Pantun Cinta – 85 Koleksi Pantun Lucu, Lawak, Romantis

Pantun Cinta - 85 Koleksi Pantun Lucu, Lawak, Romantis

Pantun Melayu Cinta

Kalau tak ada sagu bertampan
Mengapa rumbia ditebang orang
Kalau tak ada rindu ke lain
Mengapa lama abang tak datang

Ombak memutih di Rantau Panjang
Kapal belayar di laut biru
Semakin kasih semakin sayang
Teringin benar hendak bertemu

Anak gagak terbang ke hulu
Hari malam hinggap berteduh
Awak hendak orang tak mahu
Hati di dalam hancur luluh

Banyaklah ikan mabuk terapung
Kerana terminum air tuba
Letaklah dan duduk termenung
Kerana belum bertemu adinda

Besar sungguh batang durian
Buahnya banyak bukan kepalang
Biarpun jauh abang berjalan
Di hatiku adik tidakkan hilang

Ikan todak ikan haruan
Pembungkus gelama daun keladi
Awan berarak hamba tangiskan
Kenangan lama menghiba hati

Anak ikan kepala dua
Hanyut mayang dari hulu
Tidak tahan rasanya jiwa
Siang malam menanggung rindu

Besarlah pasak daripada tiang
Tanda kerja takkan menjadi
Biarlah banyak dinista orang
Cintaku tidak berbelah bagi

Belilah lampu untuk pelita
Supaya rumah menjadi terang
Hatiku pilu dimasuk cinta
Kerana gelisah menanti abang

CONTOH PANTUN

Lagi –>

Air yang dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati yang karam bertambah karam
Karam merindu orang yang jauh

Bunga kenanga kembang sekaki
Rupanya molek kelopak mekar
Sungguhpun lama saya menanti
Mengapa awak tak beri khabar

Jangan bicara dilaman tangga
Cucur atap ke rumput juga
Jangan bicara dihadapan mata
Dalam dakap kurebut juga

Pantun Cinta - 80 Koleksi Pantun Melayu Sweet

Kalau datang kapal serati
Sungguh jawa tawar menawar
Kalau datang si jantung hati
Racun diminum jadi penawar

Kalau merendam biji selasih
Minum mari dalam cawan
Sudah jodoh bertemu kasih
Laksana paku lekat di papan

Kain buruk tepi perigi
Budak budak keat belanga
Hari ini saya datang
Tunggu awak di taman bunga

Kalau bulan tidak bercahaya
Pasang pelita di hujung titi
Kalau awak tidak percaya
Belah dada lihatlah hati

Kalau tuan pergi ke ke Melaka
Hendak membeli sehelai kain
Kalau abang hati cinta
Hati tiada pada yang lain

Kalau tuan pandai menyurat
Suratkan saya kertas biru
Kalau tuan pandai mengubat
Ubatkan saya penyakit rindu

Pantun Cinta - 85 Koleksi Pantun Lucu, Lawak, Romantis

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Nyawa dan badan saya serahkan

Kalau hendak bermain kuda
Biar sampai ke Ulu Beranang
Kalau hendak bermain cinta
Biar sampai nyawa hilang

Kalau datang kapal serati
Naik bendera separuh tiang
Kalau datang sijantung hati
Bulan mengambang kusangka siang

Mukim Setiawan berbukit batu
Tempat Mak Bedah mandi di perigi
Hati saya terlalu rindu
Rasa mahu ikut awak pergi

Baca: Selamat Malam Sahabat Quotes Bahasa Melayu

Kalau kumbang terbang menjauh
Tentulah bunga mudah berkembang
Kalau abang memang bersungguh
Janganlah lengah datang meminang

Apa gunanya memasang pelita
Kalau tidak untuk penyuluh
Apa guna orang bercinta
Kalau tidak niatnya bersungguh


Pantun Cinta Untuk Lelaki

Air dangkal ikannya jinak
Ditangkap orang setiap hari
Hati mengkal dada pun kemak
Mengharap abang datang ke mari

Baca: Pantun Raya Mengikut Loghat / Bahasa Negeri

Azan bukan sebarang azan
Azan memanggil orang solat
Pesan bukan sebarang pesan
Pesan rindu kukarang surat

Baju hitam butangnya tujuh
Pakaian anak raya Semarang
Kalau tuan berani sungguh
Rebut adik di tangan orang

Asalnya padi menjadi beras
Lemak kacang darilah kelapa
Dua sejoli muka seiras
Seperti pelanduk dua serupa

