Contoh Karangan Laporan Hari Sukan

Contoh Karangan Laporan Hari Sukan

Pada 15 Feb 2020 (Sabtu) yang lalu, Sekolah Kebangsaan Seri Medan (SMKSM) telah menganjurkan Temasya Sukan kali ke-20. Ia diadakan di Padang Tan Sri Noraini Ahmad bermula pada pukul 7.45 pagi.

Baca: Kesan Buruk Penggunaan Laman Media Sosial

Temasya sukan tahunan ini disertai oleh seluruh warga SKSM termasuk para pelajar dan guru. Antara tujuan utama pengajuran temasya sukan ini adalah bagi menyemai semangat kesukanan di kalangan para pelajar disampung mengeratkan hubungan dikalangan warga sekolah.

Kerja-kerja persiapan bagi penganjuran sukan ini telah dimulakan sejak seminggu sebelum temasya berlangsung. Beberapa khemah pelbagai saiz didirikan dan dihias dengan cantik mengikut keperluan dan rumah sukan. Ia dilakukan secara gotong royong oleh para pekerja sekolah, guru dan murid.

Alhamdulillah, cuaca pada hari temasya sukan adalah sangat baik. Temasya sukan ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong, YB Datuk Dr Noraini Ahmad. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian.

Baca: Makan Sedap Di Port Dickson – Char Kuey Teow

Usai upacara perasmian tamat, acara sukan pun berlangsung mengikut jadual yang telah dirancang. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah lari 100 meter, 200 meter dan 4 x 100 meter. Selain itu, acara lompat tinggi, lontar peluru, lompat jauh, tarik tali dan lempar lembing turut dipertandingkan.

Acara berakhir pada pukul 3 petang. Guru Besar SKSM, YBr Dato Aznan bin Haji Masnon telah mengumumkan keputusan keseluruhan dimana, rumah hulubalang telah dinobatkan sebagai Juara. Manakala Naib Johan dan tempat ketiga pula disandang oleh rumah Laksamana dan Panglima. Saudara Ahmad bin Din dan Saudari Sosilawati binti Tukiman pula telah diumumkan sebagai olahraga dan olahragawati sekolah.

Dek kerana kejayaan penganjuran temasya sukan ini, Guru Besar telah mengumumkan cuti sehati pada hari Ahad. Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan temasya sukan ini.

Disediakan oleh

Mohd Luqman bin Ali
Setiausaha Sukan
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan