Buka Rezeki – 8 Zikir Selepas Solat Subuh (Bergambar)

Zikir Selepas Solat Subuh

Zikir Selepas Subuh 1

Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih.

Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya.

“Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : astaghfirullah hal ‘azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia.” (HR at-Tirmizi, Hasan Gharib, al-Jami’, no. 3397)

Zikir Selepas Solat Subuh

Baca: 30+ Ringkas dan Mudah: Doa Selepas Solat Fardhu

Zikir Selepas Subuh 2

Subhanallah wa bihamdih. Astaghfirullah, wa atubu ilaih.

Maha Suci Allah, dan dengan memuji-Nya. Aku memohon ampun kepada Allah dan bertobat kepada-Nya

Zikir Selepas Subuh 3

Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab ayat 56: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Baca: Koleksi Bergambar: Zikir Harian Selepas Solat

Antara kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah:

  • Memperoleh syafaat dan perlindungan serta pembelaan dari Nabi SAW di akhirat.
  • Mendapat keampunan dosa dari Allah SWT.
  • Jiwa menjadi tenang.
  • Mendapat rahmat dari Allah SWT.
  • Memudahkan jalan untuk memasuki syurga.

Sesungguhnya, waktu terbaik untuk berzikir pada siang haru ialah selepas waktu Subuh. Anas ra berkata, Nabi SAW bersabda, maksudnya: Sesiapa melaksanakan solat subuh berjemaah, kemudian duduk dan berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit kemudian solat dua rakaat, pahalanya sama seperti pahala haji dan umrah yang sempurna, sempurna, sempurna. – Hadis Riwayat at Tirmidzi.

Abu Dzar berkata, Nabi SAW bersabda, maksudnya: Sesiapa yang selepas olat subuh, sambil melipat kedua kakinya dan sebelum berkata apa-apa, membaca La ilaha illalah wahdahu la syarika lahu, lahul Mulku wa lahulhamdu yuhyi wa yumit wa huwa ‘ala kulli syai’in qadir sebanyak 10 kali, akan diberikan kepadanya 10 pahala, dihapuskan 10 dosa, diangkat darjatnya, pada hari itu dia dijaga daripada segala yang tidak disukainya, dikawal daripada godaan syaitan dan tiada dosa untuknya pada hari itu selain dosa syirik kepada Allah. Hadis Riwayat at Tirmidzi

Rasulullah bersabda, maksudnya: Selepas solat maghrib baca, ‘Ya Allah, lindungilah aku daripada api neraka’ sebanyak 7 kali. Sesungguhnya apabila engkau mengucapkannya kemudian engkau mati malam itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka. Dan ucapkan juga selepas olat subuh. Sesungguhnya jika engkau mengucapkannya kemudian engkau mati pada hari itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka. – Hadis Riwayat Abu Daud dan Muslim

Ummu Salamah berkata, maksudnya: Selepas solat Subuh, Rasulullah SAW mengucapkan ‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, amal ibadah yang diterima dan rezeki yang baik’. – Hadis Riwyaat Ahmad, Ibnu Sunni dan Ibnu Majah.

Baca: Koleksi Doa Pagi Hari – Murah Rezeki

Daripada Shuhaib, bahawa Rasulullah menggerak-gerakkan kedua bibirnya selepas solat subuh. Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apa yang anda baca?’ Baginda menjawab: Ya Allah, dengan nama-Mu aku menyerang, dengan nama-Mu aku menerjah dan dengan nama-Mu aku berperang / berjuang’. – Hadis Riwayat Ibnu Sunni.

Zikir Pagi, Amalan Zikir Harian, zikir penyeri wajah, , Zikir Istighfar, Zikir asma ul husna, Zikir Ringkas Selepas Solat, zikir selepas solat subuh, zikir selepas solat subuh

Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat

Daripada Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa sahaja yang selalu beristighfar, nescaya Allah memberikannya jalan keluar dari setiap kesulitan, kelapangan dan kegelisahan, dan rezeki tidak terduga.” (Ahmad, Abu Daud al-Nasa’i)

Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat

Zikir Selepas Solat 1

Laa Haula wa La Quwwata Illa Billah

Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Fadilat dan kelebihan – Insyaallah, memberikan kekuatan dan keberhasilan sebagai cara menjadi orang yang berjaya.

Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat

Zikir Selepas Solat 2

Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin

Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim

Fadilat dan kelebihan – Riwayat Ahmad, at-Tirmidzi, an-Nasaai dan al-Hakim dalam Nawadir al-Ushul. Bahwa, Rasulullah menyatakan barang siapa membaca doa ini maka permintaannya akan dikabulkan.

Baca: Koleksi Bergambar: Zikir Harian Selepas Solat

Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat

Zikir Selepas Solat 3

Ya Hayyu Ya Qayyum

Allah, Tuhan yang Maha Hidup lagi berdiri dengan sendirinya.

Fadilat dan Kelebihan – Insyaallah, memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia.

Zikir Selepas Solat 4

Astaghfirullah alazim

Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung

Fadilat dan Kelebihan – Insyaallah, kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Sekiranya kita sedang berhadapan dengan masalah atau kesukaran, Allah SWT akan menolong kita, dalam keadaan yang kita tidak jangka.

Baca: Doa Selepas Solat Hazamin PDF

Zikir Selepas Solat 5

Allahumma ajirni minan-naar

Ya Allah, jauhikan daku dari api neraka

Fadilat dan Kelebihan –

“Apabila kamu selesai dari solat subuh, bacalah ini sebelum kamu bercakap dengan orang lain, iaitu: Allahumma ajirni minan naar, sebanyak 7 kali, maka jika pada hari tersebut kamu meninggal dunia, akan ditetapkan oleh Allah bahawa kamu akan dijauhi dari api neraka. Apabila kamu selesai dari solat Maghrib, bacalah ini sebelum kamu bercakap dengan orang lain, iaitu: Allahumma ajirni minan naar, sebanyak 7 kali, maka jika pada waktu malam tersebut kamu meninggal dunia, akan ditetapkan oleh Allah ‘azza wa jalla bahawa kamu akan dijauhi dari api neraka.” (Riwayat Ahmad : 17362, Abu Daud : 5079)

Zikir Pagi, Amalan Zikir Harian, zikir penyeri wajah, Zikir Selepas Solat Subuh, Zikir Istighfar, Zikir asma ul husna, Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat