Peribahasa Bergambar: 16 Peribahasa Padi

Peribahasa Bergambar: 16 Peribahasa Padi

#1. Ada padi masak, adalah pipit ; Ada gula, ada semut

Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul

#2. Ada padi, segala menjadi; Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

Orang yang mampu (kaya atau berilmu), segala apa yang dihajatinya akan mudah tercapai.

#3. Bagai padi hendakkan dedak, bagai laki hendakkan gendak.

Orang yang suka menolak sesuatu pemberian yang baik, dan gemar berbuat pekerjaan buruk.

#4. Baik membawa resmi padi, daripada membawa resmi lalang

Tidak sombong, rendah diri

#5. Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk; ilmu padi, makin berisi makin runduk

Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri

Peribahasa Bergambar: 16 Peribahasa Padi

Baca: 25 Pantun 4 Kerat Kasih Sayang dan Cinta

#6. Bukan tanah menjadi padi

Bukan tempatnya untuk berbuat baik

#7. Jika ada padi berhampalah, jika ada hati berasalah

Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.

#8. Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput

Jika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mangasihi orang lain.

#9. Kalau tiada padi, sebarang kerja tak jadi

Kalau tidak ada pencarian yang tetap, maka kehidupan menjadi susah

#10.Menyisip padi dengan lalang

Mencampurkan sesuatu yang buruk kepada yang baik, akhirnya yang baik itu jadi binasa

Baca: Ayat Kursi Rumi – Terjemahan Bahasa Melayu

#11. Menyokong padi hendak rebah

Menolong seseorang lemah yang akan membalas budi orang yang menolongnya

Peribahasa Bergambar: 16 Peribahasa Padi

#12. Padi dikebat dengan daunnya.

Anak dikahwinkan dengan kemanakan

#13. Padi masak, jagung mengupih

Keuntungan yang berlipat ganda

#14. Padi rebah, paksa tekukurlah

Mendapat keuntungan tanpa bersusah-payah

#15. Padi sekepuk hampa, emas seperti loyang, kerbau sekandang jalang.

Kelihatan kaya sebenarnya miskin, bernasib malang

#16. Padi setangkai bernas semuanya

Keluarga yang hidupnya beruntung dan berbahagia

Peribahasa Bergambar: 16 Peribahasa Padi Peribahasa Bergambar: 16 Peribahasa Padi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *