Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu masalah buli. Menurut Prof Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, mantan Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, masalah buli berlaku disebabkan si pembuli berasa puas kerana berjaya menyakiti mangsa secara lisan dan juga fizikal. Oleh yang demikian, sebelum “nasi menjadi bubur”, usaha usaha yang panats mesti diambil bagi mengatasi masalah ini.
Untuk membendung gejala ini daripada terus menular, peranan setiap individu amatlah amat penting. Oleh yang demikian, setiap daripada kita perlu memfokuskan matlamat ke sekolah adalah untuk menimba ilmu. Perkara ini boleh dilakukan sekiranya murid-murid mengabaikan segala bentuk ganguan daripada rakan-rakan, seterusnya segara membuat laporan sekiranya berlaku kes buli di sekolah.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Di samping itu, masyarakat juga mestilah sama-sama memainkan peranan dengan menegur salah laku remaja. Apabila masyarakat turut sama memberikan kerjasama, sudah tentu maslaah buli ini dapat diselesaikan. Bak kata pepatah, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Oleh itu, remaja juga harus dibabitkan sekali dalam aktiviti-aktiviti kemasyarkatan agar mereka terhindar daripada masalah buli.
Seterusnya, ibu bapa mestilah mengambil tahu pergaulan anak masing-masing. Jangan biarkan anak-anak keluar malam dan betgaul bebas dengan mereka yang tidak dikenali. Sikap ibu bapa yang mengambil berat akan hal ehwal anak-anak membolehkan mereka mengawal anak-anak mereka daripada dilambung badai pemodenan.
Baca: Contoh Karangan Peranan Pelbagai Pihak Dalam Mempopularkan Permainan Tradisional
Selain itu, pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan cara mengadakan program-program motivasi yang melibatkan para remaja. Seperkara lagi, pihak kerajaan juga hendaklah menapis filem-filem yang berunsur ganas agar remaja tidak terikut-ikut dengan lakonan-lakonan ganas daripada filem tersebut. Kerajaan juga mestilah menguatkuasakan undang-undang juvana yang lebih tegas supaya pembuli serik seterusnya kembali ke pangkal jalan.
Pihak sekolah jua mestilah mewujudkan suasana yang kondusif untuk murid belajar dengan menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat terhadap pembuli. Sikap nakal dan kerosakan murid boleh dijernihkan melalui pelaksanaann Program Mentor Menti. Jika semua pihak bersinergi “bagai aur dengan tebing”, sudah tentu matlamat yang diharapkan akan tercapai.
Baca: Contoh Bergambar – Waalaikumussalam Selamat Pagi
           Konklusinya, banyak langkah yang dapat diimplementasikan bagi mengatasi gejala buli disekolah. Sesungguhnya, gejala buli ini perlu dibanteras sehingga akar umbi untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif, seterusnya dapat melahirkan generasi muda yang mampu mengharumkan nama negara di persada dunia.
Karangan Langkah Membendung Gejala Buli