Contoh Karangan Kekeluargaan: Keluarga Bahagia

Contoh Karangan Kekeluargaan: Keluarga Bahagia

Institusi kekeluargaan kini sedang dilanda pelbagai kemelut. Kes remaja lari dari rumah, anak tidak menghormati ibu bapa, jenayah remaja, masalah disiplin pelajar adalah antara masalahnya. Pendek kata, kesemua masalah ini saling berkait dengan sistem kekeluargaan kita.

Baca: Himpunan Ucapan Perpisahan

Ibu bapa merupakan pencorak watak anak-anak. Peranan ibu bapa tidak boleh diabaikan. Tahun-tahun awal kanak-kanak ialah tempoh yang kritikal.  Anak anak yang sudah dewasa adalah sukar untuk dibentuk wataknya atau diubah sikap dan tingkah lakunya. Justeru, kecuaian ibu bapa terhadap tanggungjawab keibubapaan akan membawa kesan buruk.

Disamping itu, apabila anak-anak sudah meningkat dewasa, komunikasi dua hala antara ibu bapa dengan anak amat penting. Ibu bapa haruslah meluangkan masa untuk berinteraksi dengan anak-anak. Banyak salah paham dan kekusutan rumah tangga dapat diselesaikan melalui hubungan mesra sesama anggota keluarga.

Baca: 3 Jenis Kata Nama Khas Tak Hidup dan Hidup

Dalam usaha menjana sebuah masyarakat yang sejahtera , peranan ibu bapa kedua-dua ibu bapa tidak boleh dipandang ringan. Ibu bapa harus kenal akan rakan-rakan anak masing-masing serta memantau aktiviti mereka di luar rumah agar dapat dihindarkan daripada kegiatan-kegiatan yang tidak sihat.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa peranan ibu bapa adalah penting dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia yang seterusnya dapat menjanakan masyarakat yang sejahtera.

Contoh Karangan Kekeluargaan: Keluarga Bahagia Contoh Karangan Kekeluargaan: Keluarga Bahagia