Contoh Karangan Peranan Pelbagai Pihak Dalam Mempopularkan Permainan Tradisional

Contoh Karangan Peranan Pelbagai Pihak Dalam Mempopularkan Permainan Tradisional

Era pasca perindustrian dan pasca globalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah menyebabkan permainan tradisional semakin dilupakan dek ditelan zaman. Kebelakangan ini, saranan untuk mempopularkan permainan tradisional kerap kedengaran. Pelbagai pihak disarankan supaya memainkan peranannya dalam mempopular permainan tradisional.

Baca: Himpunan Doa Murah Rezeki

Antara pihak tersebut ialah sekolah, pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah supaya pelajar lebih mengenali dan meminati permainan tradisional kerana ada pepatah mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh menganjurkan kelab permainan tradisional sejak awal lagi supaya usaha usaha  lain dapat dilakukan melalui kelab tersebut. Cara ini bertujuan untuk memperkenalkan permainaan tradisional  kepada pelajar-pelajar.

 Seterusnya, peranan ibu bapa juga dianggap penting untuk memperkenalkan serta mempopularkan  permainan tradisional kepada anak-anak. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak anak mereka sejak kecil dengan membelikan  anak-anak mereka permainan tradisonal sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun sebagai hadiah pencapaian dalam akademik di sekolah.

Disamping itu, media massa juga berperanan untuk mempopularkan semula permainan tradisional yang kian dilupakan. Hebahan boleh dilakukan melalui surat khabar, televisyen, majalah dan Internet.Oleh itu, insiatif yang boleh digarap adalah dengan, memperbanyakkan dokumentasi tentang permaianan tradisional.

Baca: 15 Gambar Lukisan Buah Buahan Tempatan

Umum mengetahui, pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan. Bertitik tolak daripada itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia hendaklah  mengadakan pesta permainan tradisonal pada setiap tahun. Sebagai analognya, rakyat daripada pelbagai kaum dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang permaianan tradisional yang hampir tenggelam oleh peredaran zaman.

Konklusinya, semua pihak hendaklah memainkan peranan dan memelihara permaianan tradisional agar tidak dipandang enteng. Walaupon  Malaysia sedang mengorak langkah  ke arah negara maju, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang melupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita.

Contoh Karangan Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Biskut

Contoh Karangan Laporan Lawatan

Pada 13 Jan 2020 yang lalu, Kelab Rakan Sebaya (KRS) Sekolah Kebangsaan Tenaga Setia telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Biskut Hup Seng yang terletak di Kawasan Perindustrian Tongkang Pechah, Batu Bahat.

Tujuan utama lawatan ini adalah bagi menambah ilmu pengetahuan para ahli persatuan akan bagaimana biskut dihasilkan pada skala besar. Pada masa yang sama, lawatan ini turut memberi pendedahan akan bagaimana kilang ini telah membantu meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar Batu Bahat.

Baca: Contoh Karangan Laporan 2020

Lawatan ini telah disertai oleh tiga puluh tujuh orang ahli persatuan KRS termasuk tiga orang guru pengiring. Sebuah bas tajaan Ahli Parlimen Parit Sulong telah digunakan bagi tujuan lawatan ini.

Ketibaan kami pada pukul 10 pagi di Kilang Hup Seng telah disambut oleh Pengurus Besar Hup Seng, Encik Alimin bin Manan. Beliau mengucapkan terima kasih dan teruja atas lawatan yang julung kali diadakan ini.

Kami diberikan taklimat ringkas mengenai operasi kilang yang telah memulakan operasinya sejak 30 tahun lalu. Usai taklimat, kami dibawa ke setiap bahagian bermula daripada menguli tepung hingga ke peringkat pembungkusan.

Kami berasa teruja dan kagum dengan proses pembuatan biskut yang menggunakan teknologi dan mesin canggih yang tidak pernah kami lihat sebelum ini. Biskut-biskut yang dihasilkan sangat lazat dan berkualiti tinggi. Kami turut diajar akan tip-tip akan bagaimana untuk menghasilkan biskut yang rangup.

Baca: Contoh Tek Ucapan Pengerusi Majlis

Lawatan kami berakhir sekitar pukul 3 petang. Sebelum pulang, pihak kami dan kilang saling bertukar cenderamata sabagai tanda kenang-kenangan. Pada masa yang sama, kesemua pelajar turut diberikan satu beg yang mengandungi pelbagai jenis dan jenama biskut keluaran Hup Seng.

Laporan Disediakan oleh

Luqman bin Nasaruddin
Setiausha
Kelab Rakan Sebaya
Sekolah Kebangsaan Tenaga Setia

Contoh Karangan Laporan Lawatan Contoh Karangan Laporan Lawatan

Contoh Karangan Laporan Hari Sukan

Contoh Karangan Laporan Hari Sukan

Pada 15 Feb 2020 (Sabtu) yang lalu, Sekolah Kebangsaan Seri Medan (SMKSM) telah menganjurkan Temasya Sukan kali ke-20. Ia diadakan di Padang Tan Sri Noraini Ahmad bermula pada pukul 7.45 pagi.

Baca: Kesan Buruk Penggunaan Laman Media Sosial

Temasya sukan tahunan ini disertai oleh seluruh warga SKSM termasuk para pelajar dan guru. Antara tujuan utama pengajuran temasya sukan ini adalah bagi menyemai semangat kesukanan di kalangan para pelajar disampung mengeratkan hubungan dikalangan warga sekolah.

Kerja-kerja persiapan bagi penganjuran sukan ini telah dimulakan sejak seminggu sebelum temasya berlangsung. Beberapa khemah pelbagai saiz didirikan dan dihias dengan cantik mengikut keperluan dan rumah sukan. Ia dilakukan secara gotong royong oleh para pekerja sekolah, guru dan murid.

Alhamdulillah, cuaca pada hari temasya sukan adalah sangat baik. Temasya sukan ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong, YB Datuk Dr Noraini Ahmad. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian.

Baca: Makan Sedap Di Port Dickson – Char Kuey Teow

Usai upacara perasmian tamat, acara sukan pun berlangsung mengikut jadual yang telah dirancang. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah lari 100 meter, 200 meter dan 4 x 100 meter. Selain itu, acara lompat tinggi, lontar peluru, lompat jauh, tarik tali dan lempar lembing turut dipertandingkan.

Acara berakhir pada pukul 3 petang. Guru Besar SKSM, YBr Dato Aznan bin Haji Masnon telah mengumumkan keputusan keseluruhan dimana, rumah hulubalang telah dinobatkan sebagai Juara. Manakala Naib Johan dan tempat ketiga pula disandang oleh rumah Laksamana dan Panglima. Saudara Ahmad bin Din dan Saudari Sosilawati binti Tukiman pula telah diumumkan sebagai olahraga dan olahragawati sekolah.

Dek kerana kejayaan penganjuran temasya sukan ini, Guru Besar telah mengumumkan cuti sehati pada hari Ahad. Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan temasya sukan ini.

Disediakan oleh

Mohd Luqman bin Ali
Setiausaha Sukan
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan

Contoh Karangan Langkah Mengatasi Jerebu

Contoh Karangan Langkah  Mengatasi Jerebu

Fenomena cuaca berjerebu merupakan duri dalam daging kepada pihak kerajaan dan rakyat. Polimik ini seolah-olah termaktub dalam takwin ramalan cuaca negara kerana saban tahun, fenomena ini pasti akan melanda nusa tercinta kita. Masalah yang semakin serius ini perlu diatasi dengan segera kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Baca: Format dan Contoh Surat Rasmi Terkini

Langkah pertama yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ialah penguatkuasaan undang-undang oleh pihak kerajaan. Agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar iaitu Jabatan Alam Sekitar perlu lebih agresif dalam melaksanakan tugas ini. Kilang-kilang perlu diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi. Tindakan tegas merentas sempadan perlu diambil terhadap syarikat perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera, Riau atau Sumatera yang telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini. Tuntasnya, kerajaan menjadi pemangkin perdana bagi memastikan masalah jerebu dapat ditangani dengan cara yang efektif.

Baca: Makan Di 4Fingers Nu Sentral

Kempen kesedaran alam sekitar juga boleh dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pencinta Alam Sekitar (MNS) dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia dalam mengatasi masalah jerebu. Badan NGO melalui ceramah dan seminar boleh memberi kesedaran kepada orang ramai untuk lebih menghargai alam sekitar. Kempen kesedaran ini bukan sahaja dapat menyedarkan orang ramai tentang perbuatan mereka yang menyumbang kepada masalah jerebu, malah kempen tersebut mampu membekalkan mereka dengan informasi tentang langkah-langkah yang patut diambil oleh setiap individu untuk membantu dalam mengatasi fenomena jerebu.

Disamping itu, program kitar semula yang dijalankan oleh kerajaan perlu diambil perhatian semua. Kepesatan pembangunan negara telah menyebakan pembuangan pelbagai barangan. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan semula. Melalui program kitar semula ini, bahan-bahan buangan akan diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu kaca, kertas serta plastik dan aluminium melalui tong-tong sampah yang disediakan. Melalui program ini, masyarakat tidak akan membakar, membuang dan melupuskan sampah secara keterlaluan. Akhirnya sekali gus, pencemaran bau, udara dan air dapat dikurangkan.

Sebagai kesimpulan, masalah jerebu ini umpama duri dalam daging bagi rakyat Malaysia. Bagi mengatasi fenomena jerebu ini, semua pihak harus berganding bahu mencari formula terbaik secara bersama. Setiap anggota masyarakat harus peka terhadap kesan pencemaran udara dan bekerjasama memainkan peranan mengekalkan bumi indah ini untuk generasi akan datang.

Karangan Langkah Mengatasi Jerebu Karangan Langkah Mengatasi Jerebu