Kata Kata Selamat Malam

Ya Allah, semoga insan-insan yang kami sayangi sentiasa berada di dalam jagaan dan perlindunganmu. Aamiin…
Semoga damai malam ini dengan kalimah Laailahaillaallah. Sempga kita semua ada di dalam jagaan dan lindungan Allah swt. Insyaallah
Ya Allah, selimutkanlah istirehat kami dengan kemuliaanMu. Hapuskanlah keresahan dihati kami. Bangunkanlah kami disaat tahajjudMu tiba. Rahmatilah kami dikala subuMu menyapa. Perkenankanlah doa-doa kami Ya Allah.
Baca: Soalan – Apakah Kelebihan Doa Selepas Solat?

Terima kasih Tuhan atas segala anugerahMu yang kami terima sepanjang hari ini. Ampunilah kami andaikata kami belum mengungkapkan kasihMu kepada sesama yang kami jumpai hari ini. Berikan kami malam yang tenang untuk beristirehat dalam damaiMu.
Aku tidak mampu memetik bulan dan bintang untuk hiasi lena dan mimpi-mimpimu. Namun, aku mampu membisikkan doa kesejahteraan dirimu. Selamat Malam Sayangku
- Karangan Punca dan Cara Mengatasi Masalah Kesesakan Lalu Lintas
- Contoh Karangan Pencemaran Sungai
- Koleksi Peribahasa Melayu Maksud Serta Contoh Ayat
- 20 Pantun Peribahasa 4 Kerat dan Maknanya
- Pantun Selamat Malam – Kawan, Pickup line, 2 baris
Pantun Selamat Malam
Hati teringin kuih talam,
Ramai orang memakan tapai.
Ingin kukirimkan ucapan salam,
Bimbang salamku tidak sampai.
Rambut dicukur kain disulam,
Saatnya tidur kerana waktu sudah malam
Sang mentari telah terbenam
Muncul pula bulan dan bintang
Ku ucapkan selamat malam
Untuk engkau yang aku sayang

Hendak gugur, gugurlah nangka
Usah menimpa si dahan pauh
Hendak tidur, tidurlah mata
Usah dikenang orang yang jauh
Jalan-jalan ke pasar berduaan
Terlihat arnab melompat di tepi kolam
Sebelum pergi ke peraduan
Izikan aku ucapkan SELAMAT MALAM
Baca: Bergambar – Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu Tersayang
Suara kuat teramat lantang,
Semua benda ikut bergoyang.
Gelap malam telah datang,
Selamat tidur duhai sayang.
Laman rumah sudah bersih
Disapu semenjak awal pagi
Selamat tidur wahai kekasih
Moga bertemu dialam mimpi
Burung nuri burung jelatik
Bulunya cantik bermotif lurik
Saat hujan rintik-rintik
Ku ucapkan selamat malam cantik
Baca: Malaysia – Selamat Malam Sayangku Intan Payung
Selamat Malam Sayangku
Mensyukuri hari ini. Mengikhlaskan apa yang telah berlalu. Selamat malam dunia dan seluruh isinya.
Allah tempat memohon ketenangan. Tiada yang lebih tenang melainkan mengadu kepadaNya.
Hiduplah seperti lilin yang menerangi. Usahlah hidup seperti duri yang mencucuk diri dan menyakiti orang lain. Selamat Malam Sahabat. Semoga lenamu ditemani mimpi yang indah
Aku mencintaimu seperti hujan mencintai mawar. Seperti saat kita berjalan menyelusuri jalan kenangan. Tidur yang nyenyak sayangku.
Hari ini kita muda. Esok, belum tentu akan sama. Hargailah setiap detik yang pergi. Kerana, disetiapnya tidak akan sama. Selamat Malam.
Seorang sahabat sejati akan sentiasa menghangatkan kita dengan kehadirannya dan sentiasa mengingati kita dalam doa-doanya. Selamat Malam Sahabat
Ucapan Selamat Malam Terbaik
Ya Allah, jangan biarkan tidur malamku berlalu sehingga lalai dari mengingatiMu. Bangunkan aku di sepertiga akhir malam untuk aku bersujud padaMu. Amin Ya Robbal Alamin.
Selamat Malam Sahabat Semua. Semoag esok kita masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Selamat malam sahabat semua. Mohon dimaafkan segala salah silap hari ini. Semoga esok, kita dipanjangkan usia dan dapat berjumpa lagi.
Mekar mewangi bunga melati
Ditanam orang ditepi sawah
Selamat Malam sahabat hati
Moga diulit mimpi yang indah
Ya Allah, lindungilah kami, kedua ibu bapa kami, anak-anak, keluarga kami, sanak saudara kami, sahabat handai kami dan semua insan yang kami sayangi dengan Rahmat dan Kasih SayangMu Ya Allah.
Selamat Malam. Semoga Allah mengampunkan segala dosa dan kekhilafan kita – dulu, kini dan akan datang.
Selamat Malam Semua. Ya Allah, dengan menyebut namaMu Ya Allah aku dihidupkan dan aku dimatikan. Amin
Kata Kata dan Pantun Selamat Malam Terbaik