Basah kuyup orang di pasar
Ditimpa hujan sehari suntuk
Sudah cukup saya bersabar
Mengapa awak masih merajuk

Langkasuka pasirnya lumat
Garam bercampur dengan lokan
Umpama Nabi kasihkan umat
Beginilah saya kasihkan puan

Kepiat lampam ke dinding
Dia makan bunga padi
Awak duduk sanggul berdendang
Bak bunga kembang pagi

Kerbau betina melenggang tanduk
Melenggang tanduk di pangkal titi
Anak teruna melenggang masuk
Anak dara sedia menanti

Kucing Parsi mandi di papan
Papan bernama sikayu jatu
Bukanlah kurus sebab tak makan
Kurus menahan rindu di hati

Pantun Cinta - 80 Koleksi Pantun Melayu Sweet

Kanan jalan kiri pun jalan
Tengah tengah pohon mengkudu
Pesan jangan Kirim pun jangan
Hati tak tahan menanggung rindu

Pandai sungguh mandi berenang
Senang menyelam mencuci badan
Awak jauh di negeri seberang
Siang malam saya mimpikan

Lama benar orang belayar
Dapat berjalan ke negeri jauh
Awak sabar saya pun sabar
Lambat laun tentu berjodoh

Baca: Ucapan Terima Kasih


Pantun Cinta Melayu Sweet

Besarlah betik di tepi batang
Sesudah masak berwarna kucing
Sabarlah adik menanti abang
Sumpahku tidak akan berpaling

Kalau benih sudah bertukar
Jarang sekali yang mahu tumbuh
Kalau kasih sudah mengakar
Lautan api akan ketempuh

Itik bukan sebarang itik
Itik dapat terbang melayang
Cantik bukan sebarang cantik
Cantik membuat mabuk kepayang

Sejak selasar menjadi bilik
Tiada lagi tempat berehat
Sejak kudengar nyanyian adik
Cinta di hati bertambah lekat

Sisik bukan sebarang sisik
Sisik belida memutus jala
Cantik bukan sebarang cantik
Cantik membawa hatiku gila


Pantun Cinta 4 Kerat

Siang malam orang menari
Sampai remuk rasanya badan
Kekenang awak dalam mimpi
Bagai pungguk merindui bulan

Separuh hari di Pekan Rabu
Banyak membeli barangan tembaga
Pertama kali kita bertemu
Gembira di hati tidak terkira

Itik terbang gugur bulu
Itik terbang dalam gua
Jangan adik menanggung rindu
Sampai masa bertemu juga

Baca: Ucapan Hari Lahir

Yang pelita ada isinya
Didisi minyak setiap hari
Yang cinta ada janjinya
Janji setia sehidup semati

Kupu kupu terbang balik
Datang singgah pokok mengkuang
Kalau rindu pesan balik
Air mata jangan dibuang

Layang layang terbang melayag
Sambung tali sambung benang
Siapa kata saya tak sayang
Siang malam terkenang kenang

Keris pandak panjangnya lima
Dipakai si putera raja Melayu
Saya hendak sudah lama
Hendak khabar hati malu

Kuala Kangsar pasir melayang
Nampak dari Teluk Belanja
Sungguh saya berasa sayang
Disitulah tempat saya beradu manja

Kucing putih bernama Sayang
Papi pagi menangkap murai
Hati kasih bercampur sayang
Air mata jatuh berderai

Langit biru bulan mengambang
Bintang pelantik rangkai berangkai rangkai
Tidak jemu mata memandang
Ilmu apa awak pakai

Layang layang terbang melayang
Jatuh ke laut disambar jerung
Siapa kata saya tak sayang
Kalau bunga rasa nak kendong

Melati di perdu kiambang di sauh
Kemboja disiram gugur bunganya
Hati merindu si orang jauh
Mata terpejam tidur tak lena

Sayang mengkudu kelat terasa
Luruh buahnya tebaran semesta
Hati yang rindu terubat rasa
Gemuruh bersua bertentang mata

Intan baiduri di dalam puan
Gelang suasa di dalam raga
Bila kupandang wajahmu tuan
Bagai terpandang pintu syurga

pantun cinta 4 kerat, pantun cinta dua kerat, pantun cinta lawak, pantun cinta lucu melayu, pantun cinta melayu sweet, pantun cinta pendek, pantun cinta untuk lelaki, pantun melayu cinta