Contoh Karangan Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Biskut

Contoh Karangan Laporan Lawatan

Pada 13 Jan 2020 yang lalu, Kelab Rakan Sebaya (KRS) Sekolah Kebangsaan Tenaga Setia telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Biskut Hup Seng yang terletak di Kawasan Perindustrian Tongkang Pechah, Batu Bahat.

Tujuan utama lawatan ini adalah bagi menambah ilmu pengetahuan para ahli persatuan akan bagaimana biskut dihasilkan pada skala besar. Pada masa yang sama, lawatan ini turut memberi pendedahan akan bagaimana kilang ini telah membantu meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar Batu Bahat.

Baca: Contoh Karangan Laporan 2020

Lawatan ini telah disertai oleh tiga puluh tujuh orang ahli persatuan KRS termasuk tiga orang guru pengiring. Sebuah bas tajaan Ahli Parlimen Parit Sulong telah digunakan bagi tujuan lawatan ini.

Ketibaan kami pada pukul 10 pagi di Kilang Hup Seng telah disambut oleh Pengurus Besar Hup Seng, Encik Alimin bin Manan. Beliau mengucapkan terima kasih dan teruja atas lawatan yang julung kali diadakan ini.

Kami diberikan taklimat ringkas mengenai operasi kilang yang telah memulakan operasinya sejak 30 tahun lalu. Usai taklimat, kami dibawa ke setiap bahagian bermula daripada menguli tepung hingga ke peringkat pembungkusan.

Kami berasa teruja dan kagum dengan proses pembuatan biskut yang menggunakan teknologi dan mesin canggih yang tidak pernah kami lihat sebelum ini. Biskut-biskut yang dihasilkan sangat lazat dan berkualiti tinggi. Kami turut diajar akan tip-tip akan bagaimana untuk menghasilkan biskut yang rangup.

Baca: Contoh Tek Ucapan Pengerusi Majlis

Lawatan kami berakhir sekitar pukul 3 petang. Sebelum pulang, pihak kami dan kilang saling bertukar cenderamata sabagai tanda kenang-kenangan. Pada masa yang sama, kesemua pelajar turut diberikan satu beg yang mengandungi pelbagai jenis dan jenama biskut keluaran Hup Seng.

Laporan Disediakan oleh

Luqman bin Nasaruddin
Setiausha
Kelab Rakan Sebaya
Sekolah Kebangsaan Tenaga Setia

Contoh Karangan Laporan Lawatan Contoh Karangan Laporan Lawatan