
Tidur Ayam
Maksud: Tidur yang tidak lena atau nyenyak
Contoh Ayat: Saya akan tidur-tidur ayam dahulu sementara menunggu hari siang.
Bawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
Maksud: Sentiasa merendah diri
Contoh Ayat: Walau kemana jua kita pergi, contohilah resmi padi, makin berisi makin menunduk. Jangan bawa resmi lalang, berdiri tegak tapi isinya tiada.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Maksud: Berselisih pendapat sesama ahli keluaraga. Namun, akhirnya akan berbaik semula.
Contoh Ayat: Walaupun sudah bertahun ayah dan along bermasam muka, akhirnya mereka berbaik semula. Benarlah kata pepatah, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga
Maksud: Walaupun orang itu telah meninggal dunia, budinya yang baik tidak akan dilupakan dan akan sentiasa dikenang
Contoh Ayat: “Awak banyak membantu saya selama ini. Saya tidak akan melupakannya. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang jua,” kata Abu.

Bagai embun dihujung rumput
Maksud: Tidak kekal
Contoh Ayat: Hubungan antara Ayah dan isteri keduanya tidak kekal lama. Bagai embun di hujung rumput.
Baca: Bergambar – 40+ Ayat Sedih Cinta Untuk Kekasih
Bagai dihiris dengan sembilu
Maksud: Perasaan yang tersangat pedih
Contoh Ayat: Hati ibu bagai dihiris dengan sembilu apabila dihina di hadapan rakan taulannya.
Bagaimana rupa, begitulah bayangnya
Maksud: Sesuatu yang akan mengikut sifat asalnya.
Contoh Ayat: Buku itu perlu dipulangkan sama seperti keadaan ia dipinjam sebelum ini, bagaimana rupa, begitulah bayangnya.
Umpama wau putus talinya.
Maksud: Berserah pada takdir illahi
Contoh Ayat: Saya umpama wau putus tali dek kerana tidak bersedia ketika menjawab soalan peperiksaan itu.

Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
Maksud: Seseorang yang tidak pandai, akan menjadi pandai jika diajar dengan bersungguh-sungguh. Sesuatu yang mustahil, boleh dicapai jika dilakukan dengan betul-betul.
Contoh Ayat: Sebelum ini, Ali seorang yang tidak tahu mengira. Namun, selepas diajar oleh Cikgu Ahmad, segalanya telah berubah. Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud: Bermuafakat dalam melakukan sesuatu
Contoh Ayat: Adik beradik dia mengamalkan sikap bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
Baca: Bergambar : Contoh Ucapan Selamat Malam Sayang
Dibakar rak hangus, direndam tak basah
Maksud: Tidak boleh diapa-apakan
Contoh Ayah: Pelajar itu seorang yang dibakar tak hangus, direndam tak basah. Ini kerana, bapanya merupakan penaja utama program tersebut.
Ringan tulang berat perut
Maksud: Orang yang rajin bekerja akan memperoleh hasilnya
Contoh Ayat: Saya percaya, jika ringan tilang berat perut.
Sesat dihujung jalan, balik ke pangkal jalan
Maksud: Sebaik sahaja menyedari bahawa diri telah melakukan kesalahan, kita hendaklah lekas-lekas insaf dan berusaha untuk memperbetulkannya.
Contoh Ayat: Bekas pesalah jenayah yang telah dihukum penjara itu telah insaf. Dia pernah sat di hujung jalan dan kini sedang berusaha untuk balik ke pangkal jalan.
Kuat ketam kerana kepit, kuat burung kerana sayap
Maksud: Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan
Contoh Ayat: Janganlah kita bimbang akan kelemahan diri, kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap.

Bagai minyak dengan air
Maksud: Perbezaan yang ketara antara 2 atau lebih perkara yang berbeza
Contoh Ayat: Ahli politik itu bagai minyak dengan air. Oleh sebab itu, mereka tidak boleh bergabung.
Baca: Hero Mama – Ucapan Hari Lahir Untuk Anak Lelaki
Peribahasa Melayu, Peribahasa dan Maksud, Peribahasa in English,
Peribahasa SPM, Peribahasa Tentang Kesihatan, Peribahasa tahun 6,
peribahasa melayu dan maksud serta contoh ayat, peribahasa sekolah rendah,