Peribahasa Bergambar: 13 Peribahasa Gajah

Peribahasa Bergambar: 13 Peribahasa Gajah

#1. Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru?

Maksud: Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan

Baca: Klasik – 20 Peribahasa Bekerjasama dan Maksudnya

#2. Dua ekor gajah berjuang, seekor kacil mati tersepit di tengah

Maksud: Orang kecil yang mencapuri pergaduhan antara orang kenamaan, akhirnya dia sendiri yang binasa.

#3. Gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan

Maksud: Hendak meniru-niru perbuatan orang kaya, akhirnya diri sendiri binasa.

#4. Gajah berhati, kuman pun berhati juga

Maksud: Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu

Peribahasa Bergambar: 13 Peribahasa Gajah

#5. Gajah dipandang seperti kuman

Maksud: Terlalu marah

#6. Gajah dialahkan oleh pelanduk

Maksud: Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan kaya yang diperisterikan oleh orang biasa.

#7. Gajah empat kaki lagikan tersadung

Maksud: Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan.

Baca: Ayat Kursi Rumi – Terjemahan Bahasa Melayu

#8. Gajah mati tulang setimbun

Maksud: Orang kaya yang mati banyak meninggalkan hartanya.

#9. Gajah mati kerana gadingnya.

Maksud: Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.

#10. Gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan

Maksud: Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tidak dapat diatasi.

#11. Gajah seekor gembala dua

Maksud: Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan

#12. Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya.

Maksud: Berbuat sesuatu yang kurang baik oleh sebab kelebihannya.

Peribahasa Bergambar: 13 Peribahasa Gajah

#13. Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepal

Maksud: Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya.

Peribahasa Bergambar: 11 Peribahasa Gajah Peribahasa Bergambar: 11 Peribahasa Gajah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *