2 Contoh Karangan Pendek : Amalan Gaya Hidup Sihat

2 Contoh Karangan Pendek : Amalan Gaya Hidup Sihat

Contoh Karangan 1: Gaya Hidup Sihat

Peningkatan jumlah penghidap penyakit kronik semakin membimbangkan. Hal ini berpunca daripada masyarakat yang kurang mengamalkan gaya hidup sihat dalam menjalani kehidupan sehari-hari

            Gaya hidup yang tidak sihat dapat banyak menimbulkan implikasi. Contohnya, pengambilan makanan yang tidak seimbang dan kurang bersenam dapat menyebabkan masalah obesiti atau kegemukan. Individu yang obes mudah letih dan tidak mampu melakukan kerja-kerja yang memerlukan kekuatan fizikal.

            Selain itu, faktor kesibukan merupakan salah satu punca rakyat kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Lambakan makanan segera di dalam dan dari luar negara. Makanan segera mengandungi pelbagai bahan pengawet dan pewarna tiruan. Bahan kimia dalam bahan-bahan ini merupakan penyebab utama kanser, pembunuh nombor satu di negara ini.

Baca: Koleksi Doa Selepas Solat / Harian

            Sikap makan secara berlebihan dan mengatasi kuantiti yang diperlukan oleh badan, selain kurangnya melakukan aktiviti yang dapat membakar tenaga yang terkumpul menyebabkan pengumpulan lemak yang mengganggu sistem tubuh.

            Sebagai kesimpulan, kurang mengamalkan gaya hidup sihat dapat menjejaskan kesihatan. Kos perubatan yang semakin tinggi memerlukan masyarakat memikirkan pentingnya mencegah sebelum parah.

Contoh Karangan 2: Gaya Hidup Sihat

 Amalan gaya hidup sihat merupakan kunci utama untuk menghindarkan penyakit. Antara amalan gaya hidup sihat ialah mengamalkan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan. Kesannya, kita dapat mengelakkan diri daripada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Amalan seterusnya ialah melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit. Senaman membolehkan darah mengalir ke jantung dengan lancar dan membuang sisa toksik. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana badan cergas, otak cerdas.

Di samping itu, ialah penjagaan kesihatan diri, seperti tidak berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi, tuala mandi dan sikat. Penjagaan  persekitaran pula dengan memastikan kawasan dalam dan luar rumah bebas daripada medium penyebar penyakit seperti sampah sarap, air yang bertakung. Penjagaan kebersihan dapat menghindarkan diri kita daripada penyakit seperti demam denggi.

Baca: Penerangan Serta Koleksi Contoh Kata Ganti Nama Diri

Cara lain ialah menjauhi amalan negetif., seperti membuang tabiat merokok, penyalahgunaan dadah dan alkohol kerana boleh merosakkan diri sendiri dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperi kanser, Aids, hepatitis dan sakit jantung.

Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat dapat dipraktikkan dengan banyak cara. Amalan-amalan ini memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Hargailah kehidupan dengan membudayakan amalan gaya hidup sihat.