Selamat Malam Sahabat Quotes Bahasa Melayu

Selamat Malam Sahabat Quotes Bahasa Melayu

Assalamualaikum. Selamat Malam Sahabatku. Semoga semua kebaikan yang kita lakukan hari ini dicatat oleh Allah sebagai pemberat kita di akhirat kelak. Aamiin.

MALAM adalah sebuah kesempatan untuk beristirehat, untuk memaafkan, untuk bermimpi, untuk berdoa, untuk tersenyum… dan untuk menyambut esok pagi yang cerah. Selamat Malam Dunia dan Seluruh Isinya.

Baca: Himpunan Ucapan Selamat Malam Terkini

TIDUR adalah ubat untuk melupakan segala kesedihan dan tekanan hidup untuk seketika.

Sahabatku. Aku titipkan rindu buatmu pada senda dan penamu. Semoga lenamu indah damai agar esok masih ada buat kita semua.

Selamat Malam Duhai Sahabat. Indahkan malammu bersama ZIKRULLAH. Lenakan tidurmu dengan SYAHADAH. Semoga esok bangkit dalam kesyukuran diatas nikmat kehidupan sekali lagi. Insyaallah.

Baca: Doa Selepas Solat Hazamin PDF

Slmt Malam Sahabat. Salam Istirehat. Lupakan yang duka, fikirkan yang gembira. Moga esok ada bahagia. Amin…

Selamat Malam Sahabat Quotes Bahasa Melayu

Selamat Malam Sahabat Hatiku. Simpan rinduku dihatimu. Semoga esok masih ada.

KERESAHAN hari ini, cukuplah untuk hari ini. Kerana ESOK pasti bahagia hendakNya. Semoga ketenangan malam mengundang mimpi-mimpi indah dan membuai lenamu.

Usah merasa sepi kerana Allah Maha Mengetahui segala isi hatimu. Panjatkanlah doa memohon kepadanya tanpa rasa jemu. Insyaallah semoga Allah permudahkan kehidupanmu.

Selamat Mlm. Walau seberat mana sekalipun ujian dan dugaan dalam hidup, kuatkanlah hati menghadapinya dengan sabar dan tabah. Insyaallah semuanya akan baik-baik sahaja.

Selamat Malam Sahabat Quotes Bahasa Melayu

Semoga dihapuskan segala kesakitan, kebimbangan dan kesulitan. Digantikan dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup.

Assalamualaikum dan Selamat Malam Sahabat. Semoga esok, Allah masih berkenan memberi kita nafas untuk mewujudkan harapan yang tertunda hari ini. Dan esok akan menjadi hari yang penuh berkah untuk kita semua. Insyaallah.

Ya Allah, kurniakanlah keampunanMu buat kami di atas segala dosa dam kekhilafan kami yang terdahulu dan kini, yang kecil dan yang besar, yang nampak dan yang tersembunyi, yang sengaja mahupun yang tidak disengajakan. Aamiin..

Selamat Malam Sahabat. Hiasilah tidurmu dengan titisan air wuduk. Lelapkan matamu dengan alunan zikrullah. Selimatkan dirimu dengan kalimah syahadah. Alaskan tidurmu dengan sepotong doa. Moga kita semua dalam lindungan Allah selalu.

Tiada kata yang indah selain doa. Semoga Allah swt menjaga tidur kita dari semua kebaikan dan dijauhkan dari semua keburukan hingga pagi hari. Insyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *