60 Pantun Cinta 4 Kerat – Sayang, Rindu, Sedih, Putus

50 Pantun Cinta 4 Kerat - Sayang, Rindu, Sedih, Putus

Mentadak mentadu warnanya hijau
Duduk bersarang di pokok manggis
Hai adik berbaju hijau
Rambut terhurai dipandang manis

Bunga rampai di dalam puan
Ruku ruku dari Bikit Peringgit
Belum sampai padamu puan
Rindu hamba bukan sedikit

Bukit Gantang gunung melintang
Tambak batu di Pulau Pesagi
Adik duduk sanggul terlintang
Bagai bunga di karang pagi

Buluh perindu berdahan tidak
Ke tepi perigi rumpunnya senget
Hatiku rindu tertahan tidak
Seperti bumi menanggung langit

Baca: 28 Koleksi Pantun 2 Kerat – Cinta, Pickup line, Lawak

Dedaun terap di atas bukit
Tempat menjemur si buah pala
Harapan sayang bukannya sedikit
Sebanyak helaian rambut di kepala

Pantai Klebang pasirnya lumat
Krang bercampur dengan lokan
Bagaikan nabi kasihkan umat
Begitulah saya sayangkan puan

Bukan kacang sebarang kacang
Kacang melingkar di kayu jati
Bukan datang sebarang datang
Datang melihat si jantung hati

Limau purut lebat di pangkal
Sayang selasih condong uratnya
Angin ribut dapat ditangkal
Hati kasih apa ubatnya

Bunga mawar bunga rampai
Ragikan kain sang Nila Utama
Bilakah gerangan niatku sampai
Hendak bertemu duduk bersama

50 Pantun Cinta 4 Kerat - Sayang, Rindu, Sedih, Putus

Pepagi buta pergi ke ladang
Hendak menyemai si benih padi
Berapa tinggi Gubung Ledang
Tinggi lagi hajat di hati


Anak Cina menjual kesuma
Mari dijual di Pekan Rabu
Makan tak lalu tidur tak lena
Teringat awak saban waktu

Angin barat ditiup lembut
Bertiup pagi sampai ke petang
Di mulut naga lagikan kurebut
Inikan pula di tangan orang

Baca: Koleksi Doa Selepas Solat / Harian

Anak ayam makan padi
Padi disimpan di bawah tangga
Cantik sungguh adik yang tadi
Siang malam terbayang di mata

Anak rusa lari ke barat
Sampai di barat makan ubi
Sementara gila belum belarat
Carilah bomoh untuk mengubati

Anak serati ditangkap musang
Anak kedidi lari melompat
Hati ini terasa bimbang
Orang yang dicintai belum dapat

Anak ketam dipanggang saja
Hendak direndang tidak berkunyit
Anak orang dipandang saja
Hendak dipinang tidak berduit

Apa guna ayam bertaji
Ayam makan si daun bunga
Dulu kasih sekarang benci
Ilmu siapa yang adik ini kena?

Apa guna mengarang bunga
Kalau tidak selah-jemelah
Kalau kering Lautan China
Barulah cinta adik berubah

Apa guna buah papaya
Padi di daik dimakan helang
Apalah guna kita bercinta
Hati sudah dimiliki orang

Api siapa di tanjung itu
Tempat budak membakar kurau
Anak siapa secantik itu
Bolehkah kami menumpang gurau


Bukan padi sembarang padi
Padi ditabur menjadi lalang
Buah hati sekeping hati
Hatiku merindu denganmu abang

Bukan asam sebarang asam
Asam keping dari seberang
Bukan hitam sebarang hitam
Tidaklah puas mata memandang

Bukit Acheh gunung pun Acheh
Kerbau balar dua sedenin
Tengok boleh nak ambil tak boleh
Seperti gambar dalam cermin

Bunga cempaka baunya harum
Ditanam orang di dalam kota
Berpandang rupa bertemu belum
Di dalam hati sangat bercinta

Bunga anggerik bunga di tanam
Baunya harum wanginya semerbak
Andainya kumbang dapat di tangan
Tangkap sekali kulepas tidak

50 Pantun Cinta 4 Kerat - Sayang, Rindu, Sedih, Putus

Bunga kekwa tangkainya sama
Petik setangkai kembang melati
Awak berjanji terlalu lama
Tidak sanggup saya menanti

Bunga kantan dalam serahi
Putera berarak ke Tanjung Temu
Sungguh saya dendam berahi
Bilakah gerangan hendak bertemu

Bunga terhambur di dalam perigi
Dari jauh nampak putih
Rosak nasi kerana api
Rosak hati kerana kasih

Bunga kejora dari utara
Dikarang bersama bunga kenanga
Bagaimana hati ini tak gila
Makan tidur rasa tak lena

Bunyi kluang permatang tujuh
Gesel sembilu di tengah jalan
Dengar pesan abang yang jauh
Bangun merindu di tengah malam


Duduk termenung di tepi tangga
Hendak mencari si daun capa
Bir jauh dipandang mata
Namun di hati tak pernah lupa

Burung serindit terbang melintang
Sudahlah melintang melayang pula
Cium hidung bayar hutang
Cium pipi berhutang pula

Burung merak ekornya panjang
Hinggap seekor di rumah Ali
Sudah lama hidup membujang
Hajat hendak beristeri

Gunung Banang tingginya mengawan
Nampak dari Pulau Sialu
Sudah lama hati ini tertawan
Hendak berkata terasa malu

Daun serbat di dalam padi
Daun selasih daun semulih
Tidak galak di dalam hati
Mari kita bertambah kasih

Burung kelang terbang di awan
Hinggap mari di pohon jati
Hatinya rindu pada kawan
Rinduku jua yang separuh mati

Dari mana hendak ke mana
Tinggi lalang dari padi
Bulan mana tahun mana
Kasih kupeluk tersemat di hati

Daun selasih daun semulih
Pohon pinang jambatan mandi
Mari kita bertaut kasih
Kaish kupinang mengikat janji

Duduk termenung di tepi muara
Ditiup angin pepohon bergoncang
Bila terkenang pada cik dara
Berdebar hati bertambah sayang

Duduk galah berdiri galah
Galah memusing haluan perahu
Duduk salah berdiri salah
Hatiku runsing orang tidak tahu

Pantun Sedih

Bukannya kumbang tak mahu juh
Bungnya cantik dicium pun wangi
Bukannya saya tak nak bersungguh
Sekarang pun awak belum berjanji

Apa guna berjalan malam
Kalau takut jatuh ke lubang
Apa guna kasih dipendam
Kalau takut berterus terang

Apa guna bertih direndang
Kalau tidak boleh dimakan
Apa guna berkasih sayang
Kalau tegak tiada sepadan

Asap api dari seberang
Dibawa angin ke tengah laut
Hasrat hati memetik kembang
Rupanya kasih tidak bersambut

60 Pantun Cinta 4 Kerat - Sayang, Rindu, Sedih, Putus

Bagaimana padi tidakkan basah
Pagi petang dilimbur pasang
Bagaimana hati tidakkan patah
Kekasih hilang direbut orang

Batang kemiri sudah berlubang
Tak lama lagi pastilah rebah
Orang kunanti tak pernah datang
Entahlah kini berpaling tadah

Baik-baik menanam benih
Salah kukur terkena tangan
Baik-baik menegur hamba
Salah tegur binasa badan

Banyak beruk makan cempedak
Memanjat pokok sepanjang hari
Hendak merajuk bukannya budak
Penat merayu orang tak sudi

60 Pantun Cinta 4 Kerat - Sayang, Rindu, Sedih, Putus

Batik beragi dibuat baju
Bajunya tahan berbasuh kering
Awak berjanji setia menunggu
Baru sebulan sudah berpaling

Beduk pun sudah dipalu orang
Tanda berbuka dibulan Ramadan
Elok kupindah ke rantau orang
Daripada kecewa menunggu tuan

60 Pantun Cinta 4 Kerat - Sayang, Rindu, Sedih, Putus

60 Pantun Cinta 4 Kerat – Sayang, Rindu, Sedih, Putus 60 Pantun Cinta 4 Kerat – Sayang, Rindu, Sedih, Putus