
Selamat Malam dan Salam Istirehat. Allah tempat memohon ketenangan. Tiada yang lebih tenang melainkan mengadu kepadaNya.
Baca: Bergambar : Contoh Ucapan Selamat Malam Sayang
Semoga dengan bertambahnya usia, menjadikan kita insan yang mulia, semkain disayangi Allah dan menyayangi Allah. Umur yang semakin berkat, pahala yang bertambah dan dipermudahkan segala urusan.
Ya Allah, teguhkanlah hati kami dan pagarilah hati kami melalui malaikatMu agar dapat kami bangkit pada esok hari dengan penuh aman dan mendamaikan. Aamiin Ya Robbal Alamin.

Sebelum tidur, BERDOALAH dan MAAFKAN semua orang dan tidurlah dengan hati yang BERSIH.
MALAM adalah selimut kesunyianku untuk menghangatkan hatiku yang kelam dari kejamnya roda dunia.
Kita tidak selalu betul!. Sebelum tidur, mohon maaf dan maafkan semua orang. Semoga kita diberi peluang untuk melihat keindahan bumi ciptaan Allah lagi esok hari.
Baca: 19 Ucapan2 Waalaikumussalam Salam Jumaat

Aku mendoakanmu dari kejauhan. Semoga kamu mendengarnya dimimpimu malam ini. Selamat Malam dan Selamat Beradu.
Sebelum tidur, didiklah hati untuk memaafkan orang yang pernah melukakan hati kita. Agar kita dapat tidur tanpa rasa dendam dan benci. Selamat Malam.
Kau umpama pelangi lepas hujan. Indah diawalnya lalu hilang meninggalkan kenangan.
- Karangan Punca dan Cara Mengatasi Masalah Kesesakan Lalu Lintas
- Contoh Karangan Pencemaran Sungai
- Koleksi Peribahasa Melayu Maksud Serta Contoh Ayat
- 20 Pantun Peribahasa 4 Kerat dan Maknanya
- Pantun Selamat Malam – Kawan, Pickup line, 2 baris

Jangan pernah takut dengan bayangan. Kerana saat ada bayangan, itu bermaksud ada cahaya yang mendekati. Selamat Malam.
Selamat Malam Sahabat Hatiku. Maaf andai ada hati yang tersentuh dan terluka. Salam rindu dalam kemesraan. Kenang daku dalam doamu.

Selamat Malam Semua. Sebelum tidur, maafkan kesilapan dan kesalahan orang lain terhadap kita. Moga hati tenang sentiasa. Insyaallah. Aamiin.
Selamat Malam. Pejamkan mata sebelum larut menyapa. Ucapkan doa andai jiwamu masih percaya atas kekuasaanNya. Semoga pagi akan menyapa.
Kasihi mereka yang sentiasa menyayangimu. Hargai mereka yang sentiasa berkongsi dukamu. Maafkan mereka yang selalu menyakitimu. Raikan mereka yang selalu ada untukmu.
Selamat Malam…. Selamat beristirehat sahabat semua. Lupakan segala resah dijiwa. Semoga Allah kurniakan untuk terus hidup esok hari. Moga tidurmu lena dan tenang dengan kalimah Allah.

Muliakan hati seseorang hamba itu adalah apabila dia dapat membalas KEBENCIAN dengan CINTA dan KELUKAAN dengan DOA.
Biasakan ZIKIR dalam kehidupan harianmu sehingga tiada ruang untuk syaitan MENGGODAMU. Selamat Malam.

Jangan biarkan kesedihan semalam merampas kegembiraan kita hari ini. Dan jangan benarkan kegagalan hari ini mematahkan semangat untuk menempa kejayaan dihari esok.
Ucapan Selamat Malam Ucapan Selamat Malam