Contoh Karangan Pendek: Langkah Meningkatkan Semangat Kejiranan
Semangat kejiranan merupakan semangat yang mementingkan hubungan yang baik antara insan. Dalam kehidupan moden hari ini, semangat kejiranan menjadi semakin luntur terutama dalam kalangan masyarakat bandar. Oleh itu, langkah-langkah harus diambil untuk meningkatkan semangat kejiranan.
Langkah pertama untuk meningkatkan semangat kejiranan adalah dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan jiran. Kita mestilah bertegur sapa dengan jiran kita. Jangan harapkan jiran kita untuk memulakan langkah ini. Jika setiap orang bersedia mengambil langkah pertama ini, semangat kejiranan akan terus berkembang.
Selain itu, bagi mereka yang berjiran dengan kaum lain, hari-hari perayaan perlu dimanfaatkan untuk mengukuhkan hubungan kejiranan. Konsep rumah terbuka yang semakin popular semasa perayaan boleh diadakan bagi mereka yang berkemampuan.
Di samping itu, semangat kejiranan dapat ditingkatkan dengan cara mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong dan perjumpaan sosial. Aktiviti ini hendaklah diadakan pada hari cuti pelepasan am agar dapat melibatkan semua penduduk setempat.
Baca: Koleksi Contoh-Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua
Sesungguhnya, dengan adanya semangat kejiranan , akan wujud masyarakat yang bersikap prihatin tentang masalah orang lain. Dengan ini, masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa yang bukan sahaja maju tetapi kaya dengan budaya penyayang.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Contoh Karangan Pendek: Kepentingan Semangat Kejiranan
Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ianya perlu diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlulah mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah masyarakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara semangat kejiranan kerana ianya dapat mengukuhkan lagi ukwah dalam sesebuah masyarakat.
Semangat kejiranan dapat menjadikan sesebuah kawasan itu selamat. Kawasan perumahan perlu ditingkatkan keselamatannya supaya keamanan dalam sesebuah masyarakat terjamin. Masyarakat boleh menubuhkan persatuan jiran tetangga dengan membuat rondaan pada waktu malam. Dengan itu, keselamatan penduduk terjamin. Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat dalam membuat sesuatu perkara dapat meningkatkan tahap keselamatan sesebuah masyarakat.
Baca: Bergambar – 40+ Ayat Sedih Cinta Untuk Kekasih
Selain itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para tetamu. Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Di samping itu, masyarakat juga boleh memupuk semangat perpaduan. Semangat kejiranan yang mantap dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi supaya dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.
Secara kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranan. Semangat kejiranan amat penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan yang teguh