1001 Contoh Koleksi Pantun Melayu Pelbagai Tema – Bergambar

Pantun merupakan sebuah puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud; manakala dua baris selepas itu mengandungi maksudnya).

Selain itu, terdapat juga pantun yang mempunyai dua, enam dan lapan baris; mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama di hujungnya. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris. Nama lain pantun dalam bahasa-bahasa di serata Nusantara termasuklah, parikan dalam Bahasa Jawa, paparikan dalam Bahasa Sunda dan umpasa dalam sebutan Bahasa Batak.

Pantun juga dapat digunakan untuk ‘berjual beli’, yakni dua pihak menggunakan pantun untuk menjual pantun sambil dijawab (‘beli’) oleh seorang lagi.

Pantun Cinta, Pickupline, Rindu, Sayang

Pantun Lucu dan Lawak Antarabangsa

Pantun dua (2) dan empat (4) kerat

Pantun Nasihat dan Budi

1001 Contoh Koleksi Pantun Melayu Pelbagai Tema - Bergambar

Pantun Budi

Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai berlari,
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi

Baik bergalas baik tidak,
Buli-buli bertali benang,
Baik berbalas baik tidak
Asal budi sama dikenang

Anak beruk di tepi pantai,
Gula melaka dari seberang,
Beremak tidak beribu tidak
Kerana jasa dikenang orang

1001 Contoh Koleksi Pantun Melayu Pelbagai Tema - Bergambar

Pantun Islamik

Dua tiga empat lima
Enam tujuh laman sembilan
Kita hidup tidakkan lama
Jangan lupa siapkan bekalan

Masa berada di Pulau Jawa
Raakan taulan ajak menjala
Masa berkuasa janganlah lupa
Kuasa Tuhan tiada terhingga

Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang

1001 Contoh Koleksi Pantun Melayu Pelbagai Tema - Bergambar

Pantun Nasihat

Menanam bunga di dalam pasu
Bunga melati dan bunga pandan
Jangan ikut hawa nafsu
Kelak nanti binasa badan

Jangan gergaji pokok talas
Nanti lesung dimakan pahat
Jangan menjadi orang malas
Perut kosong badan tak sihat

Jangan dibuka pintu lukah
Jika dibuka ikan meluru
Jangan suka mencari salah
Salah kita baiki dahulu

Pantun Cinta Sedih

Apabila bintang nampak meninggi
Tanda hari beransur siang
Apabila awak hendak pergi
Tanda berkurang kasih dan sayang

Belilah lampu untuk pelita
Supaya rumah menjadi terang
Hatiku pilu dirasuk cinta
Kerana gelisah menanti sayang.

Batang pinang sudahlah patah
Tak lama lagi mestilah pastinya roboh
Orang kusayang sudah menikah
Ke mana lagi dagang berteduh

Pantun Rindu Kasih Sayang

Kalau orang memakan bubur
Tentulah ada santan kelapa
Kalau awak segan menegur
Tentulah saya segan menyapa

Belikan baju serta selendang
Dapat dipakai ke helat jamu
Hatiku rindu kepada abang
Hajat sampai dapat bertemu

Besarlah langsat di tepi pantai
Di situ tempat sarangnya merbah
Biarpun niat kasih tak sampai
Di hatiku awak tidak berubah

Pantun Cinta

Bukan dulang sembarangan dulang
Dulang kami dulang tembaga
Bukan sayang sembarangan sayang
Saya kami tidak terhingga

Cawan bukan tembikar pun tidak
Di manakan mahu orang memandang
Bangsawan bukan berharta pun tidak
Di manakan mahu saya meminang

Dari subuh orang berdayung
Berbuat baik sehingga zuhur
Dari jauh saya ke mari
Mengapa awak tidak menegur

Mendapat salasih setangkai dua
Dibawa ke pasar direbut orang
Ingat kekasih hati membara
Cintaku besar bukan kepalang