Contoh Karangan Laporan 2020

Contoh Karangan Laporan

Laporan Kegiatan Kelab Pencinta Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Sejati

Kelab Pencinta Alam Sekolah Kebangsaan Seri Sejati telah ditubuhkan pada tahun 1980. Antara tujuan utama penubuhannya ialah bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar dikalangan para pelajar. Untuk tahun 2020 ini, kelab ini telah dianggotai seramai 50 orang ahli. Mereka terdiri daripada para pelajar darjah empat, lima dan enam.

Baca: Tinted Magic Kajang – Kali Kedua

Pada tahun ini, bersempena dengan sambutan 40 tahun penubuhannya, kelab ini telah melaksanakan pelbagai aktiviti berbentuk akademik dan bukan akademik. Aktiviti yang paling mendapat sambutan dikalangan para pelajar ialah pertandingan menulis karangan tentang alam sekitar. Ia telah disertai oleh 205 orang pelajar dan dimenangi oleh Suriani binti Kasiron, pelajar darjah Enam Cekap.

Selain itu, peraduan mewarna turut mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada para pelajar. Ia telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu bawah darjah tiga dan atas darjah empat. Ia dimenangi oleh Mohd Ali bin Sakiman dan Sanisah binti Huri daripada darjah Satu Cekal dan Enam Cempaka.

Kelab ini juga turut menganjurkan gotong royong membersih dan mengindahkan kawasan sekolah. Antara pengisian yang dijalankan ialah menanam benih pokok hiasan, buah-buahan dan membersihkan taman sekitar kawasan sekolah.

Baca: Contoh Karangan Laporan Hari Sukan

Pada cuti penggal kedua persekolahan yang lalu, kami juga turut mengadakan sesi lawatan sambil belajar ke Taman Botani Johor, Seri Medan Batu Pahat. Banyak ilmu baharu dan pengalaman yang menceriakan yang diterima sepanjang lawatan tersebut.

Secara umumnya, kami berasa puas hati dengan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. Pada masa yang sama, kami juga ingin menyampaikan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada guru penasihat, Cikgu Izayati binti Hussin yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar.

Disediakan oleh

Ahmad bin Din
Setiausaha Kelab Pencinta Alam Sekitar
Sekolah Kebangsaan Seri Sejati
20 November 2020

Contoh Karangan Laporan Contoh Karangan Laporan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *