Karangan Langkah-langkah Untuk Mencegah Deman Denggi

Karangan Langkah-langkah Untuk Mencegah Deman Denggi

            Sesal Dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Peribahasa ini sesuai digunakan untuk menyedarkan orang ramai tentang bahayanya penyakit demam Denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes. Namun, masyarakat sekarang memandang remeh tentang perkara sebegini kerana kesnya yang tidak diberi penekanan maksimun dalam isu-isu semasa. Nyamuk Aedes ialah binatang yang membawa satu virus atau penyakit yang sememangnya tidak ada penawar yang dapat menyembuhkanya .sebagai contoh salah satu demam denggi yang sering dikaitkan dengan kematian ialah Demam denggi berdarah . Seperti kata pepatah bahawa mencegah lebih baik daripada merawat. Oleh itu , terdapat pelbagai langkah yang patut diambil untuk mencegah penyakit ini daripada merebak .

            Antara langkahnya adalah dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk.  Nyamuk Aedes bertelur dalam air yang bertakung dan ia hanya mengambil tujuh hingga sepuluh hari dari masa telur menetas sehingga ia menjadi nyamuk dewasa. Oleh itu, antara cara yang paling berkesan untuk mencegah Denggi, adalah dengan memastikan bahawa tiada tempat pembiakan nyamuk. Membersihkan pasu tanaman, pasu bunga, saliran atap dan longkang dengan kerap. Menutup bekas air dengan penutup atau jaring dawai halus untuk memastikan bahawa nyamuk tidak dapat bertelur dalam air.

            Seterusnya, kita hendaklah menghapuskan nyamuk dewasa. Kita boleh menggunakan penyembur nyamuk bagi membunuh nyamuk dewasa di rumah.  Di kawasan luar rumah pula, wakil penduduk setempat boleh meminta majlis perbandaran atau kontraktor swasta untuk mengabus (fogging) rumah anda serta kawasan sekeliling dengan racun pembunuh nyamuk. Aktivi semburan fogging ini juga boleh dilakukan secara berkala untuk membendung masalah pembiakan nyamuk Aedes di dalam komuniti. Pihak berkenaan juga boleh mengagihkan serbuk-serbuk yang mampu memperlahan atau menghapuskan telur-telur di dalam air untuk membantu menangani merebaknya penyakit demam denggi.

            Selain itu, kita boleh memasang jaring nyamuk pada tingkap rumah. Jaring ini dapat menghalang nyamuk daripada memasuki rumah. Di dalam rumah pula, gunakan ubat lingkaran nyamuk atau ubat nyamuk elektrik untuk mengelak daripada digigit nyamuk pada waktu malam. Kita juga boleh menggunakan kelambu semasa tidur.

Baca: Contoh Karangan Amalan Gaya Hidup Sihat

            Di samping itu, kita hendaklah melindungi diri daripada gigitan nyamuk. Nyamuk biasanya keluar pada awal pagi atau lewat petang. Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit iaitu 5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam. Oleh itu, pakailah pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh apabila berada di luar rumah pada waktu itu. Pada bahagian tubuh yang terdedah, sapukan krim penghindar nyamuk yang bersesuaian.

            Konklusinya, usaha untuk mencegah demam denggi tidak harus diletakkan pada bahu pihak berkuasa sahaja. Semua anggota masyarakat perlulah memainkan peranan dan berganding bahu dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah demam denggi di negara ini agar rakyat dapat hidup dalam keadaan sihat sejahtera.

Baca: Koleksi Ucapan Salam & Quotes Pagi