Buka Rezeki – Zikir Selepas Solat Subuh

Zikir Selepas Solat Subuh

Zikir Selepas Subuh 1

Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih.

Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya.

“Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : astaghfirullah hal ‘azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia.” (HR at-Tirmizi, Hasan Gharib, al-Jami’, no. 3397)

Zikir Selepas Solat Subuh

Baca: 30+ Ringkas dan Mudah: Doa Selepas Solat Fardhu

Zikir Selepas Subuh 2

Subhanallah wa bihamdih. Astaghfirullah, wa atubu ilaih.

Maha Suci Allah, dan dengan memuji-Nya. Aku memohon ampun kepada Allah dan bertobat kepada-Nya

Zikir Selepas Subuh 3

Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab ayat 56: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Baca: Koleksi Bergambar: Zikir Harian Selepas Solat

Antara kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah:

  • Memperoleh syafaat dan perlindungan serta pembelaan dari Nabi SAW di akhirat.
  • Mendapat keampunan dosa dari Allah SWT.
  • Jiwa menjadi tenang.
  • Mendapat rahmat dari Allah SWT.
  • Memudahkan jalan untuk memasuki syurga.

Zikir Pagi, Amalan Zikir Harian, zikir penyeri wajah, , Zikir Istighfar, Zikir asma ul husna, Zikir Ringkas Selepas Solat, zikir selepas solat subuh, zikir selepas solat subuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *