Sejak akhir-akhir ini, hubungan kekeluargaan menjadi semakin rengang akibat kesibukan ibu bapa dan anak-anak dengan rutin kehidupan masing-masing. Renggangnya hubungan kekluargaan ini telah mengundnag pelbagai masalah sosial anak anak. Justeru, langkah-langkah untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan perlulah dilakukan demi kebaikan bersama.
Baca: Contoh Karangan Kekeluargaan: Keluarga Bahagia
Antara cara untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan adalah dengan selalu beriadah bersama-sama. Setiap keluarga haruslah mencari masa sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk beriadah bersama. Aktiviti ini walaupon singkat tetapi amat bermakna untuk membina ukhwah kekluargaan.
Selain itu, ibubapa haruslah sering berkomunikasi dengan anak-anak mereka ketika mereka berjauhan dengan ibubapanamun demikian, tidak ramai ibu bapa yang sanggup berbuat demikian kerana berasa tindakan iti tidak penting walhal telah jelas amalan ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Seterusnya, apabila ibu bapa makan bersama-anak-anak bersama anak-anak mereka, sama ada di rumah atau di kedai-kedai makan, ibu bapa dan anak-anak haruslah mengetepikan telefon pintar. Hal ini demikian kerana telefon pintar ini mencuri kemesraan yang sepatutnya dikecapi oleh sesebuah keluarga.
Baca: Sweet: Gambar Kek Hari Jadi dan Ucapan
Kesimpulanya, langkah-langkah merapatkan hubungan kekeluargaan perlu diambil oleh ibu bapa dalam usaha untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan. Usaha ini perlulah dilakukan sejak awal lagi agar anak-anak sedar akan pentingnya hubungan kekeluargaan yang utuh.
Karangan Pendek: Langkah Merapatkan Hubungan Kekeluargaan Karangan Pendek: Langkah Merapatkan Hubungan Kekeluargaan