Contoh Karangan Rencana : Peranan Ibu Bapa Terhadap Keselamatan Anak-anak.

Contoh Karangan Rencana : Peranan Ibu Bapa Terhadap Keselamatan Anak-anak.

Peranan Ibu Bapa dalam Memastikan Keselamatan Anak-Anak Terjamin.

Nur Imani Binti Ali

Marcapada ini, kes kanak-kanak diculik dan dibunuh sering dilaporkan di media massa. Sebagai contoh, seorang budak perempuan yang berusia empat tahun telah dipancung kepala dengan menggunakan pisau dapur di Taipei. Dalam konteks ini, individu yang tidak bersalah telah menjadi mangsa manusia yang tidak bertanggungjawab. Persoalannya, di manakahh nilai murni masyarakat madani ini? Sesungguhnya, ibu bapa haruslah memainkan peranan untuk memastikan keselamatan anak sebelum nasi menjadi bubur.

Baca: Pendek : Karangan Pencemaran Alam Sekitar (Langkah Memelihara)

Pada pandangan saya, ibubapa harus memebrikan didikan tentang keselamatan diri kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana pengetahuan tentang sesuatu bahaya adalah amat penting dan seterusnya dapat mengelakkan kes culik, rogol dan bunuh. Oleh hal demikian, ibu bapa patut melatih anak-anak supaya tidak mengambil apa-apa dari orang yang tidak dikenali supaya tidak mudah tertipu. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, ibu bapa harus memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Hal ini berpunca daripada ibu bapa hanya mementingkan diri sendiri dengan sibuk mencari rezeki untuk mengejar kekayaan. Sehubungan dengan itu, ibu bapa telah alpa dengan tanggungjwab hakiki mereka dan menyebabkan anak-anak haus akan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa.

Baca: 100 Kata-Kata Cinta Melayu – Pendek, Islamic, Romantis

Di samping itu, ibu bapa perlu tahu lokasi anak mereka berada pada setiap masa. Hal ini disebabkan oleh anak-anak masih tidak tahu akan bahaya yang mendatang. Dalam hal ini, ibu bapa hendaklah sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab bagi memastikan anak mereka tidak lari daripada perhatian mereka apabila berada di pusat membeli belah. Ibu bapa juga patut melatih anak untuk memberitahu mereka tentang destinasi yang ingin pergi dan masa untuk pulang ke rumah. Intihannya, keselamatan kanak-kanak merupakan tanggungjawab setiap ibu bapa kerana anak merupakan anugerah Tuhan. Lantaran itu, ibu bapa berperanan penting untuk memastikan anak-anak terjamin keselamantannya daripada sebarang tindakan jenayah. Hakikatnya, anak-anak ialah harapan negara yang paling berharga pada masa hadapan