Karangan Usaha-usaha Untuk Memupuk Perpaduan Nasional

Karangan Usaha-usaha Untuk Memupuk Perpaduan Nasional

            Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan penduduk yang berbilang kaum. Keharmonian negara banyak bergantung kepada hubungan mesra dan intim dalam kalangan rakyat. Justeru, pelbagai langkah perlu dilaksanakan bagi memastikan wujudnya perpaduan nasional.

            Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat memberikan ruang dan peluang yang seluas-luasnya kepada rakyat untuk menerima pendidikan tanpa mengira agama dan bangsa. Pelajar-pelajar berbilang kaum dapat mengikuti pelajaran di tempat dan kawasan yang sama sewaktu menjalani aktiviti bersama-sama. Hubungan ini dapat melahirkan rasa saling memahami dan hormat-menghormati antara pelajar berbilang kaum. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan memperkukuhkan hubungan antara pelajar kerana bahasa dapat menjadi wadah yang ampuh dan mapan untuk mewujudkan perpadaun nasional.

            Perpadauan nasional juga dapat mewujudkan melalui amalan kunjung-mengunjungi dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Amalan ziarah-menziarahi semasa hari-hari perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas dapat melahirkan kemsraan. Rakyat dapat memahami dan menghayati adat resam sesuatu bangsa. Pemahaman dan penghayatan ini penting dalam melahirkan rasa hormat-menghormati antara satu dengan yang lain. Amalan rumah terbuka sewaktu perayaan-perayaan juga dapat memberikan impak yang berkesan dalam usaha mewujudkan perpaduan nasional.

Baca: Zero Cleansing Balm Review Malaysia

            Melalui aktiviti sukan dan riadah juga kita dapat memupuk perpaduan dan integrasi nasional. Hal ini terbukti dalam acara sukan yang melibatkan pasukan negara. Semua penonton terdiri daripada pelbagai kaum bersorak dengan penuh semangat menyokong pasukan negara. Mereka gembira dan saling berpelukan apabila pasukan negara meraih kejayaan, seterusnya dapat merapatkan hubungan antara rakyat. Mereka menjalani aktiviti bersama-sama, bertegur sapa serta tolong-menolong bagaikan aur dengan tebing. Perpaduan nasional juga dapat dipupuk melalui program-program khas seperti sambutan Hari Kemerdekaan negara dan gotong royong. Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman ada menyatakan bahawa, “setiap kita harus hormat hak dan perasaan masing-masing, bertolak ansur dengan agama orang lain, adat, dan tabiat, kerana menerusi kepelbagaian itu kita akan mendapat perpaduan yang sebenar. 

Baca: Karangan Langkah-langkah Untuk Mencegah Deman Denggi

            Sesungguhnya, perpaduan nasional merupakan teras atau tonggak utama kemajuan negara. Justeru, kita hendaklah menyokong segala usaha yang dilaksanakan bagi memastikan perpaduan nsional dapat direalisasikan di negara kita, bak kat pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Karangan Usaha-usaha Untuk Memupuk Perpaduan Nasional