Koleksi Contoh Penghargaan Kerja Kursus

Contoh Penghargaan Kerja Kursus

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin tuhan yang Maha Esa kerana telah diberi kekuatan untuk menyempurnakan kerja kursus ini bagi mata pelajaran Geografi

Pertamanya, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi iaitu Cikgu Izati binti Rosli kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sehingga tugasan ini berjaya disempurnakan dengan jayanya.

Baca: Contoh Penghargaan Ringkas Terbaik

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana sentiasa memberikan dorongan dan semangat. Keikhlasan mereka memberikan bantuan sama ada dari segi masa, tenaga dan kewangan amat saya hargai. Biar jasa jadi kenangan.

Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan seperjuangan yang sudi berkongsi ilmu dan maklumat yang diperlukan sepanjang melengkapkan tugasan ini.

Pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi amat bermakna. Sekian, wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *