Peribahasa Bergambar: 9 Peribahasa Gunung

#1. Gunung juga yang dilejang panas

Peribahasa Bergambar: 9 Peribahasa Gunung

Maksud: Biasanya, orang yang sudah kaya juga yang mendapat untung atau bertambah kekayaannya; orang yang telah biasa berbuat kejahatan, tentu dituduh bila terjadi kejahatan

Baca: Zikir dan Doa Solat Witir – Rumi Mengikut Sunnah

#2. Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali

Maksud: Biar bagaimana sekalipun banyknya harta, akan habis juga jika selalu diboroskan dan tidak ditambah-tambah.

#3. Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang

Maksud: Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya.

#4. Ke gunung tak dapat angin

Maksud: Gagal untuk mendapat keuntungan

Peribahasa Bergambar: 9 Peribahasa Gunung

#5. Maksud hati memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai

Maksud: Inginkan sesuatu yang besar tetapi tak terdaya mencapainya kerana ada kekurangan.

#6. Niat di hati hendak memeluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka.

Maksud: Berhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula yang diperolehi.

Baca: 45 Koleksi Klasik Peribahasa Sama Maksud

#7. Rendah gunung tinggi harapan

Maksud: Harapan yang sangat besar

#8. Tak ada gunung tinggi yang tak dapat didaki, tak ada lurah dalam yang tak dapat dituruni

Maksud: Tidak ada usaha yang tak dapat dikerjakan, asalkan ada kemahuan yang bersungguh-sungguh.

Peribahasa Bergambar: 9 Peribahasa Gunung

#9. Takkan lari gunung dikejar, hilang kabut tampaklah dia.

Maksud: Sesuatu yang sudah pasti

Peribahasa Bergambar: 9 Peribahasa Gunung Peribahasa Bergambar: 9 Peribahasa Gunung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *