Mutakhir ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan kerancakan pembangunan negara yang semakin gah dimata dunia. Namun disebalik itu, kita seringkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Pihak kerajaan telah bertungkus lumus memerah otak untuk mencari mekanisme yang lebih efektif dalam menangani masalah jenayah yang menular dalam kalangan masyarakat hari ini, namun kes-kes jenayah yang dilaporkan masih meningkat. Justeru, langkah-langkah yang drastik perlu diambil bagi mengelakkan masalah jenayah daripada berleluasa di negara kita.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Pemasangan kemera litar tutup (CCTV) dapat membantu mengurangkan peningkatan kadar jenayah. Apabila kamera diletakkan di tempat-tempat tersembunyi, pergerakan penjenayah dapat dilihat terus oleh pihak polis dari balai polis yang berhampiran. Malahan, aktiviti orang ramai sentiasa dalam pemerhatian polis. Penjenayah pula tidak tahu kedudukan kamera menyebabkan golongan ini berasa risau kegiatan mereka dikesan oleh polis. Kebimbangan dan kerisauan dalam kalangan penjenayah diharapkan dapat mengurangkan rasa keinginan mereka untuk melakukan jenayah.
Seterusnya, kewujudan pondok polis diakui banyak membantu mengurangkan jenayah. Kebiasaannya pondok-pondok polis didirikan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan dan yang kerap berlakunya jenayah ragut. Kewujudan pondok polis juga dapat mewujudkan ketenangan dalam kalangan masayarakat yang melalui sesuatu kawasan yang sibuk. Anggota polis akan cepat bertindak jika berlakunya sesuatu jenayah hanya dengan mendengar jeritan. Hal ini menyebabkan penjenayah akan berfikir dua kali sebelum melakukan sesuati jenayah.
Baca: Contoh Karangan Amalan Gaya Hidup Sihat
Disamping itu, pendidikan juga merupakan wahana penting dalam usaha masalah jenayah yang berlaku di negara kita. Selain langkah drastik, kerajaan turut menggunakan pendekatan psikologi sebagai alternatif dalam mengurangkan masalah jenayah, khasnya dalam kalangan remaja. Penerapan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam di peringkat sekolah akan dapat mendedahkan para pelajar tentang norma hidup masyarakat yang berkiblatkan kasih sayang dan perpaduan. Hal ini secara implisitnya dapat menyemai nilai murni dan ajaran agama yang kukuh dalam jiwa pelajar agar mengelakkan diri daripada terjebak dalam kes jenayah.
Seterusnya, masyarakat perlu melibatkan diri dalam aktiviti sukarela. Banyak badan bukan kerajaan menganjurkan aktiviti yang mampu memupuk semangat kesukarelaan dalam kalangan masyarakat. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sendiri sedia membantu usaha untuk menjenamakan semula RELA bagi membolehkan pasukan sukarelawan itu diminati oleh golongan belia. Selain itu, KBS telah pun mempunyai program Rakan sukarelawan di bawah Rakan Muda. Perkara yang lebih penting ialah aktiviti kemasyarakatan ini setidak-tidaknya dapat membantu pihak polis dalam mengurangkan jenayah.
Baca: 50 – Gambar Kata Kata Sedih Menyentuh Hati Wanita
Tuntasnya, usaha mengurangkan jenayah memrlukan kerjasama banyak pihak. Selain masyarakat, peranan anggota polis tidak dapat dinafikan. Sebelum nasi menjadi bubur, mekanisme kawalan yang drastik perlu diimplementasikan bagi menjamin kesejahteraan orang awam.
Karangan Langkah-langkah mengurangkan Jenayah