Contoh Langkah Menanangi Masalah Dan Kesan Buruk Obesiti

Contoh Langkah Menanangi Masalah Dan Kesan Buruk Obesiti

            Belakangan ini, masalah obesiti semakin meningkat dalam kalangan rakyat negara kita. Mengikut laporan akbar, peratusan rakyat Malaysia yang mempunyai berat badan yang berlebihan ini adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara Asia yang lain. Umumnya, obesiti ini mendatangkan pelbagai keburukan khususnya penampilan diri yang tidak menarik. Bukan itu sahaja, mereka yang mengalami masalah ini mudah diserang penyakit. Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan obesiti ialah diabetes, darah tinggi dan juga serangan jantung.

            Langkah pertama ialah dengan melakukan senaman secara konsisten. Senaman boleh dilakukan di luar rumah atau di dalam rumah. Senaman boleh dilakukan sekurang -kurangnya 30 minit pada setiap hari. Contoh senaman yang boleh dilakukan ialah senamrobik, jogging, menunggang basikal, berenang atau tekan tubi. Hal ini penting agar proses perpeluhan dapat berjalan dengan lancar dan sisa toksik dapat dikeluarkan. Tapi perlu diingatkan janganlah melakukan senaman seperti peribahasa hangat-hangat tahi ayam kerana kolestrol di dalam badan tidak dapat dikurangkan dalam masa satu atau dua minggu. Jadikanlah senaman ini sebagai rutin hidup jika telah berjaya mengurangkan berat badan nanti kerana senaman penting dalam penjagaan kesihatan dan organ-organ dalam tubuh.

            Selain itu, kita perlulah mempunyai motivasi diri yang tinggi untuk mengurangkan berat badan. Jangan hiraukan pendapat atau pandangan sinis orang lain. Kita perlulah yakin bahawa kita pasti akan berjaya mengurangkan berat badan seperti yang kita idamkan. Bak kata pepatah “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Jika pada peringkat permulaan, kita merasa kurang berhasil, janganlah mudah putus asa. Kita perlulah meneruskan usaha sehingga berjaya. Carilah rakan-rakan yang boleh memotivasikan atau yang sama-sama berusaha untuk mengatasi masalah berat badan. Jika kita mempunyai motivasi diri yang tinggi pasti masalah obesiti dapt dihadapi akan berjaya diatasi.

Baca: Karangan Langkah-langkah mengurangkan Jenayah

            Seterusnya ialah penjagaan pemakanan. Makanlah makan yang mengandungi garam, kolestrol dan gula yang rendah. Rujuklah piramid makanan yang terdiri daripada empat kumpulan makanan dan perhatikan pilihan makanan yang mana perlu dimakan dengan banyak. Selain itu, rujukan pada piramid makanan dapat membantu kita memilih makanan yang berkhasiat untuk setiap hidangan. Kita juga disarankan agar banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk memudahkan proses penghadaman dan perkumuhan. Elakkan daripada terlalu banyak makan nasi kerana nasi mengandungi karbohidrat yang tinggi. Makanlah makanan yang seimbang pada setiap waktu pengambilan makanan. Ambillah gizi makanan yang seimbang dan janganlah makan mengikut nafsu.

            Dalam proses mengurangkan masalah obesiti, jangalah lupa untuk meminta nasihat daripada doktor. Hal ini demikian kerana doktor yang bertauliah akan memastikan diet kita lebih teratur dan tidak memudaratkan kesihatan. Kita juga dinasihatkan janganlah mempercayai seratus-peratus iklan-iklan tentang produk pelangsingan badan yang seperti akan memudaratkan kesihatan sendiri. Diet yang keterlaluan sehingga mengabaikan pemakanan akan menyebabkan penyakit gastrik. Semasa makan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah jumlah makanan yang diambil, kekerapannya dan akibatnya kepada kesihatan. Justeru, pandangan daripada doktor sangat penting sebelum mengamalkan diet.

Baca: Beli Pengukus Elektrik Jenama Tefal

               Konklusinya, kita haruslah sedar bahawa tiada jalan mudah untuk menguruskan dan mengawal berat badan. Sebaliknya kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan senaman dan melakukan aktiviti fizikal secara aktif. Hal ini kerana, masalah obesiti hanya dapat dielakkan jika setiap orang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga kesihatan dan mencapai berat badan yang ideal. Kita haruslah berpegang kepada falsafah peribahasa “mencegah lebih baik daripada mengubati” khususnya dalam memastikan kehidupan yang sihat dan terjamin sepanjang masa.

Contoh Langkah Menanangi Masalah Dan Kesan Buruk Obesiti