#4. (10) Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis; (11) Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih; (12) Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih bulunya; (13) Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya; (14) Habis air telanga, arang dibasuh tak putih.
Maksud: Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulanginya juga perbuatan jahatnya itu.
#5. (15) Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa; (16) Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis; (17) Enggang apa kepada enggang, orang apa kepada orang; (18) Gar-gar, kata gelegar, rusuk juga yang menahannya; (19) Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan; (20) Mata tahu memandang saja, bahu saja yang tahu beratnya.
Maksud: Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
#8. (26) Anak kambing takkan menjadi anak harimau; (27) Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat; (28) Anak harimau takkan menajdi anak kambing
Maksud: Orang yang pengecut tetap pengecut.
#9. (29) Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran; (30) Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan; (31) Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui; (32) Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri dirumah kekeringan; (33) Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan.
Maksud: Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain
#11. (37) Bagai tulisan di atas air; (38) Bagai air titik ke batu; (39) Air di daun keladi
Maksud: Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia
#12. (40) Air di tulang bumbungan, turunnya ke cucur atap; (41) Air curahan atap, jatuhnya ke pelimbahan.
Maksud: Sesuatu itu meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga.
#13. (42) Air mata jatuh ke perut; (43) Air mata jatuh ke dalam
Maksud: Berdukacita dengan diam-diam
#14. (44) Air yang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut; (45) Haruslah air disauk dan ranting dipatah; Lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat.
Maksud: Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami.
4 Koleksi Klasik Peribahasa Sama Maksud 4 Koleksi Klasik Peribahasa Sama Maksud
Tidur Ayam Maksud: Tidur yang tidak lena atau nyenyak Contoh Ayat: Saya akan tidur-tidur ayam dahulu sementara menunggu hari siang.
Bawa resmi padi daripada membawa resmi lalang Maksud: Sentiasa merendah diri Contoh Ayat: Walau kemana jua kita pergi, contohilah resmi padi, makin berisi makin menunduk. Jangan bawa resmi lalang, berdiri tegak tapi isinya tiada.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga Maksud: Berselisih pendapat sesama ahli keluaraga. Namun, akhirnya akan berbaik semula. Contoh Ayat: Walaupun sudah bertahun ayah dan along bermasam muka, akhirnya mereka berbaik semula. Benarlah kata pepatah, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga Maksud: Walaupun orang itu telah meninggal dunia, budinya yang baik tidak akan dilupakan dan akan sentiasa dikenang Contoh Ayat: “Awak banyak membantu saya selama ini. Saya tidak akan melupakannya. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang jua,” kata Abu.
Seperti pacat kenyang Maksud: Selepas selesai makan di rumah orang, terus berlalu pergi. Contoh Ayat: Sehabis sahaja menjamu selera, Abdullah seperti pacat kenyang berlalu pergi dari situ.
Seperti mengajar itik berenang Maksud: Mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita Contoh Ayat: Kesungguhan Abdullah mengajar Sidek bermain ping pong seperti mengajar itik berenang sahaja.
Bunga dedap Maksudnya: Cantik tetapi buruk budi bahasa Contoh Ayata: Orang itu seperti bunga dedap kerana wajahnya sahaja cantik tetapi tidak sikapnya.
Buruk selera Maksud: Rakus atau tamak Contoh ayat: Salamah kelihatan buruk selera ketika makan kerana sangat lapar
Hancur hati Maksud: Terlalu sedih Contoh ayat: Hancur hati Aiman apabila melihat kucing yang dibela telah mati dilanggar oleh lori
Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat Maksud: Melalui perbincangan dapatlah dicapai kata sepakat untuk melakukan sesuatu usaha Contoh ayat: Sudah lima tahun berturut-turut sekolah itu kekal sebagai sekolah contoh. Hal ini kerana adanya kata sepakat antara semua pihak sebagaimana kata pepatah bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat.
Lain lubuk lain ikannya Maksud: Lain tempat, lain adatnya Contoh Ayat: Siti Hajar terpaksa membiasakan diri setelah berpindah dari Sabah kerana lain lubuk lain ikannya.
Langkah bendul Maksud: Mengahwini gadis sedangkan kakaknya belum berkahwin COntoh ayat: Rozilawati terpaksa langkah bendul kerana jodohnya telah sampai.
Manis muka Maksud: Selalu senyum Contoh ayat: Syakirah disukai orang ramai kerana manis muka apabila ditanya soalan
Orang lama Maksud: Orang yang pakar dan sudah lama berkecimpung dalam sesuatu bidang Contoh Ayat: Shahrizan mempunyai pengalaman yang luas kerana orang lama di syarikat percetakan itu.
Terang-terang tanah Maksud: Pagi-pagi Contoh ayat: Terang-terang tanah lagi Masmizan telah bertolak untuk pergi kerja
Bagai embun dihujung rumput Maksud: Tidak kekal Contoh Ayat: Hubungan antara Ayah dan isteri keduanya tidak kekal lama. Bagai embun di hujung rumput.
Bagai dihiris dengan sembilu Maksud: Perasaan yang tersangat pedih Contoh Ayat: Hati ibu bagai dihiris dengan sembilu apabila dihina di hadapan rakan taulannya.
Bagaimana rupa, begitulah bayangnya Maksud: Sesuatu yang akan mengikut sifat asalnya. Contoh Ayat: Buku itu perlu dipulangkan sama seperti keadaan ia dipinjam sebelum ini, bagaimana rupa, begitulah bayangnya.
Umpama wau putus talinya. Maksud: Berserah pada takdir illahi Contoh Ayat: Saya umpama wau putus tali dek kerana tidak bersedia ketika menjawab soalan peperiksaan itu.
Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam Maksud: Seseorang yang tidak pandai, akan menjadi pandai jika diajar dengan bersungguh-sungguh. Sesuatu yang mustahil, boleh dicapai jika dilakukan dengan betul-betul. Contoh Ayat: Sebelum ini, Ali seorang yang tidak tahu mengira. Namun, selepas diajar oleh Cikgu Ahmad, segalanya telah berubah. Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni Maksud: Bermuafakat dalam melakukan sesuatu Contoh Ayat: Adik beradik dia mengamalkan sikap bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
Dibakar rak hangus, direndam tak basah Maksud: Tidak boleh diapa-apakan Contoh Ayah: Pelajar itu seorang yang dibakar tak hangus, direndam tak basah. Ini kerana, bapanya merupakan penaja utama program tersebut.
Ringan tulang berat perut Maksud: Orang yang rajin bekerja akan memperoleh hasilnya Contoh Ayat: Saya percaya, jika ringan tilang berat perut.
Sesat dihujung jalan, balik ke pangkal jalan Maksud: Sebaik sahaja menyedari bahawa diri telah melakukan kesalahan, kita hendaklah lekas-lekas insaf dan berusaha untuk memperbetulkannya. Contoh Ayat: Bekas pesalah jenayah yang telah dihukum penjara itu telah insaf. Dia pernah sat di hujung jalan dan kini sedang berusaha untuk balik ke pangkal jalan.
Kuat ketam kerana kepit, kuat burung kerana sayap Maksud: Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan Contoh Ayat: Janganlah kita bimbang akan kelemahan diri, kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap.
Burung terbang dipipiskan lada Maksud: Merancang sesuatu yang belum pasti akan diperoleh Contoh Ayat: Siti menyindir Salina yang seperti burung terbang dipipiskan lada kerana banyak sangat keinginan dan rancangan yang belum pasti mampu dilakukan
Bagai minyak dengan air Maksud: Perbezaan yang ketara antara 2 atau lebih perkara yang berbeza Contoh Ayat: Ahli politik itu bagai minyak dengan air. Oleh sebab itu, mereka tidak boleh bergabung.
Enggang lalu ranting patah Maksud: Sebab yang kebetulan meninggalkan akibat Contoh Ayat: Bekas banduan itu selalu dituduh sebagai punca permasalahan di taman perumahan tersebut bagai enggang lalu ranting patah.
Kalau tiada rotan, akar pun berguna juga Maksud: Jika benda yang dicari tidak dapat, penggantinya boleh digunakan juga. Contoh Ayat: Selain buku yang diberi oleh Cikgu Siti Hasmah, buku di perpustakaan juga boleh digunakan sebagai rujukan. Kalau tiada rotan, akar pun berguna juga.
Peribahasa Melayu, Peribahasa dan Maksud, Peribahasa in English, Koleksi Peribahasa Melayu Maksud Serta Contoh Ayat Peribahasa SPM, Peribahasa Tentang Kesihatan, Peribahasa tahun 6, peribahasa melayu dan maksud serta contoh ayat, peribahasa sekolah rendah,