Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
Siapakah yang dimaksudkan dengan jiran? jiran boleh didefinisikan sebagai mereka yang tinggal berhampiran dengan kediaman kita. Menurut ajaran Islam, jiran merangkumi semua penghuni 40 buah rumah yang berada di setiap penjuru sama ada di kanan, di kiri, di hadapan mahupun di belakang tempat tinggal kita. Sayangnya, semangat kejiranan kini kian luntur dalam arus kemodenan kerana kesibukan menjalani hidup seharian yang kian mencabar. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan dalam usaha untuk menyuburkan kembali semangat kejiranan ini.
Pertamanya, kerajaan boleh memainkan peranan dengan melancarkan pelbagai kempen kesedaran untuk menyemarakkan kembali semangat hidup berjiran. Semua lapisan masyarakat harus menyambut baik kempen ini dalam usaha untuk membangkitkan semula semangat hidup berjiran. Kempen kebaikan hidup berjiran perlu disampaikan melalui pelbagai medium milik kerajaan seperti televisyen, radio, akhbar, Internet dan sebagainya. Contohnya, dengan cara menyiarkan dokumentari atau kisah kehidupan berjiran yang menggambarkan keharmonian dan kerjasama antara jiran, tanpa mengira perbezaan bangsa atau situasi kewangan. Iklan dan program-program seperti ini akan memberikan impak positif dalam memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Kempen-kempen seumpama ini perlulah diadakan sepanjang masa dan bukannya diadakan sekadar melepaskan batuk di tangga.
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
- Contoh Karangan: Punca Kegiatan Jenayah Dalam Kalangan Remaja
- Kad Ucapan Happy Birthday Untuk Sahabat Karib
- Contoh Karangan: Langkah Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Murid
- Contoh Karangan: Masalah Disiplin Dikalangan Murid
- Contoh Karangan : Punca-punca Pelajar Ponteng Sekolah
Sikap saling hormat-menghormati antara jiran adalah aspek penting dalam meningkatkan semangat kejiranan. Sikap saling menghormati ini mencakupi pelbagai aspek seperti saling bertegur sapa dengan mesra, menjaga hak-hak jiran, seperti tidak mengganggu dengan bunyi yang bising, penjagaan haiwan peliharaan yang baik, dan mengawasi gelagat anak-anak agar tidak mengganggu ketenangan jiran. Apabila setiap jiran mengamalkan sikap saling menghormati ini, hubungan kejiranan akan berjalan denga aman dan harmoni. Oleh itu, penting untuk diingat bahawa semangat kejiranan yang subur turut bergantung kepada sikap saling menghormati antara satu sama lain. Maka benar kata pepatah bahawa jiran sepakat membawa berkat.
Amalan ziarah-menziarahi juga boleh digunakan untuk menghidupkan semangat kejiranan yang semakin malap. Tradisi ini boleh dilakukan sepanjang masa mengikut kesesuaian, terutamanya dalam situasi seperti tatakala jiran yang sakit, menghadapi musibah, majlis kenduri, atau sekadar ziarah pada hujung minggu. Amalan saling kunjung mengunjungi ini secara langsung dapat mengukuhkan hubungan silaturahim antara jiran dan membina persaudaraan yang kukuh. Oleh itu, amalan ini perlu ditekankan sebagai satu cara untuk mempererat hubungan kejiranan. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan ziarah-menziarahi mampu mempererat hubungan kejiranan.
Tuntasnya, semangat hidup berjiran membawa banyak kebaikan kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, kita perlu menjaga tradisi hidup berjiran sebagai warisan leluhur kita. Mutiara kata yang menyebutkan bahawa “jiran sepakat membawa berkat” sangat relevan dalam membentuk masyarakat yang penuh dengan nilai kebersamaan, kesepaduan, dan keharmonian. Dengan itu, marilah kita sama-sama melestarikan tradisi hidup berjiran sebagai salah satu amalan seharian. Sesungguhnya jiran mesra, masyarakat sentosa dan negara sejahtera.