Klasik – 20 Peribahasa Bekerjasama dan Maksudnya

Klasik - 20 Peribahasa Bekerjasama dan Maksudnya

#1 Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah

Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang-orang besarnya, kekuatan orang-orang besarnya kerana rakyatnya yang bersatu padu.

#2 Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar

Kelebihan sesorang itu kerana suka muafakat satu sama lain.

#3 Kita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting

Kita menunju jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah.

#4 Ada air, adalah ikan

Ada negeri, tentulah ada rakyatnya

Klasik - 20 Peribahasa Bekerjasama dan Maksudnya

#5 Ada bukit, ada paya

Ada baik, ada jahat, ada miskin, ada kaya.

#6 Air keruh, limbat keluar

Negeri yang huru hara, orang jahat mencari keuntungan

#7 Air sama air bersatu, sampah ke tepi jua

Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik semula, kita akan tersisih ke tepi.

#8 Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya.

Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringkankan beban kesengsaraan yang besar.

Baca: 10 Contoh Pantun Nasihat – Bergambar

#9 Apa digaduhkan, pengayuh sama di tangan, perahu sama di air

Tidak takut menghadapi lawan apabila sama-sama mempunyai kebolehan.

#10 Api nan tak kunjung padam

Semangat yang hidup selama-lamanya

Klasik - 20 Peribahasa Bekerjasama dan Maksudnya

#11 Bagai mengepal pasir kering

Sangat susah menyatukan orang yang berbagai-bagai fikirannya

#12 Seperti berebut kelongkong kelapa

Pergaduhan dengan sebab makanan atau keuntungan yang sedikit

#13 Tahan racik burung tak masuk, burung biasa makan di tangan

Orang yang biasa bercampur dengan orang-orang yang berakal, susahlah hendak dipengapakan dia.

#14 Suku tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih

Kerukunan hidup ornag-orang yang sekaum ialah yang seia sekata, sehina semalu.

#15 Tebas buluh serumpun

Merosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik

Baca: Ucapan Terima Kasih / Tahniah

#16 Telaga kering hilanglah timba

Kemakmuran habis, orang-orang dagang pun pulanglah ke negeri masing-masing

#17 Tegang dinanti kendur, keras dinanti lunak

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua pihak sudah reda kemarahannya.

#18 Pisang sesikat gulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama

Suka bertolong-tolongan antara satu sama lain

#19 Marahkan telaga, timba dipecahkan

Jikalau seseorang itu tidak dapat menolong, mintalah pertolongan daripada orang lain pula

#20 Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak muat, ke dalam keranjang longgar

Seuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar

Peribahasa Bekerjasama Peribahasa Bekerjasama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *