Contoh Karangan Langkah Mengatasi Jerebu

Contoh Karangan Langkah  Mengatasi Jerebu

Fenomena cuaca berjerebu merupakan duri dalam daging kepada pihak kerajaan dan rakyat. Polimik ini seolah-olah termaktub dalam takwin ramalan cuaca negara kerana saban tahun, fenomena ini pasti akan melanda nusa tercinta kita. Masalah yang semakin serius ini perlu diatasi dengan segera kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Baca: Format dan Contoh Surat Rasmi Terkini

Langkah pertama yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ialah penguatkuasaan undang-undang oleh pihak kerajaan. Agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar iaitu Jabatan Alam Sekitar perlu lebih agresif dalam melaksanakan tugas ini. Kilang-kilang perlu diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi. Tindakan tegas merentas sempadan perlu diambil terhadap syarikat perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera, Riau atau Sumatera yang telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini. Tuntasnya, kerajaan menjadi pemangkin perdana bagi memastikan masalah jerebu dapat ditangani dengan cara yang efektif.

Baca: Makan Di 4Fingers Nu Sentral

Kempen kesedaran alam sekitar juga boleh dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pencinta Alam Sekitar (MNS) dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia dalam mengatasi masalah jerebu. Badan NGO melalui ceramah dan seminar boleh memberi kesedaran kepada orang ramai untuk lebih menghargai alam sekitar. Kempen kesedaran ini bukan sahaja dapat menyedarkan orang ramai tentang perbuatan mereka yang menyumbang kepada masalah jerebu, malah kempen tersebut mampu membekalkan mereka dengan informasi tentang langkah-langkah yang patut diambil oleh setiap individu untuk membantu dalam mengatasi fenomena jerebu.

Disamping itu, program kitar semula yang dijalankan oleh kerajaan perlu diambil perhatian semua. Kepesatan pembangunan negara telah menyebakan pembuangan pelbagai barangan. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan semula. Melalui program kitar semula ini, bahan-bahan buangan akan diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu kaca, kertas serta plastik dan aluminium melalui tong-tong sampah yang disediakan. Melalui program ini, masyarakat tidak akan membakar, membuang dan melupuskan sampah secara keterlaluan. Akhirnya sekali gus, pencemaran bau, udara dan air dapat dikurangkan.

Sebagai kesimpulan, masalah jerebu ini umpama duri dalam daging bagi rakyat Malaysia. Bagi mengatasi fenomena jerebu ini, semua pihak harus berganding bahu mencari formula terbaik secara bersama. Setiap anggota masyarakat harus peka terhadap kesan pencemaran udara dan bekerjasama memainkan peranan mengekalkan bumi indah ini untuk generasi akan datang.

Karangan Langkah Mengatasi Jerebu Karangan Langkah Mengatasi Jerebu