Contoh Karangan Pendek: Kepentingan Menjaga Kebersihan Alam Sekitar
Alam sekitar penting kepada kehidupan manusia dan mahkluk lain. Alam sekitar yang bersih menjamin kehidupan yang sejahtera hasil persekitaran yang sihat dan selesa. Suasana begini penting untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit seperti denggi, malaria, taun dan seumpamanya. Semua penyakit yang dapat membawa maut ini berpunca daripada persekitaran yang kotor.
Baca: Pantun Melayu Cinta : Pickup Line Sweet
Manusia memerlukan alam sekitar, udara dan air yang bersih serta tempat tinggal yang selesa tanpa sebarang pencemaran. Udara dan air yang tercemar akan memudaratkan manusia dan hidupan yang lain. Pencemaran juga menimbulkan bencana, seperti jerebu, banjir besar dan pemanasan global.
Persekitaran yang bersih mewujudkan suasana yang selesa dan tenang. Suasana seperti ini penting terutamanya untuk beristirahat dan merehatkan minda. Fikiran yang tenang membolehkan manusia hidup aman dan gembira seterusnya mewujudkan kehormonian masyarakat.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Oleh itu, usaha-usaha untuk mewujudkan persekitaran yang bersih perlu dilakukan segera. Masyarakat perlu berganding bahu dalam hal ini dengan bergotong-royong dan bekerjasama untuk memastikan kebersihan tempat tinggal masing-masing. Amalan murni ini bukan sahaja mewujudkan kawasan tempat tinggal yng bersih malahan merapatkan hubungan kemasyarakatan.
Baca: Contoh Karangan Kekeluargaan: Keluarga Bahagia
Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama memelihara alam sekitar daripada pencemaran. Ini kerana alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi yang akan datang. Marilah kita sama-sama menyayangi dan menyelamatkan alam sekitar daripada dimusnahkan.