50 Pantun Lawak Cinta Pecah Perut – Jenaka

Anak kucing lari merajuk,
Kaki tersepit di rumpun pulai;
Awak kurus berbini gemuk,
Sekali himpit jatuh terkulai.

Anak tikus mati tercampak,
Memanjat pohon di tepi sungai;
Awak kurus berbini banyak,
Lambat-laun mati meragai.

Baca: Koleksi Bergambar Pantun Nasihat Melayu

Anak kera jalan beriring,
Makan jengkol mata pun kantuk;
Awak kurus badan meranting,
Makan sebakul manakan gemuk.

Anak rimau bermain asap,
Mata berkunang perut pun sakit;
Awak kurus kain tersingkap,
Nampaklah tulang dibalut kulit.

Anak tikus meratap dinding,
Dikejar musang terberak-berak;
Awak kurus cakap melenting,
Ditampar orang tulang berselerak.

Anak tikus pergi terkencing,
Matanya lekat memandang labu;
Awak kurus bini meranting,
Bila berdekat tulang beradu.

Anak beruk berebut kuntum,
Ditampar musang lari meraung;
Awak gemuk ketum berdentum,
Gemparlah orang seisi kampung.

Anak gagak menari-nari,
Disergah gajah masuk belukar;
Awak gemuk tegak menari,
Rumah bergoyang orang pun gempar.

Anak beruk duduk menjerat,
Kepala tunduk mengintai cicak;
Awak gemuk masuk ke helat,
Di mana duduk lantai berderak.

Baca: Surah Al Alaq Rumi, PDF, Maksud & Kelebihan

Anak gajah mencuri pinang,
Disergah orang jauh berdebam;
Awak gemuk mandi telanjang,
Disangka orang gajah berendam.

Anak beruk memaki tikus,
Bulu berdiri muka pun garang;
Awak gemuk berbini kurus,
Sayulah hati hati orang memandang.

Anak beruk main tempurung.
Kena pungkang kepala pening;
Awak gemuk berkain sarung,
Disangka orang betina bunting.

Anak kokah menjala lalat,
Disepak kijang tumbang berdebin;
Awak sulah kepala berkilat,
Banyak orang datang bercermin.

Anak seladang gila bermain,
Dekat gelap barulah pulang;
Awak sudah kepala licin,
Lalat hinggap jatuh telentang.

Anak badak terlompat-lompat,
Salah lompat jatuh terhempas;
Awak botak kepala berkilat,
Tambah berkilat disepuh panas.

Anak beruk mencuri betik,
Diburu orang lintang-pukang;
Awak kurus berbini cantik,
Cemburu bukan alang kepalang.

Anak buntal bergapai-gapai,
Bila pasang berhanyut-hanyut;
Awak bebal memandai-mandai,
Ditanya orang terkentut-kentut.

Anak tiung barukan besar.
Mencuba terbang campak ke tanah;
Awak bingung mengaku pintar,
Ditanya orang pesaknya basah.

Anak kancil diluru tupai,
Lumpuh kaki jalan merangkak;
Awak jahil mengaku lebai,
Disuruh mengaji nafas pun sesak.

Anak cercap jatuh ke kali,
Dibawa arus mati terbuntang;
Awak gagap disuruh mengaji,
Membaca sebaris hari pun petang.

Anak kijang mula berdiri,
Jatuh terlentang disengat lebah;
Awak pincang bawa berlari,
Bumi terbentang senget sebelah.

Anak lembu duduk menangis,
Ditentang kambing sampai ke lumpur;
Awak bisu duduk di majlis,
Orang berunding awak mendengkur.

Anak kuda memakan dedak.
Datang balam duduk berjaga;
Awak duda gilakan talak,
Siang malam mengintai janda.

Anak kuda baru bersurai
Subuh gelap mencari makan;
Awak janda baru bercerai,
Sudah menyelap mencari jantan.

Anak kuda tegak meringkik,
Kaki belakangnya kena bisul;
Awak buta berlagak celik,
Tahi dipegang dikira dodol.

Anak tiung mencuba terbang,
Tinggi rendah terbang tak cedak;
Awak ompong mengunyah pinang,
Gusi berdarah pinang tak rosak.

Anak merbah baru keluar,
Disengat lebah meracau-racau;
Awaklah tua nafsu berkobar,
Melihat betina tergagau-gagau.

Anak tempua ditimpa antan,
Kaki luka mulut berdarah;
Awaklah tua selera menyetan,
Berbini muda lutut pun goyah.

50 Pantun Lawak Cinta Pecah Perut – Jenaka 50 Pantun Lawak Cinta Pecah Perut – Jenaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *