Mutakhir ini, isu kenaikan harga barang penjadi topik perbincangan yang sentiasa bertali arus dan tidak pernah menemui kata putus. Isu ini sentiasa menjadi bualan dalam kalangan masyarakat desa sehinggalah ke peringkat persidangan parlimen. Namun begitu, kemelut yang dirasai oleh setiap warga pengguna tidak pernah menemui jalan penyelesaian. Pelbagai formula cuba dirumuskan tetapi semuanya seolah-olah hanya cakap-cakap kosong sahaja.
Dalam menagani situasi yang serba mencengkam ini persatuan pengguna perlulah mengambil langkah bijak bagi mendepani masalah ini dengan memberi penjelasan dan penerangan tentang hak serta kepentingan pengguna dengan lebih serius. Persatuan pengguna boleh menjalankan kempen bagi menjelaskan betapa pentingnya mengubah budaya berbelanja dengan membuat keputusan dan perancangan yang bijak ketika berbelanja. Pengguna perlu diberi kesedaran supaya sikap buruk mereka berbelanja melampaui keperluan. Para pengguna perlu ditanamkan kesedaran untuk memastikan mereka hanya membeli barangan keperluan yang utama dan penting sahaja dan bukannya berbelanja mengikut kemahuan bak kata peribahasa ikut rasa binasa, ikut hati mati. Pelajar juga perlu didedahkan dengan program-program yang berkaitan dengan pengguna seperti Minggu Pengguna dan Ceramah Kepenggunaan.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Selain itu, persatuan pengguna boleh mendedahkan kepincangan dan penipuan yang dilakukan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Nama-nama peniaga yang mengabaikan tanggungjawab sosial dan sentiasa menangguk di air keruh ini boleh didedahkan di dada akhbar atau di media massa yang lain untuk makluman orang ramai. Tindakan berani persatuan pengguna penyenaraikan nama peniaga yang tidak bertanggungjawab di akhbar pengguna dapat mengelakkan orang ramai daripada terus berbelanja di premis mereka dan secara tidak langsung akan membimbangkan peniaga daripada menipu orang ramai. Maklumat seperti ini mampu membantu pengguna untuk berbelanja dengan bijak kerana mereka sudah pasti tidak sanggup ditipu oleh peniaga yang bertindak suka hisap darah seperti lindah darat.
Persatuan pengguna juga boleh turun padang memberikan penerangan bagi menubuhkan persatuan pengguna setempat. Ahli persatuan pengguna tersebut perlu mempunyai sikap bersama-sama di kawasan masing-masing untuk memantau harga dan kualiti barangan di premis perniagaan di kawasan tempat tinggal mereka. Mereka perlu bersatu kerana tindakan secara bersendiririan hanya laksana wau melawan angin. Kewujudan persatuan pengguna setempat akan memastikan adanya “pemantau senyap”dalam kalangan pengguna dengan peniaga. Maksudnya, peniaga akan lebih berhati-hati sebelum mencuba untuk menipu pengguna kerana menyedari setiap tindakan mereka akan dipantau oleh persatuan pengguna. Oleh yang demikian, kewujudan persatuan pengguna setempat akan memastikan keadaan pasaran sentiasa dalam keadaan terkawal kerana pihak peniaga menyedari wujudnya pihak ketiga yang memerhatikan keadaan pasaran semasa.
Baca: Karangan Cara-cara Mewujudkan Masyarakat Penyayang
Sementelahan itu, persatuan pengguna setempat boleh melebarkan peranan mereka dengan membuat aduan jika menghadapi masalah dengan peniaga. Umpamanya, banyak kes pengguna ditipu atau tertipu tetapi tidak tahu di mana mereka pelu membuat aduan. Antara kes penipuan peniaga termasuklah dari segi harga, kualiti, kandungan mahupun tarikh sah luput barangan yang dibeli malah barangan yang dijual sebenarnya indah khabar dari rupa. Hakikatnya, kewujudan persatuan pengguna setempat yang turut bertanggungjawab mengambil langkah susulan menangani masalah pengguna amatlah besar kesannya. Peranan persatuan pengguna setempat akan menentukan nasib pengguna terbela dan tidak terus ditekan oleh golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Persatuan pengguna setempat dengan bimbingan Kementerian Pembangunan Koperasi boleh menubuhkan koperasi atau syarikat yang mampu menjual produk kepada pengguna dengan harga yang lebih murah. Usaha ini dapat dimulakan dengan menubuhkan Koperasi Pengguna Daerah atau Kedai Pengguna Daerah yang dianggotai oleh para pengguna di kawasan tersebut. Walaupun usaha tersebut agak sukar untuk dilaksanakan tetapi tidak mustahil untuk menjadi kenyataan jika setiap pengguna memberikan kerjasama sepenuhnya demi membela nasib mereka. Pengalaman persatuan pengguna dalam hal-hal meletakkan harga barang sudah pasti memudahkan mereka menjual produk tanpa masalah. Dengan adanya penglibatan persatuan pengguna dalam bidang perniagaan, pengguna berpeluang untuk memperoleh sesuatu barangan keperluan dengan harga yang lebih rendah. Jelaslah, kewujudan koperasi memberikan memberi alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga yang berpatutan.
Baca: Koleksi Ayat Sedih Untuk Kekasih Curang – Kecewa
Kesimpulannya, persatuan pengguna memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan nasib pengguna dan bertanggungjawab untuk membebaskan pengguna daripada kongkongan kuasa peniaga yang tamak dan rakus memenuhi bejana keuntungan. Namun begitu, persatuan pengguna tidak akan berupaya memainkan perananya secara efektif jika masyarakat pengguna sendiri menutup sebelah mata terhadap isu kenaikan harga barang sedangkan merekalah pemegang kuasa yang paling besar untuk mengatasi kemelut ini.
Peranan Persatuan Pengguna Menangani Kenaikan Harga Barang