Amalan hidup sihat berperanan mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit. Ramai rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif, dan perokok tegar. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai kadar kolestrol dan lemak yang tinggi dalam darah serta tubuh mereka. Ramai juga yang menghidap darah tinggi. Ribuan rakyat Malaysia tidak mengamalkan cara hidup cara hidup yang sihat sejak kecil lagi. Sesetengah kanak-kanak memulakan hidup mereka dengan makan secara berlebihan dan menggemari makanan yang mengandungi kadar gula dan garam yang tinggi. Rakyat negara ini harus sedar tentang kepentingan kepentingan mengamalakan gaya hidup sihat supaya dapat menjalani kehidupan yang selamat dan sihat.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Sehubungan dengan hal itu, kita hendaklah selalu bersenam. Hal ini demikian kerana pergerakan fizikal akan membantu meningkatkan tahap kesihatan dan gaya hidup sihat. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan dan berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika berhujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jadi, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
Selain itu,cara mengamalkan gaya hidup sihat ialah pemakanan yang seimbang. Hal ini meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan. Kita hendaklah memastikan makanan yang diambil kurang mengandungi lemak tepu dan kolestrol. Kolestrol ialah bahan yang dikeluarkan oleh badan kita dan juga didapati dalam makanan harian. Kolestrol boleh didapati dalam produk makanan daripada binatang dan paling tinggi di dalam kuning telur dan organ-organ haiwan. Pengambilan air yang mencukupi juga penting kepada tubuh badan sekurang kurangnya dua liter ke tiga liter air sehari. Hal ini kerana, pengambilan air yang mencukupi dapat membekalkan tenaga sepanjang hari, mampu menjadikan kulit semakin sihat serta memperbaiki sistem percernaan.
Baca: Contoh Karangan Peranan Pelbagai Pihak Dalam Mempopularkan Permainan Tradisional
Seterusmya, kita juga hendaklah mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif dan tidak sihat seperti alkohol yang banyak dan ketagihan rokok yang memberi impak tidak baik terhadap tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana aktiviti sedemikian boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan kita dalam jangka masa panjang. Pengambilan alkohohol akan mendedahkan badan kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan diri dan kesihatan mental. Pendek kata, seseoarang yang mengimpikan kehidupa yang sihat akan memastikan dirinya tidak terjebak dalam aktiviti-aktivi yang tidak bermoral.
Baca: Koleksi Doa Selepas Solat / Harian
Kesimpulannya, kita harus menerima kenyataan bahawa tiada jalan singkat untuk memastikan tubuh kita sentiasa sihat. Jelaslah bahawa pengamalan gaya hidup sihat dapat menjamin kesejahteraan yang diimpikan. Sebenarnya, tiada istilah terlambat bagi setiap orang untuk memulakan amalan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian harus diamalkan bagi melahirkan masyarakat yang bebas penyakit.
Contoh Karangan Amalan Gaya Hidup Sihat