Pantun Cinta Terbaik Romantis (Bergambar)

Pantun Cinta Terbaik Romantis (Bergambar)

Sekapur sireh pinang disaji
Di dalam dulang untuk mak dara
Menjunjung kasih setia budi
Kasih dan sayang ke akhir usia

Halus tenunan dari Banjar
Boleh dikepal senang dibawa
Sama cantik sama terpelajar
Bagai pinang dibelah dua

Sejambak kasih setangkai hati
Dua jiwa berpadu satu
Saat begini memang dinanti
Ikatan mesra terikat di kalbu

Baca: Pantun Cinta – 80 Koleksi Pantun Melayu Sweet

Hujan lebat angin pun kencang
Pokok Manggis habislah rebah
Tidur tak lena makan tak kenyang
Demam rindu kasih bertambah

Bukit cina di Kota Melaka
Kampung Mateen tersusun indah
Baru sahaja kita berjimpa
Pertemuan manis kasih bercambah

Pantun Cinta Terbaik Romantis (Bergambar)

Sireh kapur tanda mesra
Bunga sejambak penyambut kata
Dipanjang syukur kepada yang Esa
Cinta disemai kekal selamanya

Sungguhlah indah di Pekan Kota
Kapal berlabuh di tengah lautan
Terjalin sudah percintaa kita
Moga teguh sepanjang zaman

Daun mengkudu daun selasih
Hendak dimasak lemak lokan
Siang malam teringatkan kekasih
Seperti pungguk rindukan bulan

Dara sunti manis bercelak
Pergi mengaji ilmu ditimba
Patah hati cinta ditolak
Bagai madu diminum terasa tuba

Tengku Ismaol Tengku Mahkota
Putera adil berjiwa rakyat
Erat terjalin sepakat kata
Cinta dibina teguh terikat

Baca: Selamat Malam Sahabat Quotes Bahasa Melayu

Asah parang untuk tebang rumbia
Di tanah paya tumbuhnya subur
Susah senang biarlah bersama
Moga rumahtangga sentiasa makmur

Ambil batu mengasah parang
Hendak menebang kayu di hutan
Saat ditunggu bahagia menjelang
Moga kasih sayang abadi berkekalan

Sireh pinang menyambut tetamu
Kueh keria hidangan kami
Sejuk tenang cinta kasihmu
Bagai hujan menyerap bumi

Airnya keruh di hulunya tenang
Senang berkayuh pergi ke surau
Yang jauh terkenang kenang
Yang dekat tidak dihirau

Baca: Koleksi Bergambar Doa-Doa Selepas Solat Panjang

Patah dahan ranting diruntun
Putih bersih burung bakawali
Jalan berpimpin bukannya rabun
Itu pasangan merpati sejoli

Pantun Cinta Terbaik Romantis Pantun Cinta Terbaik Romantis