Penerangan dan Contoh Ayat: Kata Nama Am

Kata nama ialah kata yang merujuk nama sesuatu yang hidup seperti manusia. Haiwan, tumbuhan, atau sesuatu yang tidak hidup seperti benda aau konsep.

Kata nama terbahagi kepada tiga golongan iaitu:

  1. Kata nama khas
  2. Kata nama am
  3. Kata ganti nama
Penerangan dan Contoh Ayat: Kata Nama Am

Kata Nama Am

  1. Kata nama am termasuk dalam golongan kata nama.
  • Kata nama am boleh dibahagikan pula kepada beberapa jenis sama ada hidup atau tidak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak dan berbilang atau tidak berbilang.
  • Kata nama am hidup manusia:  Kata nama yang digunakan oleh manusia secara umum. Contohnya: petani, pengawal keselamatan, guru dan murid
  • Kata nama am hidup bukan manusia: Kata nama yang digunakan oleh benda bernyawa selain manusia secara umum seperti gajah, kucing, biawak, pokok, bidadari dan malaikat.
  • Kata nama am tidak hidup institusi: Institusi atau badan yang bersifat tidak hidup atau tidak bernyawa seperti kedai, klinik , pejabat dan sekolah.
  • Kata nama am tidak hidup bukan institusi konkrit: Bukan institusi atau badan yang bersifat maujud atau konkrit seperti sungai, pekan, kampung, rumah dan jalan.
  • Kata nama am tidak hidup bukan institusi abstrak tidak berbilang: Benda atau perkara yang tidak hidup,bukan institusi, bersifat abstrak dan tidak dapat dibilang. Contohnya: iklim, kecantikan, keadilan dan kegembiraan.
  • Kata nama am tidak hidup bukan institusi abstrak berbilang: Benda atau perkara yang tidak hidup, bukan institusi, dan bersifat abstrak tetapi boleh dibilang, iaitu dapat disertai oleh kata bilangan. Contohnya: senyuman, rancangan, pendapat, ganguan dan bayangan.

Baca: Analisis Kesalahan: Contoh Ayat Kata Kerja – Aktif Transitif, Pasif, Tak Transitif

NOTA TAMBAHAN

Semua kata nama am mesti ditulis sebagai huruf kecil pangkal kata. Misalnya adik, asam jawa, cawan, cerpen kerusi, mangga, selipar jepun dan sebagainya.

Namun demikian, kata nama am tetap ditulis sebagai huruf besar di permulaan ayat. Misalnya:

  • Cerpen ini karya Zaen Kasturi
  • Kanak-kanak itu petah berkata-kata.

Contoh yang dapat difahami berdasarkan penerangan dibawah.

Kata Nama AmContohAyat Contoh
HaiwanLembu, seladang, kucing, cacing, singa, harimau, burung, ikan, katak, ulat, kuda, kancil, anjingKucing yang berwarna putih yang sedang tidur itu comel.Harimau jantan di dalam sangkar sedang tidur.Lembu yang berwarna hitam itu akan dikorbankan pada waktu petang nanti.
ManusiaPengetua, seniman, adik, tukang masak, pengetua, jurujual, kakak, jurutera,cikguTukang masak di restoran terkemuka itu namanya Ahmad.Kakak saya sudah berkahwin dengan duda anak satu yang tinggal dihujung kampung.Jurutera elektrik itu bekerja di Maju Link, Bandar Tasik Selatan
BendaKalender, biskut, roti, tikar, buku, kereta, langsir, basikal, almari, terowongBiskut itu hangit kerana kakak leka berbual bersama jiran.Almari itu berpintu dua.Buku agama yang diterbitkan oleh krangkraf itu dipinjamkan kepada kakak saudara saya.
TempatBank, klinik, hospital, restoran, universiti, maktab, masjid, kafe, pantai, kedai komputerIbu mahu ke klinik kesihatan kerana tidak sihat sejak balik dari bercuti minggu lalu.Ramai orang berkelah di pantai pada waktu cuti sekolah.

Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya

Contohnya:

  • Ramai orang berkelah di pantai.
  • Ramai orang makan di restoran terkemuka di tepi pantai itu.

Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan pada permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk

Contohnya:

  • Almari itu berpintu dua.
  • “Ayam jantan jiran saya berkokok pada setiap pagi,” kata Salman
  • Biskut itu hangit kerana kakak leka berbual bersama jiran.
PERINGATAN! Pelajar harus mengetahui kata nama am yang digunakan. Secara umumnya kata nama am digunakan untuk menyebut nama binatang, benda atau manusia secara umum. Kata nama am lebih mudah difahami kerana melibatkan nama secaa umum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *