
Kata yang merujuk nama sesuatu benda, manusia, haiwan, tumbuhan dan tempat yang bersifat khusus. Ia boleh dibahagikan kepada berikut:
- Kata nama khas hidup manusia:
Kata nama yang digunakan oleh manusia secara khusus seperti Profesor Arifbillah, Encik Lim, Ismeet dan Syamimi.
Baca: Quote Good Luck, Best Wishes And Messages – With Image
- Kata nama khas hidup bukan manusia:
Kata nama yang digunakan oleh benda bernyawa selain manusia secara umum seperti Sang Belang, Si Comel, Jibril dan Oryza Sativa.
- Kata nama khas tidak hidup:
Benda-benda tidak hidup secara khusus. Antaranya seperti Prada (benda), Bank Simpanan Nasional (tempat), Melayu (bangsa), Universiti Utara Malaysia (institusi), Kamus Dewan Bahasa (buku), India (bangsa) dan sebagainya.
- (Hadis) Zikir Penenang Hati – 6 Zikir Hari Rabu
- Hadis Nabi – 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan
- Hadis Nabi – 7 Zikir Hari Jumaat (Bergambar)
- Surat Rasmi Perletakan Jawatan
- Surat Rasmi Ketidakhadiran Ke Sekolah – Sebab COVID-19
NOTA TAMBAHAN
- Kata Nama Khas ditulis dengan huruf besar pada huruf pertama kata tersebut.
Contohnya: Bunga Citra Lestari penyanyi dari Indonesia.
- Dalam pada itu, huruf pertama pada nama panggilan, pangkat, dan gelaran yang diikuti nama manusia hendaklah ditulis sebagai huruf besar juga.
Contohnya: Doktor Shahrizan, Encik Goh, Haji Wahab, Kapten Noor, Puan Leela dan sebagainya.
Baca: Contoh dan Jenis-jenis Ayat Majmuk: Gabungan & Pancangan
- Seterusnya, huruf pertama untuk nama geografi yang khusus pun hendaklah ditulis sebagai huruf besar. Contohnya, Bukit Besi, Gunung Semanggol, Lembah Kinta, Pulau Perhentian, Teluk Batik dan sebagainya.
Contohnya:
Contoh ayat dan kesalahan | Pembetulan |
Reket berjenama yonex itu sangat mahal harganya. | Yonex |
Persembahan teater Leftenan Adnan akan diadakan di istana budaya. | Istana Budaya |
Sekembalinya beliau dari Mekah, kami memanggil beliau hajah Rabiah. | Hajah Rabiah |
Reka bentuk perodua axia agak menarik. | Perodua Axia |
Kata Nama Khas Tak Hidup Kata Nama Khas Tak Hidup