(Hadis) Zikir Penenang Hati – 6 Zikir Hari Rabu

(Hadis) Zikir Penenang Hati - 6 Zikir Hari Rabu

PERTAMA: Sa’ad bin Abi Waqqas berkata, maksudnya: Dia bersama Nabi SAW menemui seorang wanita yang ditangannya terdapat biji kurma atau kerikil untuk bertasbih. Baginda bersabda,

أُخْبِرُكِ بِمَا هُوَ أَيْسَرُعَلَيْكِ مِنْ هَذَا أَوْ أَفْضَلُ، سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِيْ السَّمَاءِ وَسُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِيْ الأَرْضِ وَسُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا بَيْنَ ذلِكَ وَسُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا هُوَ خَالِقٌ وَاللهُ أَكْبَرُ مِثْلَ ذلِكَ وَالْحَمْدُ لله مِثْلَ ذلِكَ وَلاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ مِثْلَ ذلِكَ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ مِثْلَ ذلِكَ (رواه الترمذي )

“Aku akan beritahu kamu cara yang lebih mudah dari ini atau lebih afdlal. Bacalah: “Subhanallah ‘Adada Ma Khalaqa Fis-Sama’, Subhanallah ‘Adada Ma Khalaqa Fil-Ardi, Subhanallah ‘Adada Ma Baina Zalika, Subhanallah ‘Adada Ma Huwa Khaliq”, (Subhanallah Maha suci Allah sebanyak makhluk yang Dia ciptakan di langit, Subhanallah sebanyak makhluk yang Dia ciptakan di bumi, Subhanallah sebanyak makhluk yang Dia ciptakan di antara langit dan bumi, Subhanallah sebanyak semua makhluk yang Dia ciptakan). Kemudian baca “Allahu Akbar” seperti itu. Lalu baca “Alhamdulillah” seperti itu. Dan baca “La Ilaha Illallah” seperti itu. Serta baca “La Hawla Wala Quwwata Illa Billah” seperti itu. – Hadis Riwayat at Tirmidzi dan Abu Daud

Baca: Buka Rezeki – Zikir Selepas Solat Subuh

KEDUA: Daripada Abu Sa’id al Khudri, Rasulullah bersabda,

مَنْ قَالَ : رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا ، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا ، وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا ، وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ

Maksudnya: Sesiapa yang mengucapkan ‘Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad sebagai Nabiku, wajib banginya masuk syurga. – Hadis Riwayat Abu Daud

(Hadis) Zikir Penenang Hati - 6 Zikir Hari Rabu

Koleksi Zikir Penenang Hati

KETIGA: Ibnu Mas’ud berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Aku bertemu Nabi Ibrahim di malam Israk. Dia berkata, ‘Wahai Muhammad, sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka bahawa syurga memiliki tanah yang subur dan air yang segar, ia juga memiliki lembah-lembah. Tanaman-tanamannya ialah سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah dan Allahu Akhbar”.‘- Hadis Riwyaat at Tirmidzi

KEEMPAT: Jabid bin Abdilllah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Sesiapa yang mengucapkan سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ‘Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, akan ditanamkan untuknya sebatang pohon kurma di syurga. ‘ – Hadis Riwayat at Tirmidzi

Baca: Hikmah dan Hukum – Hadis Kelebihan Azan

(Hadis) Zikir Penenang Hati - 6 Zikir Hari Rabu

KELIMA: Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca ‘سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ’ akan ditanamkan baginya sebatang pokok di syurga.” – Hadis Riwayat Ibnu Majah

KEENAM: Ummu Mukminin, salah seorang istri Rasulullah, bernama Shafiyyah ra. Bahwa beliau (Shafiyyah) berkata:

دَخَلَ عَلَيَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلّى اللهُ عَليهِ وَسَلّمَ وَبَيْنَ يَدَيَّ أَرْبَعَةُ آلاَفِ نَوَاةٍ أُسَبِّحُ بِهَا، فَقَالَ: لَقَدْ سَبَّحْتِ بِهَذَا؟ أَلاَ أُعَلِّمُكِ بِأَكْثَرَ مِمَّا سَبَّحْتِ بِهِ؟ فَقَالَتْ: عَلِّمْنِيْ، فَقَالَ: قُوْلِيْ سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ مِنْ شَىْءٍ (رواه الترمذي والطبرانيّ)

“Suatu ketika Rasulullah menemuiku dan ketika itu ada di hadapanku empat ribu biji-bijian yang aku gunakan untuk berzikir. Lalu Rasulullah berkata: Kamu telah bertasbih dengan biji-bijian ini?! Maukah kamu aku ajari yang lebih banyak dari ini? Shafiyyah menjawab: Ya, ajarkanlah kepadaku. Lalu Rasulullah bersabda: “Bacalah: “Subhanallah ‘Adada Ma Khalaqa Min Sya’i” (Hadis Riwayat at Tirmidzi & Thabarani)

(Hadis) Zikir Penenang Hati – 5 Zikir Hari Rabu (Hadis) Zikir Penenang Hati – 5 Zikir Hari Rabu 

Hadis Nabi – 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan

Hadis Nabi - 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Sesiapa yang mengucapkan: ‘Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allahm tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu‘ sebanyak 100 kali sehari, dia akan mendapat pahala seperti membebaskan sepuluh orang budak, diberikan kepadanya satu ratus pahala, dihapuskan daripada satu ratus dosa dan mendapat perlindungan penuh daripada godaan syaitan daripada pagi sehingga petang. Tidak ada orang yang dapat melakukan yang lebih baik daripada itu kecuali orang yang mengucapkan lebih banyak. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Baca: Niat Sujud Syukur – Doa, Dalil, Cara, Hukum & Sebab

Nabi SAW juga bersabda, sesiapa yang mengucapkan ‘Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya’ dalam sehari sebanyak 100 kali, dosanya akan dihapuskan walaupun sebanyak buih di lautan.

Koleksi Zikir Penenang Hati

Daripada Jabir bin Abdillah, Rasulullah bersabda, maksudnya: Zikir yang paling utama ialah La ilaha ilallah – Hadis Riwayat at Tirmidzi dan Ibnu Majah

Sa’ad bin Abu Waqqas, dia berkata: Seseorang daripada suku pedalaman datang kepada Rasulullah lalu berkata, ‘Ajarkan aku doa yang dapat aku baca.’ Baginda menjawab, ‘Ucapkan “Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah yang tiada sekutu baginya, Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, Maha Suci Allah Tuhan Pemelihara alam semesta, tiada daya upada dan kekuatan melainkan hanya milik Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.“‘ Dia bertanya kembali, ‘Doa itu bagi Tuhanku, mana bagiku?’ Baginda menjawab, ‘Ucapkanlah “Ya Allah, ampunilah aku, sayangilah aku, berilah aku petunjuk dan berilah aku rezeki.“‘ – Hadis Riwayat Muslim

Hadis Nabi - 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan

Baca: Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat

Saad bin Abi Waqqas berkata, maksudnya: Kami sedang duduk bersama Rasulullah, apabila baginda bersabda, ‘Apakah salah seorang daripada kalian tidak mampu mendapat 1000 pahala sehari?’ Seorang di antara mereka bertanya, ‘Bagaimana boleh mendapat 1000 pahala setiap hari?’ Baginda menjawab, ‘Bertasbih 100 kali akan mendapat 1000 pahala atau dihapuskan 1000 dosa.’ – Hadis Riwayat Muslim

Abu Musa al-Asy’ari berkata, maksudnya: Nabi SAW bersabda kepadaku, ‘Mahukah aku tunjukkan kamu harta terpendam daripada harta karun syurga?’ Aku menjawab, ‘Mahu, wahai Rasulullah.’ Baginda bersabda, ‘Ucapkan “Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan hanya milik Allah.”‘ – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis Nabi – 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan Hadis Nabi – 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan

Hadis Nabi – 7 Zikir Hari Jumaat (Bergambar)

Hadis Nabi - 7 Zikir Hari Jumaat (Bergambar)

Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda, Maksudnya: Dua kalimah yang mudah diucapkan dengan lidah, berat di atas timbangan dan dicintai Allah Yang Maha Pengasih: ‘Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.’ – Hadis Riwayat Bukhari

Daripada Abu Dzar, Nabi SAW bersabda, maksudnya: Mahukah aku memberitahumu mengenai perkataan yang paling Allah cinta? Sesungguhnya perkataan yang paling Allah cintai ialah ‘Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya.’ – Hadis Riwayat Muslim

Koleksi Zikir Penenang Hati

Daripada Samurah bin Jundab berkata, Nabi SAW bersabda, maksudnya: Ada empat kalimah yang paling dicintai Allah SWT, iaitu ‘Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah dan Allah Maha Besar. Tidak mengapa memulakan mana-mana perkataan pun – Hadis Riwayat Muslim

Daripada Abu Malik al-Asy’ari, katanya Rasulullah bersabda, maksudnya: Kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Ucapan Alhamdulillah memenuhi timbangan. Ucapan Subhanallah wal-Hamdulillah memenuhi ruang di antara langit dan bumi. – Hadis Riwayat Muslim

Baca: 10 Zikir Selepas Solat Fardhu – Murah Rezeki

Daripada Juwairiyah Ummul Mukminin, Katanya: Nabi SAW keluar daripada rumahnya pada waktu fajar untuk solat subuh, sementara dia (ummul Mukminin) berada di tempat solatnya. Selepas masuk waktu dhuha baginda kembali, dia masih berada di tempat sama. Baginda bersabda, ‘Selepas aku keluar dari rumahmu, aku mengucapkan empat kalimah sebanyak tiga kali yang apabila ditimbang dengan apa yang engkau baca sejak dinihari tadi pasti lebih berat: ‘Maha Suci Allah sebanyak makhluk ciptaan-Nya, Maha Suci Allah sebanyak makhluk ciptaan-Nya, Maha Suci Allah sebanyak makhluk ciptaan-Nya. Maha Suci Allah seredha diri-Nya, Maha Suci Allah seredha diri-Nya, Maha Suci Allah seredha diri-Nya. Maha Suci Allah seukuran Arsy-Nya, Maha Suci Allah seukuran Arsy-Nya, Maha Suci Allah seukuran Arsy-Nya. Dan Maha Suci Allah sebanyak tinta firman-firman-Nya, Maha Suci Allah sebanyak tinta firman-firman-Nya, Maha Suci Allah sebanyak tinta firman-firman-Nya. – Hadis Riwayat at Tirmidzi.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, maksudnya: Aku mengucapkan: ‘Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada tuhan yang patut disembah selain Allah dan Allah Maha Besar’ adalah lebih aku sukai daripada dunia yang terbit padanya matahari. – Hadis Riwayat Muslim

Baca: Malas Solat: Hadis Meninggalkan Solat

Daripada Aby Ayyub al-Ansari, Nabi SAW bersabda, katanya: Sesiapa yang mengucapkan ‘Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah yang tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kerajaan dan bai-Nya segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu’ sebanyak 10 kali, pahalanya seperti orang yang membebaskan empat orang budak daripada keturunan Ismail. – Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

zikir hari jumaat zikir hari jumaat

Surat Rasmi Perletakan Jawatan

Surat Rasmi Perletakan Jawatan

Nora binti Abu Bakar.
No 47 Jalan Kenanga 9,
Taman Cempaka Tiga,
56214 Nilai,
Negeri Sembilan.


GB Network Solutions Sdn. Bhd
F-2-2, Block, F CBD Perdana, 3,
Jln Perdana, Cyber 12,
63000 Cyberjaya, Selangor                                                                                   30 Ogos 2021

Tuan,

Surat Perletakan Jawatan.

Dengan sukacita perkara di atas adalah dirujuk. Saya Nora bin Abu Bakar adalah yang bertugas sebagai Pegawai Eksekutif di Jabatan Teknologi Maklumat.

2.         Saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya akan meletakkan jawatan di syarikat tuan dengan rasminya pada 30 September 2021. Sehubungan dengan itu, saya akan mematuhi polisi syarikat untuk memastikan perletakan jawatan saya ini berjalan mengikut tempoh masa yang telah ditentukan oleh pihak syarikat.

3.         Untuk makluman tuan, tujuan saya meletakkan jawatan ini adalah kerana mengikuti suami yang akan bertukar tempat bertugas di Johor Baharu. Dengan ini, saya ingin meminta maaf terlebih dahulu sekiranya perletakan jawatan saya ini memberi kesan ke atas syarikat pihak tuan. Saya juga amat berterima kasih di atas jasa baik pihak syarikat yang telah memberi saya peluang untuk bekerja serta memberi segala bimbingan dan tunjuk ajar selama saya bekerja di syarikat ini.

Dengan ini, kerjasama pihak tuan bagi permohonan perletakan jawatan ini saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Nora Abu Bakar

  Surat Rasmi Perletakan Jawatan Surat Rasmi Perletakan Jawatan

Surat Rasmi Ketidakhadiran Ke Sekolah – Sebab COVID-19

Surat Rasmi Ketidakhadiran Ke Sekolah - Sebab COVID-19

Mohd Zakaria bin Abdul Rahman,
No 45 , Jalan Baiduri 3,
Taman Baiduri Jaya,
45000 Hulu Langat,
Selangor.


Tuan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Permata Jaya,
45000 Hulu Langat,
Selangor.                                                                                                             1 Januari 2022

Tuan,

Memohon Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Disebabkan Kebimbangan Penularan COVID 19.

Dengan segala hormat perkara di atas adalah di rujuk.

2.         Saya Mohd Zakaria bin Abdul Rahman bernombor kad pengenalan 680215080001 merupakan bapa kepada Aiman Hakim yang berada di kelas 4 Cerdik .

3.         Saya ingin memberitahu bahawa saya tidak membenarkan anak saya untuk hadir ke sekolah atas sebab bimbang dengan penularan COVID 19.Lebih-lebih lagi terdapat kes positif COVID 19 berdekatan dengan kawasan kediaman saya.

4.         Saya bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan anak saya berada di rumah sepanjang tempoh pengecualian kehadiran ke sekolah serta memastikan kerja sekolah diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

5.         Kerjasama dan perhatian dari pihak Tuan dan pihak sekolah saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Yang benar,

Mohd Zakaria

Surat Rasmi Ketidakhadiran Ke Sekolah – Sebab COVID-19 Surat Rasmi Ketidakhadiran Ke Sekolah – Sebab COVID-19

Contoh Surat Tidak Rasmi – Ucapan Tahniah Kepada Sahabat

Contoh Surat Tidak Rasmi - Ucapan Tahniah Kepada Sahabat

285, Taman Cicely,
36000 Teluk Intan,
Perak.

 30 April 2021.

Menemui shabaat penaku, saudara Alvin chong yang berada di Sandakan, sabah semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

Saudara,

            Saya berasa sangat gembira dan teruja apabila mendapat tahu bahawa saudara telah dinobatkan sebagai olahragawan bagi temasya sukan sekolah-sekolah Malaysia yang baru sahaja berakhir pada minggu lepas. Banyak media massa yang memaparkan kejayaan saudara itu. Sebagai sahabat, saya turut berasa gembira kerana usaha saudara yang tidak pernah mengenal putus asa dan penat lelah telah terbayar.  

Baca: 3 Jenis Sayur Bayam dan Khasiatnya Untuk Kulit

Kejayaan saudara ini membuktikan bahawa kita boleh memperoleh apa-apa kejayaan asalkan kita fokus kepada kejaayan yang kita hasratkan. Saya tahu bahawa saudara sangat gigih berusaha untuk menjadi olahragawan kebangsaan. Oleh itu, saudara menjalani latihan dengan gigih serta sanggup berkorban demi mencapai cita-cita tersebut;. Saya difahamkan oleh keluarga saudara bahawa saudara telah bangun seawal jam lim apgi untuk menjalani latihan bersama-sama jurulatih kebangsaan, Dollah Bin Shamsuri. Selepas itu saudara bersiap untuk pergi ke rsekolah seperti murid-murid yang lain.

Peribahasa ada mengatakan bahawa gengam bara api biar sampai jadi arang. Barangkali peribahasa ini menjadi pegangan saudara untuk mencapai kejayaan. Sejak mula berkenalan, saudara menunjukkan iltizam yang tinggi untuk berjaya.

Saudara,

Kata orang, mempertahankan kejayaan ini sebenarnya lebih sukar daripada memperolehnya. Dengan itu, saya ingin mengingatkan saudar agar tidak terus leka akan kejayaan ini. Saya berharap kejayaan ini dpat menjadikan suadaar lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan pada peringkat yan lebih tinggi. Saya ingin saudara muncul sebagai pemenang pingat emas pertama dalam Sukan olimpik pada tahun 2022. Saya yakin bahawa kejayaan ini bukanlah perkara yang mustahil kerana suadara sangat gigih untuk berjaya.

Baca: 10 Contoh Pantun Nasihat – Bergambar

            Setakat ini shaaja wakha saya pada kali ini. Say aberharap agar suadara dapat meningkatkan pretsasi demi meningkatkan mutu uskan negara. Sampaikan salam saya kepda ahli keluarga saudara. Sekian, terima kasih.

                                                                                                                        Sahabatmu,

                                                                                                                        Zarul Ariffin

Contoh Surat Tidak Rasmi – Ucapan Tahniah Kepada Sahabat Contoh Surat Tidak Rasmi – Ucapan Tahniah Kepada Sahabat

Pendek : Karangan Pencemaran Alam Sekitar

Pendek : Karangan Pencemaran Alam Sekitar

Contoh Karangan Pendek: Kepentingan Menjaga Kebersihan Alam Sekitar

            Alam sekitar penting kepada kehidupan manusia dan mahkluk lain. Alam sekitar yang bersih menjamin kehidupan yang sejahtera hasil persekitaran yang sihat dan selesa. Suasana begini penting untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit seperti denggi, malaria, taun dan seumpamanya. Semua penyakit yang dapat membawa maut ini berpunca daripada persekitaran yang kotor.

Baca: Pantun Melayu Cinta : Pickup Line Sweet

            Manusia memerlukan alam sekitar, udara dan air yang bersih serta tempat tinggal yang selesa tanpa sebarang pencemaran. Udara dan air yang tercemar akan memudaratkan manusia dan hidupan yang lain. Pencemaran juga menimbulkan bencana, seperti jerebu, banjir besar dan pemanasan global.

            Persekitaran yang bersih mewujudkan suasana yang selesa dan tenang. Suasana seperti ini penting terutamanya untuk beristirahat dan merehatkan minda. Fikiran yang tenang membolehkan manusia hidup aman dan gembira seterusnya mewujudkan kehormonian masyarakat.

            Oleh itu, usaha-usaha untuk mewujudkan persekitaran yang bersih perlu dilakukan segera. Masyarakat perlu berganding bahu dalam hal ini dengan bergotong-royong dan bekerjasama untuk memastikan kebersihan tempat tinggal masing-masing. Amalan murni ini bukan sahaja mewujudkan kawasan tempat tinggal yng bersih malahan merapatkan hubungan kemasyarakatan.

Baca: Contoh Karangan Kekeluargaan: Keluarga Bahagia

            Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama memelihara alam sekitar daripada pencemaran. Ini kerana alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi yang akan datang. Marilah kita sama-sama menyayangi dan menyelamatkan alam sekitar daripada dimusnahkan.

Surat Kiriman Tidak Rasmi – Sahabat Dilanda Musibah Banjir

Surat Kiriman Tidak Rasmi - Sahabat Dilanda Musibah Banjir

Surat tidak rasmi – Tempat tinggal sahabat dilanda banjir.

No 69,Taman Gemilang,
43800 Dengkil,
Selangor.

20 Desember 2021.

Menemui Shahira yang kini berada di Segamat, Johor, semoga sihat sejahtera sentiasa. Saya di sini sihat walafiat.

Saudari,

Baru-baru ini saya telah menyaksikan berita melalui televisyen dan surat khabar bahawa banjir yang melanda Johor semakin buruk., terutamanya di kawasan tempat tinggal saudari. Saya berasa amat bimbang dan sedih melihat rumah-rumah yang ditenggelami banjir atau dihanyutkan air. Tambahan pula, perhubungan terputus apabila jalan-jalan utama di kawasan yang terlibat turut ditenggelami iar. Saya bersimpati atas kejadian yang menimpa penduduk di kawasan tempat tinggal saudari.

Baca: 6 Khasiat Gum Arab (Arabic Gum) Yang Tak Ramai Orang Tahu

Bagaimanakah keadaan saudari sekarang? Saya berharap agar saudari sentiasa bersabar dalam menghadapi dugaan yang hebat ini. Tentu saudari berasa sedih kerana pada tahun ini kita akan menduduki peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun, jangan bersedih kerana saya dan keluarga di sini sedia menghulurkan apa-apa bantuan yang terdaya untuk meringankan beban saudari sekeluarga. Saya bercadang hendak memberikan nota-nota rujukan saya kepada saudari selain memberikan buku-buku rujukan yang baharu untuk menggantikan buku saudari yang telah rosak.

Banjir yang berlarutan selama beberapa hari ini sememangnya mengakibatkan banyak kerosakan. Saya mendapat berita bahawa ada kanak-kanak yang mati lemas akibat dihanyutkan banjir, selain kemusnahan harta benda. Saya berasa agak lega apabila mendapat tahu bahawa penduduk di kawasan yang terlibat telah dipindahkan ke kawasan penempatan sementara. Saya ingin benar mengetahui pengalaman saudari berada di kawasan penempatan sementara itu. Saya dan keluarga di sini benar-benar berharap agar saudari sekeluarga sentiasa bersabar dan tidak terlalu sedih atas musibah yang menimpa.

Baca: 32 Pantun 4 Kerat – Cinta, Terima Kasih, Perpisahan

Besarlah harapan saya semoga saudari membalas surat saya ini. Sekiranya keadaan mengizinkan, saya dan keluarga akan melawat saudari sekeluarga. Semoga apa-apa yang berlaku menjadikan kita insan yang lebih tabah dalam menjalani kehidupan.

Salam takzim daripada saya sekeluarga untuk saudari dan sekeluarga. Sekian, terima kasih.

                                                                                                                        Sahabatmu,

                                                                                                                        Aizza Ashiqqin

Contoh Surat Kiriman Rasmi – Masalah Sampah Sarap

Contoh Surat Kiriman Rasmi - Masalah Sampah Sarap

No. 23 Jalan Kenanga,
Taman Dahlia,
68100 Ampang.


Pihak Berkuasa Majlis Bandaran Ampang,
Jalan Pegawai,
68100 Ampang.                                                                                                         2 Mac 2020

Tuan,

Masalah Sampah Sarap di Taman Dahlia.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawasa saya, bagi pihak penduduk Taman Dahlia, Ampang, ingin mengadu tentang masalah sampah sarap di taman ini.

2.         Sejak dua minggu yang lalu, sampah sarap di kawasan taman ini tidak dipungut oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak tuan. Dua buah tong sampah besar di taman ini sudah sarat dengan sampah di sekeliling tong-tong sampah itu. Akibatnya, sampah sarap bertaburan di kawasan itu dan kelihatan amat menjijikkan. Setiap hari, terdapat anjing, kucing dan tikus yang berkeliaran di kawasan sampah sarap itu untuk mencari makanan. Lalat pula tidak terkira banyaknya.

3.         Sampah sarap itu mengeluarkan bau yang busuk dan tengik. Bau busuk ini mengganggu penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan sampah sarap itu. Sekiranya angin bertiup dengan kuat, bau busuk itu dapat dihidu sehingga 200 meter jauhnya. Kami bimbang keadaan ini akan menjejaskan kesihatan penduduk taman ini.

4.         Kami telah menghubungi kontraktor yang berkenaan sebanyak dua kali, tetapi sehingga sekarang, tiada tindakan diambil olehnya. Kami sungguh kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab kontraktor tersebut.

Kami berharap agar tuan akan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah sampah sarap di taman kami.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Meor sajak

(Meor Sajak)
Wakil Penduduk Taman Dahlia.

3 Karangan Autobiografi : Aku Sebuah Tabung / Komputer dan Basikal

3 Karangan Autobiografi : Aku Sebuah Tabung / Komputer dan Basikal

Contoh Karangan Autobiografi : Aku Sebuah Tabung

Aku sebuah tabung yang digunakan untuk menyimpan wang. Aku dihasilkan di sebuah kilang dengan menggunkan plastik, kaca dan aluminium.

Aku dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan berwarna-warni supaya dapat menarik perhatian pembeli. Aku digunakan untuk menyimpan wang yang tidak dibelanjakan sama ada wang syiling atau wang kertas. Tabung yang telah penuh dengan wang akan disimpan di dalam bank supaya lebih selamat.

Sekiranya aku rosak atau pecah aku tidak boleh digunakan lagi. Aku sangat berguna untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan masyarakat

Baca: Pendek : Karangan Pencemaran Alam Sekitar

Contoh Karangan Autobiografi : Aku Sebuah Komputer Riba

            Aku dikenali sebagai komputer riba. Aku diperbuah di negara Taiwan. Aku berasa bangga apabila dicipta di luar negara.

            Aku berwarna merah dan menjadi lambang keberanian kepada setiap pengguna. Aku dijual dengan harga RM 3500 di pasaran. Harga ini mampu dimiliki oleh kebanyakkan orang. Fungsi utama aku adalah untuk hiburan, komunikasi dan pekerjaan. Oleh itu, pelbagai lapisan umur akan menggunakan aku untuk tujuan peribadi.

            Namun begitu, jangka hayat aku hanya selama lima tahun sahaja dan biasanya aku akan dimusnahkan.

Contoh Karangan Autobiografi: Aku Sebuah Basikal

Aku ialah sebuah basikal. Namaku BMX. Aku diperbuat daripada besi dan keluli yang berkualiti. Badanku berwarna merah dan hitam. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Selangor.

Aku dihantar ke sebuah kedai basikal di Sik dengan menggunakan lori kecil. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga yang mahal, iaitu RM800.

Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang berumur 10 tahun telah membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya.Aku telah diberikan kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama Alex

Baca: 100+ Koleksi Bergambar Kata-Kata Motivasi – Cinta, Islami, Bisnes etc

Setiap hari, aku ditunggangi oleh Alex untuk bersiar-siar dengan kawan-kawannya .  Kadang-kadang , Alex menunggangku ke sekolah pada waktu petang untuk menghadiri aktiviti luar darjah. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang tuan yang baik.  Aku dijaga olehnya dengan sempurna. Walaupun Alex  mempunyai orang gaji, dia tidak menyuruh orang gajinya mencuciku, sebaliknya, dia membasuhku dan mengelapku sendiri.  Aku kagum dengan sikap rajin dan tanggungjawabnya itu.

 Untuk memastikan aku tidak terkena sinaran cahaya matahari atau hujan, Alex telah meletakkan saya di dalam rumah dan memberikan aku satu tempat khas untuk berehat.  Aku amat gembira dan sentisa bersyukur kerana mendapat tuan yang begitu baik.

Walaupun sudah dua tahun aku berkhidmat untuk Alex, namun aku masih disayanginya, malahan dia tidak pernah terfikir untuk mencari penggantiku.  Aku berjanji dengan diriku sendiri bahawa aku akan berkhidmat dengan baik kepada Alex sehingga ke akhir hayatku.