Koleksi Bergambar: Zikir Harian Selepas Solat

Amalan berzikir merupakan tuntutan di dalam syarak kerana terdapat banyak dalil yang menyeru manusia agar sentiasa melaziminya. Zikir bukan sahaja dilakukan selepas solat tapi boleh pada pada bila-bila masa. Ia merupakan antara amalan paling mudah dilakukan.

Zikir merupakan sesuatu perkara yang dilakukan dengan tujuan mengingati Allah SWT dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan, perbuatan atau dengan hati.

Semoga Allah SWT menerima setiap amalan kita serta menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa berselawat ke atas Rasulullah SAW dan berzikir kepada-Nya. Amin.

Zikir 1

SUBHANALLAH – Maha Suci Allah

Fadhilat dan Kelebihan

  • Diampuni dosa-dosa
  • Dituliskan kebaikan dan dihapuskan kesalahan
  • Disukai oleh Allah SWT. Insyaallah.

Zikir 2

ALHAMDULILLAH – Segala Puji Bagi Allah

Fadhilat dan Kelebihan

  • Allah SWT akan mengurniakan lebih banyak nikmat
  • Segala hajat akan menjadi kenyataan dan tertunai
  • Mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT sepanjang masa. Insyaallah.

Baca: Bergambar : Contoh Ucapan Selamat Malam Sayang

Zikir 3

LAA ILAAHA ILLALLAH – Tiada tuhan Melainkan Allah.

Fadhilat dan Kelebihan

  • Orang yang membaca kalimah tahlil akan dikeluarkan daripada neraka.
  • Jaminan syurga bagi orang yang meyebut laa ilaaha ilallah.
  • Menghapuskan segala dosa dan kesalahan.
  • Kalimah tahlil merupakan pembuka lapan kunci pintu syurga.

Baca: Pantun Romantis dan Romantik Untuk Kekasih

Zikir 4

ALLAHU AKBAR – Allah Maha Besar

Fadhilat dan Kelebihan

  • Ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT
  • Allah SWT akan menutup aibnya
  • Allah SWT akan memberikan kematangan kepada diri mereka.

Zikir 5

YA WALIYU – Yang Maha Melindungi

Fadhilat / Kelebihan

Membersihkan hati.
Allah akan memenuhi keperluan jasmani dan rohani.
Allah akan menyingkapkan rahsia dan hkmah pada setiap perkara.
Dajauhkan daripada segala fitnah. Insyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *