing, kucing dan tikus yang berkeliaran di kawasan sampah sarap itu untuk mencari makanan. Lalat pula tidak terkira banyaknya.

3.         Sampah sarap itu mengeluarkan bau yang busuk dan tengik. Bau busuk ini mengganggu penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan sampah sarap itu. Sekiranya angin bertiup dengan kuat, bau busuk itu dapat dihidu sehingga 200 meter jauhnya. Kami bimbang keadaan ini akan menjejaskan kesihatan penduduk taman ini.

4.         Kami telah menghubungi kontraktor yang berkenaan sebanyak dua kali, tetapi sehingga sekarang, tiada tindakan diambil olehnya. Kami sungguh kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab kontraktor tersebut.

Kami berharap agar tuan akan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah sampah sarap di taman kami.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Meor sajak

(Meor Sajak)
Wakil Penduduk Taman Dahlia.

Contoh Surat Permohonan Kerja Sebagai pekerja Sambilan Harian (PSH)

Contoh Surat Permohonan Kerja Sebagai pekerja Sambilan Harian (PSH)

Ahmad Daniel Bin Ahmad Din,
No 14 Jalan Kiara, taman Enggang Jaya,
23000 Dungun,
Terengganu.
Kementerian Wilayah


G-7 Blok, Menara Seri Wilayah Aras 2,
Jalan P2a, Presint 2,  
62100, Putrajaya                                                                                                 5 Oktober 2021

Tuan,

Permohonan Jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Perkara di atas di rujuk.

Pada 20 September lepas, saya telah membaca sebuah iklan pekerjaan organisasi tuan dalam portal pekerjaan atas talian mengenai kekosongan jawatan di atas. Keperluan dan ciri-ciri yang diperlukan oleh jawatan tersebut dilihat menepati minat dan kemahiran saya. Sehubungan itu, saya berminat untuk memohon jawatan tersebut.

2.         Saya yakin dengan kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang ada. Sememangnya menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan kementerian yang mempunyai reputasi cemerlang dalam menguruskan hal ehwal kebajikan penduduk wilayah.

3.         Disini saya sertakan bersama resume dan salinan sijil untuk perhatian dan pertimbangan pihak tuan. Saya amat berbesar hati menerima panggilan temuduga pada bila-bila masa sahaja. Tuan boleh hubungi saya di talian 017-2056426 untuk tindakan lanjut. Segala perhatian dari pihak tuan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

ahmad tarmizi

(Ahmad Tarmizi)

Contoh Surat Permohonan Kerja : Setiausaha

Contoh Surat Permohonan Kerja : Setiausaha

Mastura Binti Mustafa,
No. 47 Jalan Taman Senggarang,
88100, Kemaman
Terengganu.


Pengarah Sumber Manusia
Jabatan Kesihatan Daerah
Daerah Kuala Terenggau
881200, Kuala Terengganu
Terengganu.                                                                                                           20 Mei 2021

Tuan/Puan,

Permohonan Jawatan Sebagai Setiausaha Pejabat.

Perkara di atas di rujuk.

Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai setiausaha di organisasi tuan.

2.         Untuk makluman, saya merupakan pemengang ijazah dalam bidang kesetiausahan daripada Universiti Teknologi MARA Malaysia, UITM kampus Puncak Alam. Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Julai 2020.

3.         Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai Pembantu Takbir di Kuudu Sdn Bhd., sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang pembuatan dan juga hartanah. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawtan secara tetap.

Saya berharap permohonan say akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan, keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Salmah Mansor

Contoh Surat Permohonan Kerja : Setiausaha Contoh Surat Permohonan Kerja : Setiausaha

Contoh Surat Kiriman Rasmi -Mohon Sumbangan

Contoh Surat Kiriman Rasmi -Mohon Sumbangan

Kelab Kecerian,
Sekolah Menengah Teknik,
56230 Lahad Datu,
Sabah.


Pengarah,
Majlis Perbandaran Lahad Datu,
56230 Lahad Datu,
Sabah.                                                                                                                        2 Mac 2021

Tuan,

Memohon Sumbangan sempena Program Gotong-royong Perdana.

Berhubung perkara diatas, dimaklumkan bahawa kami akan mengadakan program gotong-royong perdana untuk membersihkan kawasan sekolahg pad atarikh dan masa yang berikut.

Tarikh  : 19 Mac 2021
Hari     : Sabtu
Masa   : 8:00 pagi

2.         Pelbagai aktiviti akan dijalankan pada hari tersebut. Pembahagian tugas dibuat berdasarkan unit beruniform. Beberapa taman angkat telah dibentuk dan setiap unit beruniform ini diberikan tanggungjawab membersihkan tanaman tersebut. Selain membuang rumput-rampai, kerja-kerja lain yang akan dilakukan ialah menanam pokok bunga, mengecat bangunan , mencantikkan kawasan padang sekolah dan membersihkan kawasan persekitaran .

3.         Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik tuan untuk menyumbangkan bantuan peralatan seperti pongkes, cangkul, penyodok dan sebuah tong sampah yang besar bagi melancarkan aktiviti kami. Kami juga berharap agar lori pengakut sampah disediakan bagi mengangkut sampah sarap ke tempat pelupusan sampah.

4.         Di samping itu., untuk menceriakan kwsan sekolah, kami berharap agar pihak tuan dapat menyumbangkan pokok-pokok bunga untuk ditanam di sekitar kawasan sekolah kami. Keceriaan amat penting untuk mewujudkan kawasan sekolah yang kondusif untuk pengajaran dan permbelajaran.

5.         Besarlah harapan kami agar permohonan kami ini diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kaish.

Saya yang menjalankan tugas,

Amirah

(AMIRAH GHANI)
Setaiusaha,
Kelab Keceriaan Sekolah Menengah Teknik,
Lahad Datu, Sabah.

Contoh Surat Rasmi – Surat Perletakan Jawatan

Contoh Surat Rasmi - Surat Perletakan Jawatan

Wan Zulaikha bin Wan Azman
Pt 2075 Rumah Pangsa Seri Murni,
47300, Petaling Jaya,
Selangor.


GB Network Sdn. Bhd.
A-01-G , Pusat Perdagangan  Phileo,
47100, Ara Damansara
Selangor.                                                                                                      30 Disember 2021

Tuan,

Surat Perletakan Jawatan.

Merujuk kepada perkara di atas, saya Wan Zulaikha binti Wan Azman ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya ingin meletak jawatan daripada syarikat tuan berkuatkuasa 1 Februari 2022.

2.         Sebagai makluman pihak tuan, saya membuat keputusan ini berikutan keadaan kesihatan ayah saya yang tidak mengizinkan untuk saya bekerja kerana perlu mengawasi serta menjaga ayah saya yang berada dalam keadaan yang tidak baik kerana diserang penyakit angin ahmar. Saya juga merupakan anak tunggal dan ibu sudah meninggal dunia setahun yang lepas.

 3.        Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan GNB Network Sdn Bhd serta seluruh pekerja kerana telah banyak memberi peluang untuk bekerja disini serta memberikan tunjuk ajar dan kepercayaan sepanjang tempoh saya bekerja disini.

4.         Segala kerjasama dan jasa baik dari pihak tuan amatlah saya hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Zulaikha

Contoh Surat Rasmi – Surat Perletakan Jawatan Contoh Surat Rasmi – Surat Perletakan Jawatan

Surat Rasmi – Ketidakhadiran Sebab Sakit

Surat Rasmi - Ketidakhadiran Sebab Sakit

Muhammad Ehsan Sabri bin Ismail.
Lot 12, Jlan Solok Air Batu,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor.


Guru Kelas Tingkatan 3 Bestari,


Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko,
Jalan 5 Seksyen 5
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor.                                                                                                          19 Januari 2022

Tuan,

Tidak dapat hadir ke sekolah.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas, saya Muhammad Ehsan Sabri bin Ismail bapa kepada murid yang bernama Yusuf Adha dari kelas 3 Bestari ingin memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa anak saya tidak hadir ke sekolah pada tarikh 17 Januari 2022 dan ia adalah di bawah pengetahuan saya sebagai bapa.

 3.        Hal ini disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan di mana beliau perlu mengikuti saya untuk melawat saudara yang sedang sakit di hospital.

4.         Dengan itu, saya menharapkan pihak sekolah dapat memberikan kerjasama dan perhatian sewajarnya kepada ketidakhadiran anak saya ke sekolah. Saya memohon maaf atas kelewatan menghantar surat oleh sebab kekurangan masa lapang.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Ehsan sabri

(Muhammad Ehsan Sabri Bin Ismail)

Surat Rasmi – Ketidakhadiran Sebab Sakit Surat Rasmi – Ketidakhadiran Sebab Sakit