Peribahasa Bergambar: 15 Peribahasa Ayam

Peribahasa Bergambar: 15 Peribahasa Ayam

#1. Anak ayam kebasahan bulu

Maksud: Resah gelisah; menjijikkan

#2. Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan

Maksud: tabiat orang yang tak mungkin berubah

#3. Ayam baru hendak berkokok

Maksud: Baru cukup umur

#4. Ayam berinduk, sirih berjunjung

Maksud: Tiap-tiap yang lemah harus mendapatkan perlindungan

#5. Ayam berlaga sekandang

Maksud: Berkelahi dengan orang serumah

#6. Ayam hutan itu, kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun, ke hutan juga perginya

Maksud: Bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga kita akan negeri sendiri.

Baca: Peribahasa Bergambar: 9 Peribahasa Gunung

#7. Ayam bertelur di atas padi

Maksud: Hidup senang dan mewah

#8. Ayam dapat, musang pun dapat

Maksud: Pencuri tertangkap, barang-barangnya pun tak hilang

#9. Ayam itik, raja pada tempatnya

Maksud: Tiap-tiap orang ahli dalam urusan masing-masing

#10. Ayam menang, kampung tergadai

Keberuntungan yang tidak ada faedahnya.

Baca: Ayat Kursi Rumi – Terjemahan Bahasa Melayu

Peribahasa Bergambar: 15 Peribahasa Ayam

#11. Ayam seekor bertambang dua

Gadis seorang, dua orang bujang yang ingin.

#12. Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam

Orang yang sudah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya.

#13. Ayam tangkas di gelanggang

Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis

#14. Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling

Tidak senang melihat kebahagiaaan orang lain.

#15. Ayam tak patuk, itik tak sudu

Keadaan orang yang hina dalam masyarakat

Peribahasa Bergambar: 15 Peribahasa Ayam

Peribahasa Bergambar: 15 Peribahasa Ayam Peribahasa Bergambar: 15 Peribahasa Ayam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *