20 Pantun Peribahasa 4 Kerat dan Maknanya

20 Pantun Peribahasa 4 Kerat dan Maknanya

Terang cuaca udara nyaman
Taman firdausi seluas hamparan
Al-Quran dibaca jadi pedoman
Bagai pelita menerangi kehidupan

Maksud Peribahasa: Berkorban untuk kepentingan orang lain.

Petanda subuh ayam pun berkokok
Muslimin muslimat bangun tidur
Ajal umpama buah di pokok
Tua gugur putik pun gugur

Maksud Peribahasa: Semua orang akan mati jua. Tidak kira tua atau muda. Ajal maut ditangan tuhan.

Tikus takut harimau yang garang
Kerbau lari melihat tedung
Taat mengikut kemahuan orang
Umpama kerbau dicucuk hidung

Maksud Peribahasa: Orang yang akan menurut sahaja perintah atau arahan orang lain.

Biduanita terkenal menyanyi di istana
Lunak suara bak angin nan bayu
Lagu Siti Nurhaliza memang mempersona
Suaranya merdu bak buluh perindu

Maksud Peribahasa: Lunak suara yang merdu dan sedap didengar

20 Pantun Peribahasa 4 Kerat dan Maknanya

Rumput di batas sudah ditanjak
Pokok kaduk melilit dianjung
Di mana bumi dipijak
Di situ langit dijunjung

Maksud Peribahasa: Kita hendaklah mengikut peraturan dan adat yang diamalkan di tempat yang kita berada.

Baca: 28 Koleksi Pantun 2 Kerat – Cinta, Pickup line, Lawak

Patah dahan ranting diruntun
Putih bersih si bakawali
Jalan berpimpinan bukannya rabun
Itulah di pasangan merpati sejoli

Maksud Peribahasa: Sepasang kekasih yang sangat rapat

Daun kaduk daun selasih
Hendak dimakan bersama gulai lokan
Siang malam teringatkan kekasih
Seperti pungguk rindukan bulan

Maksud Peribahasa: Merindukan seseorang yang tidak mungkin dimiliki.

Ubi keledek penuh seperahu
Direbus sedap digoreng pun mudah
Sekali terkena dua kali baru tahu
Sudah terhantuk baru nak terngadah

Maksud Peribahasa: Sudah ditimpa musibah baru hendak bertindak

Makan lontong bersama rendang
Puding jagung ditabur bijan
Beringat-ingat sebelum kecundang
Sediakan payung sebelum hujan

Maksud Peribahasa: Berjaga-jaga sebelum menghadapi kesukaran yang tak dijangka.

Langit mendung angin menderu
Gugur setangkai bunga melati
Hilang yang lama dapat yang baru
Patah tumbuh hilang berganti

Maksud Peribahasa: Akan ada pengganti

Tinggi lampai idama teruna
Rambut ikal mayang cantik disanggul
Nasihat diterima bena tak bena
Seperti berunding dengan tunggul

Maksud Peribahasa: Bercakap dengan orang yang mendiamkan diri / tidak menjawab.

Taat bersatu bersama pak penghulu
Umpama tebing disokong buluh
Bertanya sesuatu yang sudah tahu
Bukanlah ia sudah terang lagi bersuluh

Maksud Peribahasa: Bertanya akan sesuatu yang sudah tahu jawapannya.

20 Pantun Peribahasa 4 Kerat dan Maknanya

Hendak terbang belum bersayap
Anak kucing di atas ranting
Pahat berbunyi rumah dah siap
Sengaja membantah membuat bising

Maksud Peribahasa: Melakukan sesuatu yang punya niat lain disebaliknya

Baca: Romantik – Ucapan Hari Lahir Untuk Suami

Dua ringgit Dua keping roti canai
Kurang lemak kurang garam
Sama jahat sama teruk perangai
Bagai periuk mengata belanga hitam

Maksud Peribahasa: Memburuk atau mengata orang lain sedangkan diri sendiri buruk atau lebih kurang sama sahaja.

Putera raja tangan melambai
Gadis sunti malu dikenyit
Perkara mustahil boleh dicapai
Bagai kelekatu nak terbang ke langit

Maksud Peribahasa: Melakukan sesuatu yang mustahil / tidak boleh untuk dilakukan

Biar lambat menggoreng bawal
Asalkan keli sempat disalai
Biar tinggi harga dijual
Alah membeli menang memakai

Maksud Peribahasa: Harga barang itu mahal. Namun, ia berkualiti dan berpatutan dengan harga yang ditawarkan.

Tun Teja dijunjung ke Melaka
Dari Pahang Hang Tuah bersampan
Tuah pandai menyimpan rahsia
Pandai makan pandai simpan

Maksud Peribahasa: Simpan rahsia agar tidak diketahui oleh orang lain

Bijak sungguh akal sang kancil
Pak buaya garang pun kalah
berkelahi kerana perkara kecil
bagai berebut tembikar pecah

Maksud Peribahasa: Berebut akan sesuatu yang tidak berharga

Banjaran Tahan gunungnya tinggi
Mendaki kaki sampai lenguh-lenguh
Anak tunggal yang disayangi
Bagai menatang minyak yang penuh

Maksud Peribahasa: Menyayangi sesuatu dengan sepenuh hati

Dapat putu dibuang haruan
Hilang dulang dicarinya talam
Jadoh aku dapat anak jutawan
Bagai jatuh atas tilam

Maksud Peribahasa: Tidak merasa kerugian walaupun terpaksa melepaskan sesuatu yang lain

Manis sunggu si buah nangka
Dimakan bersama si buah langsat
Musibah datang membawa derita
Umpama si buta hilang tongkat

Maksud Peribahasa: Seseorang yang bernasib malang akan bertambah susah lagi apabila ditimpa kesukaran yang lain.

pantun peribahasa dan maksudnyaa, pantun peribahasa 4 kerat pantun peribahasa 2 kerat pantun lawak,peribahasa melayu,pantun air muka,peribahasa dalam pantun, 20 Pantun Peribahasa 4 Kerat dan Maknanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *