Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat

Daripada Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa sahaja yang selalu beristighfar, nescaya Allah memberikannya jalan keluar dari setiap kesulitan, kelapangan dan kegelisahan, dan rezeki tidak terduga.” (Ahmad, Abu Daud al-Nasa’i)

Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat

Zikir Selepas Solat 1

Laa Haula wa La Quwwata Illa Billah

Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Fadilat dan kelebihan – Insyaallah, memberikan kekuatan dan keberhasilan sebagai cara menjadi orang yang berjaya.

Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat

Zikir Selepas Solat 2

Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin

Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim

Fadilat dan kelebihan – Riwayat Ahmad, at-Tirmidzi, an-Nasaai dan al-Hakim dalam Nawadir al-Ushul. Bahwa, Rasulullah menyatakan barang siapa membaca doa ini maka permintaannya akan dikabulkan.

Baca: Koleksi Bergambar: Zikir Harian Selepas Solat

Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat

Zikir Selepas Solat 3

Ya Hayyu Ya Qayyum

Allah, Tuhan yang Maha Hidup lagi berdiri dengan sendirinya.

Fadilat dan Kelebihan – Insyaallah, memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia.

Zikir Selepas Solat 4

Astaghfirullah alazim

Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung

Fadilat dan Kelebihan – Insyaallah, kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Sekiranya kita sedang berhadapan dengan masalah atau kesukaran, Allah SWT akan menolong kita, dalam keadaan yang kita tidak jangka.

Baca: Doa Selepas Solat Hazamin PDF

Zikir Selepas Solat 5

Allahumma ajirni minan-naar

Ya Allah, jauhikan daku dari api neraka

Fadilat dan Kelebihan –

“Apabila kamu selesai dari solat subuh, bacalah ini sebelum kamu bercakap dengan orang lain, iaitu: Allahumma ajirni minan naar, sebanyak 7 kali, maka jika pada hari tersebut kamu meninggal dunia, akan ditetapkan oleh Allah bahawa kamu akan dijauhi dari api neraka. Apabila kamu selesai dari solat Maghrib, bacalah ini sebelum kamu bercakap dengan orang lain, iaitu: Allahumma ajirni minan naar, sebanyak 7 kali, maka jika pada waktu malam tersebut kamu meninggal dunia, akan ditetapkan oleh Allah ‘azza wa jalla bahawa kamu akan dijauhi dari api neraka.” (Riwayat Ahmad : 17362, Abu Daud : 5079)

Zikir Pagi, Amalan Zikir Harian, zikir penyeri wajah, Zikir Selepas Solat Subuh, Zikir Istighfar, Zikir asma ul husna, Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *